Monday, December 21, 2009

Bestnya Ditiup Sang Bayu


Salam untuk semua, lama sungguh aku tak ambil angin di tepi pantai. So hari apa ntah aku pun dah lupa, jumaat or sabtu gitu la aku dan anak2 buah aku melapangkan fikiran untuk menyedut udara segar sambil ditiup sang bayu, wah sastera gitu, hihi. Keadaan pantai sikit sebanyak sudah banyak yang berubah dek kerana hakisan yang semakin kuat, maka pihak berwajib telah mengambil langkah2 keselamatan dengan membina benteng2 agar hakisan dapat dielakkan agar tidak terlalu teruk. Emmm hampir sejam jugak la aku melayan karenah dua orang anak buah aku ni, hehe sambil makan aiskrim yang dibeli dari pakcik aiskrim kat situ, lebih kurang sejam aku bertapa situ dan hari mula beransur gelap aku mula beredar dari Pantai Irama Bachok itu, best juga sekali sekala ambil angin pantai, nnt lenkali buleh dtg lagi pekena air kelapa dan udang goreng tepung kat sini, wah sedap gitu. Sekian, jumpa di lain entry.

Saturday, December 12, 2009

Nasi Dagang, hmmmmm bestnya!!!


Salam kemaafan dari perantauan, semoga kalian semua sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Hmmmm pagi2 lagi bersiap untuk nak gi pasar pagi untuk beli bahan2 nak buat nasi dagang, huuuuuu sedap gitu, hihi. So aku ngan my young sister n my kak ipar bergegas ke pasar pagi yang terletak di Kedai Lalat. Sebenarnya dah lama dah kami mengidam nak makan nasi dagang tapi tidak dirancang sungguh2, hihi, so maka hari ni terlaksana la sudah kehendak hati ini, wow sedap gitu makan nasi dagang lauk ikan n udang gulai masak kuning, hihi. Semuanya makan dengan selera sekali siap tambah2 lagi, takper la makan la selagi lalu, nanti kalau tak selera nak makan sesuap nasi pun tak nak, kan kan kan, betul betul betul kata upin dan ipin, hihi. Actually nak buat open house nak ajak kengkawan tuk makan nasi dagang ni but rasanya lenkali je la sebab masa dan keadaan yang tak berapa sesuai, so nanti lah buat, bila ada bugget yang besar bleh masak banyak2 dan menu macam2, hehe. Apa2 pun semoga kalian semua hepy dan ceria dengan aktiviti masing2, take care.

Tuesday, December 8, 2009

Lama Tak Merasa Sate di Dataran Bachok



Salam dan selamat pagi, actually skang jam menunjukkan kul 12.51am pagi rabu, hihi. Biasa la sejak cuti sekolah ni aku selalu tido lewat, penah sampai kul 4.00am pun ada, hihi, takder menda sgt pun kenkadang just melayan chanel astro jer, hikhik, tambah2 channel 811-816 tu selalu jer ada sport yg ulang2 huhu, so apa lagi aku just zassss layan jer la. Apa kaitan ngan gambar tu? hehe, actually nasi dah makan kul 8.00pm td, tapi rasa macam bosan la pulak malam ni ye la chanel tv pun tak berapa best sgt so aku ajak la mamat ni ( member aku yg selalu bertandang ke umah aku )untuk pegi mengetea kat mana2 kedai, selangkah aku bergerak aku ajak la sekali adik aku n anak buah aku to join my kerja melepak ni, hehe, so enjin DAK dihidupkan dan kami menuju ke arah Bachok. Memulanya nak pekenakan roti canai tapi kedai situ tak bukak la pulak, so diteruskan la niat Dataran Bachok yang memang tersohor ngan Satey. Walaupun ianya tak sehebat Satey Kajang tapi bagi aku itu sudah cukup istimewa untuk pekenakan di Satey Bachok. Satu lagi tempat yg antara best jugak aku merasa satey ialah Satey Warisan kat Sg Koyan semasa aku n the geng sekolah mengisi perut kat situ, Satey Warisan tu antara yang best jugak le, hihi. Berbalik semula pada Satey Dataran tadi, aku order untuk 3 org makan jer walaupun yang nak makan adalah 4 org, bukan apa sebab takut banyak sgt kalau nak order 4 org, ye la memasing dah melantak nasi sebelum kuar td, hihi, tu pun dah banyak untuk 3 org makan tapi disebabkan rakyat yg aku bawak tu memang kaki makan so semuanya habis di rembatnya, nasi himpit dan kuah2nya sekali habis ditelan, hihi. Suka betul kalau bawak rakyat2 aku ni gi makan, sebab apa, sebabnya makanan konfom tak membazir,yang penat aku le sebab tukang bayar, hihi, tapi tak kisah le bab makan ni aku no halnya,janji happy dan bahagia, haha. Amboi Sate tu 2 cucuk seringgit, perggghhhh dulu2 3 cucuk seringgit tapi almaklumlah lebih 2 tahun kot aku tak singgah situ, hihi. Hampir dua jam kami melepak situ dan hampir tengah malam kami pun melabuhkan tirai menuju pulang ke rumah. Sekali sekala pekena satey mcm ni best jugak, satu tempat lagi yang lama dah aku tak singgah ialah Satey Malaysia yang terletak di jalan Pengkalan Chepa tu, situ pun buleh tahan jugak la hebatnya, ore ngamai sokmo, huhu. Actually gambar sate kat atas tu masa berbuka puasa di sekolah baru2 ni, kami menjamu sate ketika berbuka puasa, haha, cucuk bakar dan makan ramai2.

Saturday, November 28, 2009

Amazing Race Versi Titom


Salam, sebenarnya cerita ni dah lama dah berlaku cuma takder kesempatan tuk publish kat blog ni, huhu. Walauapun jalan ceritanya bukan 100% tepat, tapi kebarangkalian adalah 99.9% adalah benar belaka, haha. Actually masa kuar tu dah lewat ditambah pulak dengan kenderaan pacuan dua roda salah seorang antara kami mengalami kerosakan, maka kami pun amik kesempatan untuk mencuba dan menguji daya tahan kami dengan melalui kesukaran ini, iaitu berakit bersama motor meredah sungai di kg simoi lama. Mula2 tu agak gerun jugak bila kenderaan masing2 di atas rakit, ye la mau tak takut, kalau lah motor tu terhumban ke dalam air, tak ke nyaknya, hehe, rakit buluh tu dah la tak lebar mana, hanya beralaskan 5 batang buluh jer, huhu tapi sib baik ia dikendalikan oleh pemandu yg mahir iaitu org asli di kg tu, hehe, kami upah RM10 kat dia untuk dua trip.


Selepas sampai ke seberang sana, kami pun mencuba laluan yang baru ditolak dan dibuka di kg tersebut. Jalan tersebut akan membawa kami ke highway cameroon - betau, wah seronok sungguh perjalanan kami hari tu, ye la nak kejar solat jumaat dah tak sempat dah, musafir la kami jawabnya, huhu, ni kalau beramazing race reramai ni mesti best, tambah pulak ada kaki heboh macam salimi ngan din, mesti gegak gempita dibuatnya, huhu. Hampir setengah jam jugak kami memecut di jalan denai yg baru ditolak tu untuk sampai ke highway cameroon - betau tu, huhu, boleh la tahan jalan tu, tapi kalau hujan teruk lagi mesti hancus jalan tu, tu pun dah ada yg berselut dan berlumpur, huhu. Masing2 menunjukkan skill dan kebolehan di atas kenderaan yg di pandu, cikgu pra pulak tak habis2 duk snap gambar kami, ye la sebab dia bonceng ngan orang dan camera tu camera dia, hehe. Selepas tu kami pun sampai la kat highway cameroon-betau, berehat dlm sepuluh minit kat simpang situ dan selepas itu meneruskan perjalanan kami ke betau, tempat persinggahan dan tempat parking keta aku. walaupun sekejap tapi hari tu terasa mcm best sebab kali pertama meredah sungai dengan motor menaiki bukit, huhu, jarang2 buleh dpt pengalaman mcm tu, anywes syabas kepada kengkawan kerana berjaya meredah sungai tersebut dengan jayanya,hehe lenkali kita buleh cuba lagi dengan kesukaran yang lebih maksimum lagi, huhu.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha ( hari raya pertama 27 hb Nov 09 )kepada semua umat islam di dunia ini amnya dan di Malaysia Khasnya, semoga dapat menjalankan ibadah qurban dengan jayanya disamping diberkati Allah selalu.

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Salam untuk semua, buat pertama kali aku mencoretkan kata di bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak dan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Semoga ibadah kita pada tahun ini akan dilipat gandakan olehNYA dengan sebaik mungkin. Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf sekiranya ada khilaf dan salah aku pada kalian semua,tidak kira yang disengajakan ataupun tidak disengajakan, sama-samalah kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini.Sekian, jumpa lagi di lain entry, terima kasih.

Monday, August 10, 2009

Banyak Yang Perlu Diperbaiki...!!!

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu... 



Friday, August 7, 2009

Oh Bunga, Jangan kau Gores Luka di Dada


merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah ke mana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi

dimana kini entah dimana
bunga impian yang indah dimata
kurindu tutur sapamu nan manja
saat kau berada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih ...

oh bunga ...
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan

oh bunga ...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campakkan kenangan ...

ho ho ho ...
oh bungaku ..
ho ho ho ...
oh bungaku .. 

Monday, June 22, 2009

Indahnya Ciptaan Tuhan

Salam pada semua, sudah agak lama aku tidak update blog ini, entah mengapa, macam rasa malas pula, terasa seperti ada sesuatu yang membuatkan aku tidak merasa tenteram, tapi tu just 'imagine' aku jer padahal takder apa-apa pun, hehe, biasa la kekadang tu standard la kalau virus malas tu menyerang kita, huhu mesti apa yang dibuat ada saja yang tak kena, hehe. Tambah pulak dengan internet di pejabat selalu mengalami DC, so menguatkan lagi perasaan malas aku ini,huhu, tapi itu minggu lepas, minggu ini aku akan cuba mengembalikan semangat kerajinan aku ini untuk bercurahkan ilmu kepada mereka-mereka di 'lost world' ini.

Sesuatu yang jarang berlaku di sini, apa itu? jeng jeng jeng.....!!! huhu, Actually sekolah aku telah didatangi secara mengejut oleh Puan PPD Lipis, tapi kami buat macam biasa jer, diorang seramai 4 orang termasuk driver 4wi. Kami buat macam biasa jer dan diorang datang pun bukan sebab nak pantau PnP, diorang datang atas kerja pentadbiran. Mereka sampai sini lebih kurang pukul 11.45am dan sempat makan tengahari di sini. Tapi mungkin perkara yang tidak dapat dilupakan oleh mereka pada kali ini ialah, 4wi mereka tersangkut kat bukit Titom, ini kerana driver tersebut 'first time' drive ke sk titom, that y dia tak leh agak keadaan jalan, beberapa orang cikgu dan pekerja sekolah termasuk beberapa orang kampung pergi membantu untuk menolak 4wi tersebut yang tersangkut dan hampir terjatuh ke dalam gaung, namun segala usaha kami itu gagal. Hampir sejam setengah kami mengerah kudrat dan idea untuk melepaskan 4wi tersebut, tapi apakan daya kerana segalanya tak mampu diterjemahkan oleh kudrat kami sehinggalah datang satu hilux yang datang ke Kg Titom ini untuk menjual barang-barang, hiluk tersebut tarik 4wi tersebut dengan tali dan alhamdulillah akhirnya semuanya berjaya. 

Selepas makan tengahari, Puan PPD Lipis berangkat pulang, banyak perkara yang beliau bagitahu kami agar segera buat dan kami menyahutnya dengan baik. Terima kasih kepada Puan PPD Lipis kerana sudi menjenguk kami di sini, walaupun datang dalam keadaan singkat namun kami merasa amat dihargai kerana sebelum ini jarang pegawai atasan sendiri yang turun padang. InsyaAllah kami akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Sekian dahulu untuk entry kali ini, ada masa aku update lagi, tq n babai.

Monday, June 15, 2009

Kembali Berkhidmat

Salam pada semua, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat kembali berkhidmat kepada semua warga pendidik walau di mana jua berada. Semoga cuti sekolah penggal pertama selama dua minggu ini telah memberi anda sekalian kenangan manis untuk diselitkan di dalam memori anda. Mungkin kebanyakan di antara kita semua mengambil kesempatan cuti yang ada untuk berkunjung ke sesuatu tempat yang nun jauh dengan kesibukan kota untuk mententeramkan hati dan perasaan. Mungkin yang sudah berkeluarga telah memanfaatkan cuti ini untuk bersantai dan bergembira dengan keluarga tercinta. Sudah lumrah manusia sekarang, di musim cuti sekolah lah mereka semua mengadakan segala majlis besar-besaran termasuklah majlis kahwin, jadi selamat 'pengantin baru' aku ucapkan kepada insan-insan yang sudah mendirikan rumahtangga. Semoga mahligai yang anda sekalian bina itu akan berkekalan jua hingga ke akhir hayat. Doaku semoga kalian semua terus diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T walaupun di mana jua berada, amin.

Monday, June 1, 2009

Selamat Hari Lahir Mohd Faris Hakimi

Salam pada semua, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan selamat 'pengantin baru' kepada mereka-mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan. Pada cuti penggal pertama ini juga aku mendapat lebih kurang 10 jemputan kahwin, pergghhhh banyak betul undangan kali ini, insaAllah kalau asda kesempatan aku akan cuba meneghadiri undangan tersebut. Undangan-undangan itu adalah datangnya dari rakan sekerja, member dari sekolah rendah, dan juga sepupu dan kawan-kawan sekampung. Aku doakan semoga mereka bahagia hendaknya di samping insan tersayang. Sudah 4 hari aku bercuti di kampung namun macam tidak cukup tanah untuk aku berkejar, hehe itu maknanya pelbagai perkara yang aku harus buat dalam rutin seharian. Namun dalam kesempatan itu jua masih sempat lagi aku menghadiahkan sebiji kek strabery kepada anak buahku yang amat disayangi, Mohammad Faris Hakimi namanya, hehe. Kek itu adalah sempena sambutan hari ulangtahun kelahirannya yang ke-3. Dalam keriuhan bersama anak buah aku pada masa itu, parents kepada anak buah aku itu membuat kejutan kepada ku dengan menghadiahkan sebiji kek yang tertulis 'selamat hari guru' kepadaku. Terharu rasanya, yer la walaupun hari guru sudah jauh meninggalkan aku, namun aku merasa seperti semalam baru tarikhnya, terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang menghadiahkan kek itu kepadaku. Jadi malam itu terdapat dua biji kek la, so aku pas la kepada anak buah aku yang sorang lagi untuk memotong dan meniup lilinya, hehe, just suka-suka dengan budak-budak so zassssss layan jer la. Oppps aku baru membaca blog putra745, kesian kat dia bila kekasih barunya (MY G) itu telah dicium oleh orang hehe a.k.a kena rempuh la, hihi, aku harap putra tabah menghadapinya. Yerla MY G putra tu tak sampai dua bulan pun lagi, dah pun kena cium kat orang, hehe. Betul kata putra, dalam keadaan kita berhati-hati belum tentu lagi orang lain akan berhati-hati dan itulah namanya malang tidak berbau. Apa-apa pun semoga MY G putra akan kembali seperti sedia kala. Oklah sampai di sini dulu untuk coretan kali ini, akan bersambung lagi di coretan yang akan datang, adios.

Thursday, May 28, 2009

Kalau Bosan, Aku Selalu Bersantai Di Jeram ini, hehe

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tamb

Wednesday, May 27, 2009

Penjahat Pintu

Salam pada semua, berdasarkan pada tajuk di atas, mesti korang konpiuskan, hihi, tapi itulah realitinya kejadian yang berlaku di SK Titom ini, murid-murid di sini pelbagai 'peal' (perangai) huhu tapi itulah budak-budak, apa yang dilarang itulah yang dibuatnya. Berdasarkan gambar di atas itu, 3 kejadian yang berlaku sebenarnya, Vandalisme yang paling membuatkan kami geram sebenarnya adalah kejadian merosakkan pintu kelas, huhu, hebat sungguh bebudak ini, pintu kelas boleh ditendangnya sampai tercabut engsel pintu tersebut, huhu sabar jer lah. Yang paling membuatkan aku naik marahnya, penjahat-penjahat yang aku maksudkan itu adalah murid-murid kelas aku, iaitu murid Tahun 2 Cheruwes,huhu geram betul aku. Nampak macam baik jer di dalam kelas sewaktu aku menjalankan PnP tapi bila ketiadaan guru semua jadi hantu, haha, Tapi yang keral (lelaki) je la, yang kedur (perempuan) ok semuanya. Sebenarnya diorang ni main sepak batu (menggantikan bola) di dalam kelas dan ruangan pintu itu dijadikan ruangan gol, mungkin tersepak banyak kali ke arah pintu tersebut so that y ianya tercabut, selepas dikenal pasti penjahat-penjahatnya maka cikgu Hafis menjalankan tugas mendenda dan menghukum mereka selaku guru yang bertugas pada minggu tersebut. Aku pun tidak ketinggalan juga mendenda dan menghukum mereka dengan beberapa buah kilas yang agak istimewa, hehe,cikgu-cikgu lain juga tidak ketinggalan mengambil part masing-masing, hehe. 

OK, itu pasal penjahat pintu, dan seterusnya pula pasal main lawan dengan penyapu, murid yang aku maksudkan itu adalah yang gambar besar 2 orang di atas itu. Mereka adalah murid Tahun 3 Sempar. Yang dipukulnya adalah murid yang berbalut di dahinya dan pemukulnya adalah murid yang baru selesai menangis tu, hehe. Standar la, dah buat salah mestilah kena double (denda). Nasib kena pukul kat dahi, kalau la kena kat mata, huhu, tak tahu la nak cakap macam mana, di harap kejadian-kejadian macam ini tidak akan berulang lagi di SK Titom ini. Sebenarnya murid-murid ini tidak lah tolol dan jahat sangat cuma nakal sedikit sahaja, hehe, itupun sewaktu ketiadaan guru pada waktu itu.

Manakala gambar murid yang berdiri 3 orang itu sebenarnya aku yang double kerana gagal menjawab soalan-soalan yang aku ajukan sewaktu aku menjalankan PnP untuk subjek Math Tahun 6 Jernang, huhu, just berdiri jer bukan sakit pun. Apa-apa pun aku berharap murid-murid Tahun 6 sekolah ini akan menunjukkan peningkatan untuk subjek Math yang aku ajar. Harapan aku semoga mereka semua akan pani (faham) dan boleh jawab setiap soalan yang keluar dalam exam UPSR nanti, mudah-mudahan.

Sewaktu aku mencoretkan cerita ini hujan telah turun dengan lebatnya iaitu pada pukul 04.45 petang 27.05.2009. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi hujan akan turun di kala waktu petang, nak buat macam mana dah memang musim dia, huhu. Jadi kami semua kena lah berhati-hati sewaktu menuruni bukit-bukit di sini sebab jalan akan menjadi becak serta licin dan kegagalan mengawal handle dan break motor dengan baik akan membuatkan seseorang itu akan jatuh, huhu, semoga kami semua akan sentiasa selamat walaupun dimana jua berada.

Tuesday, May 26, 2009

Kursus Ladap PKG Padang Tengku

Salam pada semua, semoga kalian semua sentiasa berada di dalam limpahanNYA. Hari ini terasa agak sepi, tak tahu kenapa, maybe sebab duk menghitung hari cuti kot, hihi, sikit lagi para pendidik akan mula bercuti selama dua minggu sempena cuti penggal pertama. Oklah baru-baru ini pada 16 Mei 2009 SK Titom ada menganjurkan Kursus Ladap di PKG Padang Tengku. Ladap adalah bermaksud 'Latihan Dalam Perkhidmatan', ianya mula diperkenalkan sejak tahun lepas yang mana setiap guru perlu menghadiri sekurang-kurangnya 7 kali @ hari kursus, tidak kira samada kursus tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN mahupun KPM. Dan maklumat-maklumat kursus tersebut haruslah dicatatkan dalam buku laporan berwarna biru untuk di'submit' pada hujung tahun. Pada hari kursus yang kami anjurkan tersebut pihak sekolah telah menjemput saudara En. Mohd Irwan Shah Bin Abdul Karim untuk mengelola sesi taklimat tersebut. 

Pada kursus kali ini kami semua membincangkan tentang 'Headcount' sekolah iaitu ianya mengandungi target sekolah untuk murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Kursus tersebut telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Rata-ratanya ramai di antara kami yang mendapat input yang berguna tentang 'headcount' yang dirancang oleh setiap panitia sekolah bagi mencapai target. Semoga dengan adanya kursus - kursus seperti ini diharap akan menambahkan lagi pengetahuan kami di dalam profesion perguruan ini. Semoga kami semua tidak jemu-jemu menimba ilmu yang baru dan mencurahkan segala ilmu yang ada kepada anak-anak murid yang tercinta. Semoga murid-murid Tahun 6 SK Titom berjaya di dalam peperiksaan UPSR kelak.

Monday, May 25, 2009

Titom Keranamu Kami Di Sini - episod 3 ( apa nak dikata)

Salam pada semua, kisahnya berlaku pada hari semalam iaitu hari ahad 24.05.2009, sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada hari dan waktu yang mendatang melainkan Yang maha Esa. Macam biasa, hari Ahad adalah hari yang perlu kami bertungkus-lumus untuk sampai ke 'lost world'. Maka mereka yang sama-sama akan berjuang bersama aku tiba di kg Betau dan berkumpul lebih kurang pukul 5.00pm. Mereka itu adalah termasuk aku, matrof, Jani, Azmil, Romi, Matnor, Hafiz dan encik habibuddin. Namun kami bergerak agak lewat iaitu hampir pukul 6.00pm kerana terpaksa menunggu motor en habib yang terpaksa dibaiki di bengkel motor Rosli di kg Betau. Setelah semuanya selesai, maka kami pun meneruskan perjalanan. Jalan agak basah kerana sebelum itu hujan baru saja membasahi bumi. Maka kami terpaksa mengurangkan kadar kelajuan yang biasanya kami gunakan kerana bagi mengelak sebarang kejadian ataupun kecelakaan yang idak diingini.

Segalanya berjalan lancar sehingga di pertengahan jalan, selepas berhenti rehat selama 10 minit maka kami semua meneruskan perjalanan, pada waktu itu, panggilan sang malam bakal menjelma dan jam sudah menunjukkan 6.30pm namun keadaan jalan agak gelap kerana kami berada di tengah-tengah hutan. Selepas itu satu persatu ujian yang terpaksa kami tempuh dan ianya bermula dengan jentera azmil yang mengalami masalah iaitu motornya tidak boleh tekan gear dan free gear. Maka untuk menyelamatkan keadaan kelajuan kami semua perlu diperlahankan agar azmil tidak ketinggalan bersama-sama rombongan yang ada, ini kerana motor azmil hanya kekadang buleh guna gear satu sahaja, perghhhh harap2 tiada apa2 yang berlaku lagi pasni, itu harapan kami namun sebaliknya tidak.

Setelah meneruskan hampir 2o minit perjalanan, kejadian yang seterusnya berlaku iaitu motor cikgu hafiz tiba-tiba mati di tengah jalan, emmm harap2 hanya plug sahaja yang rosak kerana enjinnya masih hidup cuma tidak boleh bergerak sahaja apabila memasukkan gear kerana tak cukup kuat. Maka plug ditukar dengan harapan akan kembali elok dan boleh meneruskan perjalanan, namun hasilnya ternyata gagal ini kerana motor cikgu hafiz masih lagi sempot dan api tidak cukup kuat, setelah gagal juga diperiksa oleh pakar2 motor yang agak mahir, namun kami semua sebulat suara membuat keputusan untuk meninggalkan motor cikgu hafis di salah sebuah rumah org asli yang terletak di tepi jalan, masa itu jam sudah menunjukkan kul 7.30 mlm. Maka cikgu Hafis terpaksa menumpang cikgu Jani untuk sampai ke 'lost world'. selang beberapa minit selepas itu, tayar motor cikgu matrof pula yang bocor a.k.a pancit. Setelah mengambil masa dalam 15 minit untuk menggantikan tiub baru maka kami semua meneruskan perjalanan dengan motor masing-masing sudah menyalakan lampu. Perjalanan di waktu malam agak terbatas sedikit kerana terpaksa berhati-hati apabila menuruni bukit dan melalui tepi-tepi lereng bukit. kemudian dengan tidak disangka-sangka tayar motor cikgu matrof telah bocor sekali lagi setelah meneruskan perjalanan dalam 10 minit, perhhhh nasib kurang baik hari ini,huhu, banyak2 la bersabar. Oleh kerana keadaan yang agak gelap dan jam sudah menunjukkan pukul 8.05 malam maka Cikgu matrof mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja motornya di tepi hutan. Maka cikgu matrof terpaksa dibonceng oleh aku untuk sampai ke destinasi. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dengan agak perlahan kerana bagi mereka yang membonceng terpaksa berjalan bila melalui jalan yang bukitnya agak tinggi. Setelah melalui 40 minit perjalanan maka kami semua sampai ke 'lost wolrd' dengan keadaan yang agak letih dan tidak bermaya. Pada waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 9.00 mlm.

Inilah hakikat yang kami terpaksa tempuh dan semestinya tiada siapa yang tahu akan kesusahan dan keperitan yang terpaksa kami tanggung di sini. Namun begitu kami semua berdoa agar selalu diberi kekuatan olehNYA agar dapat meneruskan perjuangan kami disini walauapun pelbagai rintangan yang melanda. Tahniah kepada warga SK Titom kerana mampu menunjukkan ikatan ukhwah dan kerjasama yang baik bila ada di antara kita yang ditimpa kesusahan. Harapan aku agar kita semua dapat meneruskan semangat cakna dan tolong menolong ini walauapun di mana jua berada, semoga kita semua terus suksess dan dimurahkan rezeki olehNya, amin.

Thursday, May 21, 2009

Ukiran Jiwa

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Wednesday, May 20, 2009

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
 
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Monday, May 18, 2009

Pada Bahu Ini...

Pada bahu ini...
yg digelarkan cikgu
diletakkan 1000 harap
oleh ibu oleh bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak2 dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.
"Cikgu, anak saya ini tidak pandai!
Wahai cikgu tunjuklah dia!
Berapa ribu saya sanggup sediakan!
Cuma diharap dia mara ke hadapan!
Maksudnya dalam pelajaran!"
 
Cikgu dengan wajah girang
terima tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan.
 
Lalu anak2 yg tiada dosanya
dicalit pelbagai warna-warna
dicampur aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abg kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warna itulah bercelaru di kepalanya
warna-warna itulah menjadikan cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu.
 
Lalu pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raganya, semangat nuraninya, malah dirinya
diberikan untuk mendidik anak bangsanya
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
"anak saya pintar dan rajin....
sebab itulah dia berjaya!"
 
dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:
"Cikgunya semua malas-malas belaka...
tidak pandai mengajar.... ..
lantas anak saya gagal!!"
 
Tak mengapalah cikgu...
semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya 
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam......


Hebatkah Kita? (Ucapan Hari Guru)

Semua tahu guru adalah manusia yang tidak akan terlepas melakukan kesalahan. Jika itu berlaku, adakah kesilapan itu perlu diulang? Perbaiki ia dan jadikan ikhtibar. Guru yang bersemangat akan melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh murid. Kita bukan hanya mengajar murid semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian murid ke arah modal insan yang terbaik. Memang berat tugas yang dipikul ini, namun inilah padang kita. Jika kita berlari akan tersungkur, namun bangkit dan mula aturkan langkah baru.Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang yang kita ceburi ini memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika kita hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa ada jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Jadilah guru yang di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Gunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak itu. Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru di Malaysia. Jadilah Guru Terhebat !!!
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
                                    LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Muridku Sayang

Masih jelas di ruang mata...
saat pertama kau ku sapa,
saat pertama bertentang mata,
walau bermusim ianya berlalu pergi,
keindahan detik itu masih mekar
di sanubari,

Muridku...
lihatlah sekeliling mu,
inilah dunia mu,
inilah pentas permainan mu,
jangan gentar jangan gerun,
bangunlah kau berlari gagah,
usah mengundur usah mengalah,

Muridku...
engkaulah anak merdeka,
engkaulah anak Malaysia,
dunia kini kian berubah,
Measat, KLCC, MSC jua ICT,
menjadi satu wadah perjuangan,
semua ini milik mu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali siapa diri mu,

Wahai muridku...
Usah kau meninggi diri,
atau sombong dan saling membenci,
ingatlah pada Tuhan Mu,
taatlah pada ibubapa mu,
setialah pada pertiwi mu,
bulatkan segala tekad mu,
dan berpeganglah pada janji janji mu,
sesungguhnya muridku...
dunia ini adalah milik mu,
janganlah dipersiakan segalanya,
janganlah dibazir peluang yang ada,
ingatlah... ingatlah... ingatlah...

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Berburu kepadang datar, 
Dapat rusa berbelang kaki, 
Berguru kepalang ajar, 
Bagai bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Guru oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga guru SK titom, Kuala Lipis Pahang, semoga anda semua terus suksess di masa-masa akan datang dan sentiasa beroleh kesihatan yang baik bagi meneruskan perjuangan di dalam profesion ini, seterusnya selamat hari guru juga untuk semua warga pendidik di Malaysia, Semoga anda semua di rahmati olehNYA selalu, amin.


Wednesday, May 13, 2009

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Salam, satu sejarah telah tercipta lagi di SK Titom kerana pada 06-07 Mei 2009 SK Titom telah didatangi oleh Rombongan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB DR. Puad Zarkashi, Senator Osman Bungsu, YB Devamany (Ahli Parlimen Cameron Highlands), Pengarah JPN Pahang Serta Pegawai PPD Lipis. Sudah menjadi adat dan rutin di SK Titom, pantang ada ketibaan pegawai-pegawai dari luar maka bunga telur adalah penyambutnya, hehe, maybe putra sudah arif dengan situasi ini. Malam sebelum delegasi itu datang, aku dan salimi mengambil part merebus telur, dan setelah semuanya masak maka beberapa orang antara kami membalutnya dengan sarang bunga yang telah dibeli oleh guru besar. Proses pembungkusan ini diketuai oleh Cikgu Pra. Sebahagian daripada kami telah bertungkus lumus di pejabat menyiapkan saki-baki kerja yang masih terbengkalai. Antaranya cikgu Shah semakin sibuk duk menyiapkan slide powerpoint bagi acara debriefing SK Titom untuk ditayangkan kepada delegasi esok. Cikgu Azmil pula duk sibuk 'set up ' LCD untuk paparan powerpoint. Pada malam itu juga Guru Besar SK Titom akan melakukan 'rehearsel' ke atas slide powerpoint tersebut kerana bagi sesi debriefing esok hari, GB SK Titom yang diamanahkan menyampaikan debriefing tersebut. Maka hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Sebelum sampai ke SK Titom, rombongan timbalan menteri pelajaran telah terlebih dahulu singgah ke SK Betau, kemudian SK Lenjang untuk makan tengahari dan seterusnya tiba di SK Titom pada petang tersebut. Rombongan telah sampai di SK Titom lebih kurang pukul 4.30 petang.

Ketibaan rombongan Timbalan Menteri Pelajaran YB DR. Puad Zarkashi telah disambut oleh murid-murid SK Titom. Seramai 105 orang delegasi yang terlibat dalam rombongan itu (tidak termasuk driver hilux dan pajero serta polis pengiring). Hadir bersama adalah Pengarah JPN Pahang, Ketua-Ketua Sektor JPN Pahang serta Pegawai PPD Lipis (Puan Hjh Shamsiah) dan pegawai-pegawai kanan PPD Lipis. Pada waktu malamnya pula telah diadakan sesi perjumpaan dengan masyarakat orang kampung. Sebelum YB timbalan menteri pelajaran memberikan ucapan, pengerusi majlis terlebih dahulu menjemput Senator Osman Bungsu untuk memberi sepatah dua kata. Selepas itu murid-murid SK Titom telah memperdengarkan lagu SK Titom kepada delegasi rombongan. Lagu SK Titom ini telah diminta secara personal oleh YB Timbalan kerana beliau terpegun dan terpesona dengan bait-bait senikata lagu tersebut. Selepas diperdengarkan lagu SK Titom itu, maka acara sewang telah diadakan oleh pasukan penduduk Kg Titom yang turut dianggotai oleh 3 orang guru SK Titom iaitu Cikgu Romi, Cikgu Rash dan CIkgu Pra. Semua hadirin yang hadir pada malam itu termasuk dif-dif kehormat terpegun melihat guru-guru SK Titom kerana pandai memainkan alat-alat muzik dalam acara sewang tersebut, hihi. Program pada malam itu telah selesai lebih kurang pukul 10.30 mlm.

Keesokan harinya iaitu pada hari Khamis 07.05.2009 (sekolah cuti sempena Hari Hol Negeri Pahang) delegasi akan berangkat pulang. Rombongan YB telah pun bersarapan pagi seawal pukul 6.30 pagi. Selepas itu acara ataupun aktiviti yang telah disediakan untuk YB adalah menanam anak pokok kelapa. Selepas itu kami mengadakan sesi bergambar dengan YB dan beberapa pegawai dari KPM, JPN dan juga PPD Lipis. Lebih kurang pukul 8.00 pagi rombongan YB telah berangkat pulang dengan selamatnya. Mereka terpaksa berangkat pulang seawal jam 8.00 pagi kerana YB DR. Puad Zarkashi akan berkunjung ke satu program yang terletak di Kg Tanjung Gahai. Walaupun tidak sampai 24jam YB berada di SK Titom, namun banyak perkara yang beliau telah pantau. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang bertungkus-lumus menyediakan dan menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan sempena dengan lawatan timbalan menteri pelajaran ini. Ribuan terima kasih daripada pihak SK Titom.

Liga Komuniti Sepak Takraw 2009

Salam pada semua, inilah sebahagian daripada acara-acara sukan komuniti yang sempat dianjurkan oleh unit koko sk titom pada tahun 2009. Selepas liga komuniti bola sepak yang diadakan pada mac baru-baru ni, makan pada april nya pula diadakan liga komuniti sepak takraw. Actually pasukan cikgu tidak lah sehebat mana, pendek kata kami ni dijadikan oleh pasukan belasahan, tapi untuk meraikan masyarakat orang kampung di sini dan pula sebagai tuan rumah maka kami melibatkan diri kami dalam aktiviti sosial bersama orang kampung agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia tak kira bangsa mahupun agama. Gambar di atas merupakan aksi-aksi yang sempat di 'snap' oleh aku. Walaupun acaranya ringkas namun hasilnya amat memberangsangkan. Tahniah kepada wagra kerja yang menganjurkan liga komuniti ini, jasa anda amat dihargai, aborrrrr !!!

Cintailah Sungai Kita

Salam untuk semua, setelah sekian lama aku menyepi, kini kembali bersantai di ruangan ini untuk santapan para pembaca yang masih setia dengan blog ini, lega rasanya otak dan kepala setelah beberapa perkara yang agak mustahak dan 'urgent' telah disempurnakan dengan jayanya. Hari ini hujan telah turun dengan lebatnya, diharapkan kepada cikgu zani dan cikgu shah selamat tiba ke destinasi walaupun terpaksa meredah hujan yang semakin lebat ini dek kerana tugasan yang terpaksa di hadiri untuk esok hari, semoga kalian selamat hendaknya. Semalam sempat jua lah aku bersama beberapa anak-anak murid ku bermandi manda di jeram lubuk kulit yang mana airnya sungguh sejuk mengalahkan ais batu yang dijual di kedai -kedai, huhu. Di kesempatan itu sempat jua lah aku dan murid-murid mencuci kawasan-kawasan sunga yang agak bersemak-samun dengan pokok-pokok kayu kecil serta ranting-ranting yang telah usang. Cuma mesej yang ingin disampaikan di sini ialah 'cintailah sungai dan alam persekitaran yang ada di negara kita'. Kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi???? takkan warga asing kot, hihi.Oklah selamat untuk semua dan majulah sukan untuk negara, peace.

Thursday, April 9, 2009

Warna-Warni Liga Komuniti 2009

Salam untuk semua, first of all, aku ingin ucapkan tahniah kepada pasukan 'Red Warriors' iaitu pasukan cikgu-cikgu SK Titom yang berjaya meningkatkan pencapaian daripada tahun lepas yang mana tahun ini pasukan 'Red Warriors' telah berjaya melangkah ke final. Walaupun hanya berjaya menjadi naib juara dengan keputusan kekalahan 5-1, aku tetap bangga dengan semangat kesukanan dan semangat berjuang yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepasukan ini. Walaupun tanpa kelibat-kelibat pemain yang lebih berpotensi namun kami tetap mara ke perlawanan akhir. Perlawanan akhir Liga Komuniti Bola sepak ini diadakan pada hari Rabu minggu lepas iaitu pada 01.04.2009 dan perlawanan liganya telah diadakan seminggu sebelum itu. Gambar di bawah ini merupakan barisan utama yang diturunkan dalam pasukan 'Red Warriors'. Sepanjang 5 perlawanan kami telah memenangi 3 perlawanan, seri satu dan kalah satu dan telah mengumpul sebanyak 10 mata dan menjadi naib juara di dalam liga. Antara nama-nama pasukan yang telah menyertai kejohanan kali ini adalah seperti pasukan rokok, tanong, rusa, caring dan pak pandir. Pasukan Rokok telah berjaya menjadi juara pada edisi kali ini dan pasukan itu juga berjaya menjuarai liga dengan mengumpul sebanyak 11 mata. Sepanjang perlawanan itu juga aku ditimpa 'ankle injury' dan membataskan pergerakan aku untuk menyumbang impak semaksima mungkin. Dan bersama aku juga di bawah itu adalah merupakan pasukan perubatan aku yang telah mengurut kaki aku agar sakitnya dapat dikurangkan, hihi. Itulah antara senario yang berjaya kami anjurkan pada tahun ini, harap-harap di tahun akan datang kami akan dapat menganjurkan kejohanan-kejohanan yang lebih besar lagi, hehe. Tapi ada lagi ker tahun-tahun akan datang, hehe. InsyaAllah cikgu-cikgu lain la pula yang bakal menganjurkannya. Oklah setakat ini dulu untuk nukilan pada kali ini, semoga anda sihat dan ceria-ceria selalu serta sentiasa dilindugi olehNYA. Amin.





Tuesday, April 7, 2009

Lampu-Lampu Berkerlipan Bak Kunang-Kunang

Salam untuk semua, wah indahnya lampu-lampu yang berkerlipan di pelusuk bandar kota bharu tempat kelahiran ku, itulah suasana yang tercetus saban tahun pabila tibanya Bulan Mac,huhu. Sebenarnya pintu gerbang berlampu itu adalah sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Sewaktu aku berkunjung ke kampung halaman baru-baru ini, sempat juga la aku pergi bersiar-siar di kala malam sesambil membawa beberapa orang anak buah aku yang masih kecil itu, hihi. Terhibur juga la mendengar telatah diorang pabila melihat lampu-lampu tersebut, lagipun dah lama aku tak bawa bebudak ini kuar malam, sambil itu dapat juga la aku melapangkan dada dan fikiran dengan melihat keindahan malam dan menghirup udara dingin di malam itu. Selepas selesai meronda bersama 'knight rider' aku itu, kami pun singgah sekejap di warong roti canai sambil menikmati hidangan di situ dan juga membasahkan tekak yang dahaga ini. Selepas menghabiskan masa 'tea time' kami pun beransur pulang dan sejurus selepas itu mata pun terlelap,huhu. Hopefully semoga anda semua sihat walafiat dan suksess selalu.

Tuesday, March 31, 2009

Titom Keranamu Kami Di Sini - episod 2 (tersilap langkah)

Salam untuk semua, setelah beberapa hari aku menyepi untuk menenangkan diri dari segala kesulitan dan kesukaran hidup, kini aku kembali dengan sedikit coretan yang berbeza. Terima kasih kepada teman2 seperjuangan yang berada di sini mahupun di luar sana yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan kata nasihat serta perangsang agar aku lebih tabah menghadapi dugaan ini. Minggu ini terasa seperti 'weird' jer, entah kenapa dan mengapa aku pun kurang pasti, terasa seperti kurang semangat dan motivasi diri kian luntur untuk meneruskan perjuangan ini, namun aku gagahkan diri jua dan lantas bangkit dari lamunan untuk aku terus mencurahkan segunung harapan buat permata-permata ku di sini yang masih belum mengenal erti hidup. Sebagai manusia normal kita tidak boleh lari dari masalah, cuma masalah setiap insan itu agak berbeza dan ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana cara untuk menanganinya secara bijak dan berhemat. Biarlah suka duka tahun 2008 menjadi memori yang tersemat di sanubariku dan aku ingin jadikan 2009 ini sesuatu yang terindah di dalam hidupku. Mudah-mudahan ianya tercapai,huhu. Minggu ini membuatkan aku merasa bercelaru sedikit, dah la sengal-sengal badan dari minggu lepas belum hilang lagi, ditambah pula dengan 'ankle injury' akibat perlawanan bola sepak liga komuniti minggu lepas masih terasa kesakitannya, kemudian ditambah pula dengan sedikit kecederaan yang terpaksa aku tanggung pada minggu ini,huhu. Apakah kecederaan yang aku maksudkan itu? jeng jeng jeng, itu lah yang aku maksudkan dengan 'tersilap langkah'. Actually aku terjatuh motor sewaktu menuju ke 'lost world' ini, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, tapi pepatah itu ditujukan pada mereka2 yang jahat, tapi aku tak le jahat mana, cuma nakal2 sedikit aja, hahaha, sebenarnya aku bonceng cbp9851 tu dengan agak laju dek kerana ingin mengejar pencabar baru yang sedikit berada di depanku, biasanya aku dapat mengawal jentera aku dengan baik, namun apakan daya, tuah tidak menyebelahi aku dan disebabkan dengan keadaan jalan yang agak licin maka aku pun tergelincir lalu terjatuh mengakibatkan lutut dan betis ku sedikit tercalar dan merasa sakit. Tapi bagiku itu semua sudah biasa dan agak lali dengan kecederaan-kecederaan  kecil sebegini dan ianya sedikit pun tidak melemahkan semangat ku untuk terus berkunjung ke 'lost world' ini. Itulah pengorbanan kami, jalan licin, menuju ke destinasi dalam keadaan basah kuyup, terpaksa bertungkus-lumus menolak jentera di celah bukit, jentera rosak dan sebagainya namun tetap bersemangat untuk sampai ke destinasi yang diinginkan. Tiada siapa yang memahami kesukaran dan kesulitan kami di sini melainkan hanya diri kami sendiri. Tapi bagi mereka yang pernah berkhidmat di sini semestinya masih terasa bahangnya di kala berjuang di dalam suka-duka itu. Itu saja yang dapat aku ukirkan di coretan ini dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya. Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi,mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berada di dalam rahmatNYA,amin.

Monday, March 23, 2009

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Salam semua, setelah seminggu bercuti sempena cuti pertengahan penggal pertama, maka hari ini 23.03.2009 isnin, merupakan hari pertama persekolahan. Seperti yang kami jangka, jalan di sini akan cepat berubah kepada keadaan yang lebih sukar kerana hujan telah turun untuk beberapa hari semasa cuti seminggu hari tu. Maka ia akan menyebabkan jalan akan bertambah licin dan amat sukar untuk dilalui, maka dengan kudrat yang ada, cikgu-cikgu perlu mengemudi jentera masing2 dengan penuh kekuatan dan berhati-hati. Dugaan dalam perjalanan amat mencabar sekali, ini kerana motor salah seorang teman seperjuangan di sini telah rosak, rosak tak rosak la cuma rantai motor tu putus,huhu, takleh nak buat apa la. Setelah bermusyawarah, maka kami semua amik keputusan untuk tinggalkan sahaja motor itu di tepi jalan, ye la nak tolak jauh lagi untuk sampai ke destinasi, nak tinggal kat umah berhampiran pun takder kawasan perkampungan di situ,huhu dugaan.....! dugaan....! Then kami pun menuju la ke destinasi dan singgah di rumah hasyim (peniaga kedai runcit yang ada hilux) untuk minta bantuannya untuk ambil motor tersebut pada keesokkan harinya dengan hilux beliau. Setelah selesai berdiskusi dengan hashim, maka kami semua meneruskan perjalanan, jam sudah menunjukkan kul 7.00pm, malam kian menjelma dan motosikal memasing sudah menyalakan lampunya,huhu. Maka kami pun berjuang la dalam keadaan jalan selut dan berlumpur. Lebih kurang pukul 8.45 mlm kami semua sampai ke 'lost world'. Setelah semuanya siap membersihkan diri dan mengerjakan apa-apa yang patut, maka kami pun menjamu selera. Ini sahajalah yang mampu kami sajikan di sini, namun ianya cukup untuk membuatkan kami rasa bersyukur kerana walaupun nun jauh di hutan belantara pun, kami masih boleh merasa sesuap nasi. Bayangkan mereka-mereka yang sedang huru-hara dengan masalah peperangan dan sebagainya, adakah mereka dapat merasa apa yang kita merasa sekarang ini, renung-renungkan lah wahai kengkawan ku semua dan semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berdoa agar selamat dan diberkati olehNya serta sentiasa berusaha untuk memajukan diri,keluarga, masyarakat, bangsa dan negara tercinta, amin.


Tuesday, March 10, 2009

Sweet Memory

Salam untuk semua, hari ni adalah hari selasa 10.03.2009 dan merupakan minggu ke-10 persekolahan. Minggu depan sekolah akan ditutup dan kami akan bercuti seminggu, horrrayyyy. Emmmm tapi tak berapa nak horayyy sangat kerana kemungkinan kena datang bertugas waktu cuti tu nanti. terpaksa la aku 'cancel'kan program-program aku yang sudah di planing semasa cuti tu nanti. Antaranya terpaksa la aku batalkan penempahan tiket air asia yang sudah aku 'book' untuk ke sesuatu destinasi yang aku inginkan. Di manakah destinasi itu???? Biarlah ianya menjadi rahsia di dalam hidup ku, huhu. Sebenarnya pada 17hb nnt kemungkinan besar KSU KPM akan bertandang ke SK Titom ni untuk satu sesi lawatan kerja, jadi kami semua warga di sini terpaksa la bertugas dan siapkan apa2 yang patut,huhu, sian kami, dah la duk dalam hutan, ingatkan waktu cuti la dapat realisasikan sesuatu yang dirancang, ini nampaknya terpaksa la 'arrange' semula perancangan-perancangan tu, nak buat macam mana kan, ini pun dikira tugas rasmi juga,huhu. Ops! banyak bercerita pasal lain sampaikan terlupa pulak nak ceritakan 'sweet memory' kat atas tu,huhu. Actually itu semua merupakan gambar-gambar yang sempat aku buat koleksi selama aku bertugas di 'lost world' ini. Banyak kenangan suka-duka sewaktu bertapa di sini. Yang paling best adalah kenangan bersama bach yang seangkatan semasa aku posting kat sini atau yang lebih tepat bach pada tahun 2005-2007. Gambar pelepah kelapa tu adalah reaksi semasa kami ingin membina pintu gerbang sempena sambutan sukan tahunan sekolah pada tahun 2006 then gambar aku bersama motor tu adalah semasa aku dan kengkawan membuat kerja amal iaitu mengangkut barang-barang dan peralatan pra sekolah. Bayangkan barang2 pra tu kami angkut dengan motor jer,huhu betapa gigihnya kami masa tu,huhu. Walaupun letih dan penat namun ia tetap membuatkan kami seronok melakukannya. Actually takder apa2 dah yang nak diceritakan, walau bagaimana pun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sepah kerana berjaya menjadi Juara Raja Lawak 2009 musim ke-3 dan syabas juga diucapkan kepada Jihan dan Amir, semoga anda semua suksess di masa-masa akan datang,i'm sorryyyyy.

Thursday, March 5, 2009

'Double'

Salam untuk semua, setelah sekian lama aku menyepi, kini muncul kembali dengan coretan yang berlaku di 'lost world' ini. Terima kasih kepada pengunjung setia yang tidak jemu-jemu menjenguk  rentetan cerita dalam 'Hidup Biar bermakna' ini. Terima kasih juga kepada mereka yang selalu memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk aku terus maju dan suksess dalam menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan suka dan duka ini.  Kali ini aku sajikan sedikit cerita mengenai anak-anak murid aku ini. Berdasarkan kepada tajuk entry ini, semestinya kalian semua tidak  faham apakah maksud 'double' itu melainkan bagi  mereka yang berkhidmat di sini ataupun mereka yang pernah berkhidmat di 'lots world' ini. Ini kerana perkataan itu adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk di 'lost world' ini. 'Double' bermaksud 'denda'. Murid yang berdiri di atas almari kabinet itu di denda oleh cikgu lain sebenarnya, aku saja jer snap gambar dia sebab macam hakim  mahkamah majistret pulak, huhu, dan  pada ketika itu masa cikgu rash so aku continue jer la 'double' dia coz dia tolol sangat masa tu, hehe. Pastu gambar  'double' yang berbaris panjang sambil tangan angkat ke atas tu adalah murid tahun 5. Masa tu hangin satu badan aku dibuatnya kerana bila aku tanya @ soal, diorang buat mcm org pekak or bisu jer, masing-masing pandang ke atas untuk berfikir,huhu, padahal  benda yang aku tanya tu tersangat la senang, jadi nak dijadikan cerita dan nak dilepaskan geram, so aku suruh diorang berjemur tengah panas,huhu, tapi sekejap jer aku denda diorang, tak sampai 10 minit pun then aku suruh diorang masuk kelas balik, then masa tu diorang dah buka mulut untuk jawab pertanyaan aku,haha, jangan main-main dengan cikgu rash. Actually bukan apa,  saja nak suruh diorang bersungguh sikit belajar dan mengingati pelajaran yang lepas sebab budak2 ni takleh buat selamba sangat, nanti depa tak cakna dengan apa yang kita ajar, tapi itu style memasing la, aku ngan style aku dan cikgu lain dengan style diorang,huhu. Tapi aku pantang ada silap terus double, dan kaedah aku berdiri angkat tangan ke atas dan kaki angkat satu, lama2 diorang  'gehel'. 'Gehel' tu bermaksud penat. Pastu adalah diorang cakap, "cikguuuu.....gehel',huhu, siannya, jadi aku dengan baik hati suruh la diorang duduk, aku ni tak lah kejam sangat, hehe, masih ada lagi sfat kasih sayang aku pada budak-budak ni,emmm oklah setakat tu saja untuk coretan hari ni, dengar cerita hari ni ada pelawat nak datang ke sekolah kami, pegawai JPN dan PPD dari unit pembangunan, siap nak bermalam lagi sini, huhu, apa-apa pun nanti aku ceritakan pasal diorang pada entry yang akan datang, i'm soryyyyy. 

Saturday, February 21, 2009

Info Bermaklumat VS Keceriaan

Salam untuk semua, emmmm cantik dan kondusif persekitaran SK Titom, kalau mereka yang pertama kali berkunjung ke sini mesti teruja bangat dengan lanskap yang diciptakan oleh kami di sini. Kalau cukup kemudahan dan jalan pun ok mesti ada yang berkira-kira nak buat resort di sini. Yer la, di sekeliling sekolah ini terdapatnya jeram-jeram dan air terjun yang indah dan cantik lokasinya, nanti next entry aku publish gambar kawasan jeram untuk bermandi-manda pula. Inilah lanskap, keceriaan dan sudut bermaklumat yang terdapat di SK Titom,huhu, memang cantik bangat hasilnya, siap ada menara berkembar petronas lagi tuh. Menara tu adalah hasil ciptaan GB dan pekerja-pekerja sekolah. Kami staff sokongan hanya mengecat mural dan mewujudkan sudut berinformasi tu jer, bagus betul idea yang diciptakan tu, yer la secara tak langsung murid-murid boleh membacanya dan menambahkan 'vocabulary' mereka walaupun berada di luar kelas. Semoga murid-murid di sini terus maju jaya dalam pelajaran, mudah-mudahan semoga ianya menjadi kenyataan.


Mesyuarat Mangsa Banjir

Salam semua, hari ini hari sabtu 21.02.2009 yang mana aku masih bertapa di 'lost world' ini bersama kawan2 aku di sini. Kalau berdasarkan tajuk entry di atas tu, takder kena mengena langsung dengan gambar yang nak aku cerita kan ini,huhu, saja buat gempak agar menarik minat pembaca membaca coretan ini,huhu. Actually itulah bilik gerakan a.k.a bilik mesyuarat di SK Titom ini. Di situlah kami selalu sembang kalat a.k.a sembang ...... (kata cikgu shah) bagi memutuskan sesuatu perkara yang perlu di ambil tindakan. Kalau ada guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat dan perlu melakukan in house training, maka di bilik gerakan inilah kami berperang,hehe. Nampak macam sempoi saja bilik tu, tapi sewaktu kunjungan Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2006, beliau telah memberikan taraf 4 bintang terhadap kekemasan dan susun atur dalam bilik mesyuarat itu. Alasan beliau walaupun duduk berjauhan dengan bandar atau lebih tepat dalam hutan, guru-guru masih boleh mewujudkan bilik secantik dan sekemas itu. Itulah keistimewaan guru-guru SK Titom, kreatif dan kritis dalam melakukan sesuatu perkara,huhu tahniah diucapkan. Sekarang ini kalau ada mesyuarat peringkat sekolah, kami mengadakannya di waktu malam sebab kami tidak mahu menganggu waktu PnP di siang hari, waaa hebat gitu, meting pada waktu malam siot, alaaaa bukan jauh pun nak datang ke bilik mesyuarat ni just selangkah dua sampai la, sebab kami pun duduk dalam kawasan sekolah ni juga pada hari persekolahan dan hanya hari minggu jer kami meninggalkan 'lost world' ini. Lain la kalau kami duduk kat luar kawasan sekolah, cari padah nak datang mesyuarat waktu malam-malam ni,huhu. Apa-apa pun tahniah la diucapkan kepada semua warga kerja SK Titom termasuk pekerja-pekerja sekolah dan pokgat-pokgat sekolah kerana bersatu-padu dalam memajukan SK Titom ini. Semoga kita semua terus suksess melakukannya.

Friday, February 20, 2009

Mereka Bagaikan Kain Putih

Salam untuk semua, sudah lama aku tak update entry di ruangan ini, maklum la beberapa hari yang lepas sibuk ngan kerja-kerja yang perlu dibereskan dan juga mesyuarat di PPD, so takder masa sangat nak melepak depan laptop ni,huhu. But today aku bertapa di 'lost world' ini bersama cikgu Romi dan juga cikgu Mohd Noor, alasannya aku malas nak keluar lagipun aku baru jer masuk ke sini dan rasa sengal-sengal serta lenguh-lenguh badan tu belum hilang lagi. Maklum la nak masuk ke sini bukannya melalui jalan raya,huhu, semua jalan bukit bukau dan bertanah merah, semuanya memerlukan kudrat dan prestasi diri yang memberansangkan, dan kalau badan tak sihat atau demam tu better tak payah masuk la coz menyusahkan diri jer nanti lagipun sini bukan ada klinik untuk nak dapatkan ubat. Itulah senarionya berkhidmat di 'lost world' ini, mungkin mereka yang membaca coretan ini sukar untuk gambarkan keadaan sebenar di sini namun bagi mereka yang pernah bertugas di sini akan faham segalanya walaupun aku coretkan sepatah ayat sahaja,huhu. Gambar kat bawah tu merupakan permata baru yang perlu digilap dan dididik sebelum mereka melangkah lebih jauh. Itulah murid-murid Pra Sekolah di sini. Kecil,lucu dan pelbagai karenahnya,namun itulah kanak-kanak,karenah mereka mampu membuatkan kami di sini tersenyum dan tertawa. Tanggungjawab untuk mencoretkan minda dan sahsiah diri mereka amat berat, ini kerana mereka bagaikan kain putih yang baru mengenal erti hidup, kami lah yang perlu mencoretnya. Segalanya terletak di tangan guru,especially Guru Pra, untuk guru pra, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya mendidik murid-murid pra dengan jayanya. Semoga kita semua suksess menghadapi segala rintangan dan cubaan di dunia pendidikan ini.


Friday, February 13, 2009

Nadi Perhubungan

Salam untuk semua, kalau merujuk kepada tajuk entry pada malam ini, itulah satu2nya nadi perhubungan yang paling pantas untuk sampai ke 'lost world' ini. Tapi bukan senang buleh naik heli2 kat atas tu, bagi mereka2 yang ada kerja untuk mendarat di sini boleh la merasa berada di udara, kalau tidak gak, pasang impian jer la. Tapi baru2 ni cikgu Noor ngan cikgu Shah berkesempatan merasai heli putih yang kat atas tu,hehe, tahniah la diucapkan pada diorang. Actually masa tu kontraktor asrama datang melawat asrama bersama JKR, so diorang menggunakan heli putih tu untuk mendarat di sini, masa tu ada dua seat kosong, so 'Kapten' offer then diorang accept jer lah. Pergi Betau then patah balik sekolah,huhu bestnya, nanti next entry aku akan publish gambar sekolah dari udara. Dulu2 heli nuri selalu mendarat sini kalau ada emergency case but skang ni jarang dah heli tu datang yer la semenjak kes2 heli2 terhempas,mungkin dah jarang guna dah kot. Kekadang pasukan kesihatan selalu juga dtg menggunakan heli, best la diorang, tak perlu bersusah payah meredah hutan macam kami. Biasala hidup ini ada keistimewaan masing2 huhu yang penting sentiasa la bersyukur dengan apa yang ada. Suatu hari, aku nak jugak merasa naik heli tu.hehe, baru setaraf ngan cikgu Noor dan cikgu Shah, hehe.Tapi bila hari itu akan muncul? Sabar jer la menunggu dan hadapi segalanya dengan senyuman, pasti ia baik-baik aja, kalau tak percaya, cuba senyum, mesti kurang sikit kan tekanan,huhu.

Menu Petang

Salam,waaa duk dalam 'lost world' pun buleh makan karipap jugak,kelazz gitu,huhu. Inilah menu petang kami, setelah bertungkus lumus diusahakan oleh cikgu Noor dan dilimpahkan sedikit kudrat oleh cikgu rash, maka itulah hasilnya. Cikgu Noor siap nak jual kat budak2 lagi karipap tu,huhu RM1.oo 2  biji, fuhhhh tak mahal ker? huhu tapi kat dalam ni harganya kena gandakan dua kali la, susah beb nak dapatkan bekalan, gandum pun bawak masuk guna heli ke 'lost world' ni,huhu, heli ker? Actually lama tak merasa karipap versi cikgu Noor, best bangat karipap tu, last2 inti tak cukup then letak gula jer terus jadi cekmek, perghhhh kreatif gila cikgu2 titom, tahniah la. Dulu2 masa ada putra745 selalu juga merasa kuih-muih ni, kuih yang putra selalu buat ialah sardin roll,huhu, berbatang-batang dihasilkan oleh putra,huhu. Yang last2 tu dah tak rasa macam sardin dah coz keras,huhu maklum la penat beb, namun kami seronok memakannya,huhu, tukang buat sorang dua jer but tukang makan dua tiga dozen ramainya,huhu. Anywes situasi inilah membuatkan hubungan kekeluargaan kami di sini semakin mesra dan akrab,huhu. Karipap cikgu Noor tu memakan masa 1 jam setengah dari proses membuatnya hinggalah proses mengoreng dan menghabiskan hasil yang sudah siap digoreng. Mereka yang teruja sangat dengan karipap tu adalah cikgu salimi dan din pdg tengku coz mereka tak sangka sebab duk dalam hutan pun buleh makan karipap di waktu petang nan senja begini. Itulah keistimewaan cikgu2 Titom, pandai memasak dan pandai buat kuih muih selain memikul tugas mendidik anak-anak bangsa di sini. Akhir kata, semoga cikgu2 Titom dan din pdg tengku terus suksess walaupun di mana jua berada. Semoga Allah sentiasa memberkati kalian semua,amin.

Thursday, February 12, 2009

Mengintip

Salam, ini lah wajah2 anak-anak murid ku yang selalu datang mengejutkan aku di kala subuh hari,huhu. Sungguh semangat mereka datang ke sekolah untuk menimba  ilmu dan tanpa segan silu mengetuk cermin tingkap bilik ku dengan suara "cikguuuu....bangun, dah nak cerah dah ni...." agar aku bangun seawal pagi walaupun jam masih menunjukkan pukul 5.30am,huhu. Mereka ini dari kampung yang jauh sikit dari sekolah so that y mereka datang awal ke sekolah, kekadang tu kul 6am pun dah terpacak kat sekolah. Bila tengok perkembang diorang yang selalu datang awal ke sekolah, so aku suruh la mereka datang mengejutkan aku kat rumah,huhu, ada baiknya juga mereka kejut aku seawal pagi, boleh aku solat subuh awal. Yer la pernah beberapa kali aku terlewat bangun dek kerana badan terlalu letih di tambah pula dengan suhu udara yang mencecah 'tahap kebekuan' celcius, then tanpa segan silu terus menarik selimut untuk memperajakan tidur aku itu,hehe, jarang-jarang jer macam tu, bukan selalu. Maka aku mengambil langkah awal dengan menyuruh anak-anak murid aku ini datang mengetuk cermin tingkap bilik aku setibanya mereka di sekolah. Itulah kisahnya ragam seorang guru dengan anak-anak muridnya. Anak-anak murid aku ini pantang suruh sesuatu perkara, mereka pasti akan buat dengan jayanya,hehe. Apa-apa pun terima kasih la kepada mereka ini kerana bersusah payah datang ke rumah mengetuk cermin tingkap bilik aku. Semoga mereka semua terus selamat dan suksess di dalam pelajaran. Gudlak !!!

Wednesday, February 11, 2009

Keranamu Kami Di Sini - episod 1

Salam, inilah realitinya keperitan yang terpaksa kemi tempuh suatu ketika dulu untuk sampai ke 'lost world' kami. Bagi mereka-mereka yang penah berkhidmat di daerah terasing ini semestinya masih segar di ingatan mereka akan segala memori suka duka tatkala ingin melepasi jambatan ini. Jambatan ini sungguh mencabar sekali, dah la tinggi,arus air sungai deras pulak tu, sekali pandang ke bawah,erggghhhh gayat juga dibuatnya,kalu jambatan ok tak apa la, ni daif tahap gaban ni, memang memeritkan, tu pun dah kira dibaik pulih dah tu, penah seketika kami hanya meniti di atas sebatang buluh jer,huhu mencabar sungguh. Namun begitu ianya tidak melemahkan semangat kami semua untuk terus berkhidmat di sini. Sekarang ini jambatan ini sudah tinggal kenangan bagi kami kerana di sebelah jambatan itu telah dibina jambatan konrit simen yang amat selamat dilalui namun gambar jambatan baru itu tidak dapat aku publish di sini kerana masih belum snap lagi walaupun ianya telah siap dibina hampir dua tahun. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta dan inilah realitinya untuk kami sebagai pendidik yang berkhidmat di sekolah pedalaman. Semoga kami semua terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang.

Serbu

Salam, hari ni kami di datangi oleh sebuah helikopter yang kami sudah sekian maklum akan kedatangannya,hehe. Sebenarnya sebulan yang lepas kami sudah didatangi oleh heli ini, kelam kabut kami dibuatnya,hehe. Actually mereka ini adalah geng2 kontraktor dan Pegawai2 JKR dr Kuantan dan Kuala Lipis. Tapi Pegawai2 dari PPD pun datang juga,huhu so kami kena la persiap apa yang patut. Yer la, of course mereka datang ingin meninjau asrama tapi pada masa yang sama tentulah pegawai2 PPD ini ingin melihat persekitaran sekolah dan pengurusan di sini. Tapi kami buat selamba jer, apa yang nak di risaukan, yang penting kerja kami siap,huhu. Hari ini kedatangan mereka ini adalah untuk sesi penyerahan tugas dan kunci asrama secara rasmi kepada pentadbir SK Titom,but GB tiada buat masa la ni so GPK 1 la yang mewakilinya.

Tuesday, February 10, 2009

Meh Bungkus Ketupat

Salam untuk semua, sudah lama aku tidak kemaskini ruangan ini, maklum la kebelakangan ini sibuk ngan aktiviti sekolah dan mesyuarat kurikulum dan ko-kurikulum peringkat sekolah, tapi biasa la awal2 tahun, banyak kerja yang perlu dibuat, namun ini semua kan tanggungjawab, so haruslah laksanakannya dengan sebaik mungkin. Gambar di atas itu adalah sebahagian daripada murid-murid tahun 6 2009. Tahun ini calon UPSR agak ramai juga iaitu seramai 26 orang, 13 keral dan 13 kedur. Diorang ni pantang tiada guru dalam kelas, terus buat sesi bungkus ketupat,huhu. Gambar tu aku snap dari jauh dan diorang tidak sedar akan kemunculan aku di sekitar kawasan berhampiran mereka. Murid-murid tahun 6 tahun ini tak tahu la macam mana ngan potensi mereka,nampak gaya macam suam2 kuku jer. Tapi tak apa lah, kami sebagai warga pendidik SK Titom akan cuba sedaya upaya untuk mencurahkan dan mendidik mereka agar dapat menimba ilmu sebanyak yang boleh. Diorang ni sedikit nakal la,tapi kalau masa aku mengajar, huuuu 'sorry la' coz pantang ada salah dan silap terus aku 'double'. Untuk tahun 6 ini aku mengajar subjek Matematik. Emmm tak tahu la macam mana, Math sekarang ni kena ajar dalam bahasa inggeris but aku rojak dalam 3 bahasa jer ngan diorang coz kalau nak BI straight mampus la diorang,mesti ternganga punya,huhu, lagipun aku ni bukannya terer sangat nak speaking2 ni, just sekadar basic tu boleh la. Namun begitu aku tetap akan cuba melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid aku. For them 'gudlak' aku ucapkan untuk UPSR 2009.

Tuesday, February 3, 2009

Kasihnya Seorang Bapa

Salam, berdasarkan tajuk yang tertera di atas tu, itulah gambaran yang dapat disimpulkan betapa akrabnya hubungan seorang guru dengan anak2 murid di SK Titom ini. Bak kata pepatah 'bagai menatang minyak yang penuh',huhu betul ker tak pribahasa yang aku kaitkan dengan situasi ini,huhu bedal jer lah. Tapi kalau ada pakar2 bahasa yang terbaca entry aku ni, mesti diorang akan komen pedas punya,huhu. Ini cikgu Zani, asal dari Kg anak ikan, jerteh besut terengganu. Sesiapa yang nak berkenalan dengan dia, boleh la jumpa dia kat Pondok Polis di Sungai Koyan tu coz dia selalu lepak kat situ,huhu. Kami di sini pun turut mengadakan program mentor-mentee iaitu seorang guru di akan dijadikan bapa angkat kepada beberapa orang anak2 murid. Melalui program ini murid akan dikenali dengan lebih dekat dan para guru boleh mengasuhnya agar menjaga kebersihan diri dengan lebih baik. Bagi murid2 yang mengalami masalah dalam akademik pula, para guru akan pendekatan dari hati ke hati agar murid2 lebih menunjukkan minat dalam pelajaran. Pelbagai usaha yang telah kami tampilkan demi meningkatkan dan menarik minat murid2 di sekolah ini dalam pelajaran. Kepada semua guru, tahniah diucapkan. Tiada siapa yang dapat memahami kita semua selain daripada mereka yang pernah merasa kehidupan di sini.

Monday, February 2, 2009

Pondok Ilmu

Salam untuk semua, bertemu kembali setelah beberapa hari berehat sempena cuti CNY, dan di kala coretan ini dinukilkan aku sudah pun berada di 'lost world',hehe. Gambar yg aku duk posing tu adalah merupakan sebuah pondok ilmu yang dibina oleh pelajar2 KEDAP. Mesti korang tertanya-tanya kan apa itu KEDAP,huhu buka la kamus dewan bahasa dan pustaka cari perkataan tu,hehe. KEDAP tu adalah bermaksud 'kelas dewasa'. Kat sekolah ini diwujudkan kelas dewasa khusus untuk penduduk di sini agar mereka pun tidak ketinggalan dalam menimba ilmu. Tapi ilmu yang diajar pun kena la berpadanan dengan tahap penguasaan mereka,hehe kira ajar yang mudah-mudah jer la. Guru yang bertanggungjawab terhadap kelas KEDAP ini adalah Cikgu Romi dan Cikgu Mohammad Noor. So, petang2 dalam area kul 3pm - 5pm peserta kedap ni datang la ke sekolah untuk belajar, aku pun penah 3 kali mengajar mereka kerana menggantikan Cikgu Noor or Cikgu Romi. Kalau guru2 kedap ni tiada maka guru2 lain akan ambil alih untuk melaksanakan PnP pada hari itu. Peserta kedap ni dibayar elaun oleh kementerian pelajaran. Berapa elaun yang dibayar tu aku pun dah tak ingat lah, cuma yang aku tahu bayarannya pun agak lumayan jugak lah. Actually kerajaan nak bagi pendapatan kepada diorang, sambil2 tu diorang haruslah manghadiri kelas agar melayakkan mereka mendapatkan pendapatan tu,hehe bagus jugak langkah dan inisiatif yang kerajaan ambil tu. Peserta kedap ni adalah dalam 25 org satu kelas. Dan mungkin untuk 2009 ni akan diadakan juga kelas kedap ni dan pesertanya haruslah org yang berlainan daripada peserta tahun 2008. Kiranya sekali sorang jer la yang dapat merasai elaun yang diberikan tu. Kalau dah suami isteri yang terlibat ngan kelas kedap tu, banyak la dapat $$$$. So pondok ilmu tu adalah merupakan salah satu aktiviti diorang dan dengan terbinanya pondok ilmu itu, ianya amat berguna untuk murid2 sk titom. Sebenarnya kami sebagai guru2 di sini sudah lama mengidam untuk mengadakan PnP di luar kelas namun tiada siapa yang mampu membinanya. Setelah terbinanya pondok itu, ianya amat bermanfaat, sekarang sudah ada guru2 yang beralih angin mengadakan PnP di dalam pondok tu dan senario ini amat mendapat sambutan yang baik sekali dari pihak murid2. Mereka amat suka bila proses PnP diadakan di luar kelas. Yer la, dah bertahun-tahun asyik duk berkurung dalam kelas jer, mesti la rasa seronok bila semua duk berkumpul dalam pondok tu. Ada guru yang mengadakan aktiviti membaca,menyanyi dan melukis dalam pondok itu. Syabas diucapkan kepada peserta KEDAP kerana berjaya membina pondok ilmu itu. Semoga pondok2 seperti itu akan terbina lagi di kawasan lain. Itulah harapan kami sebagai tenaga pengajar di SK Titom ini, tiada apa yang dapat membuatkan kami tersenyum selain dapat melihat murid2 kami boleh membaca,mengira dan seronok dengan aktiviti2 yang diadakan. Kepada semua tenaga pengajar di sini, teruskan amalan murni anda itu, semoga tuhan saja yang membalasnya. Amin.

Friday, January 30, 2009

Untuk Renungan Bersama

Assalamualaikum W.B.T
Ini lah kebesaran ALLAH S.W.T. Keistimewaan untuk wanita. ALLAH S.W.T sayangi wanita Umat Nabi S.A.W. 
Wanita Cantik yg suka Menangis...  
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"  

Allah berfirman:  
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."  
"Kau tahu:  
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."  
P/s : Alhamdulillah,semoga kita semua mendapat jodoh yang baik. Amin.
         sampaikan renungan ini kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar             dan ingat akan kecantikan wanita  yang azali.. bukan pada                            kecantikan luaran semata-mata,Selami lah hati wanita itu..
      dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.