Wednesday, May 27, 2009

Penjahat Pintu

Salam pada semua, berdasarkan pada tajuk di atas, mesti korang konpiuskan, hihi, tapi itulah realitinya kejadian yang berlaku di SK Titom ini, murid-murid di sini pelbagai 'peal' (perangai) huhu tapi itulah budak-budak, apa yang dilarang itulah yang dibuatnya. Berdasarkan gambar di atas itu, 3 kejadian yang berlaku sebenarnya, Vandalisme yang paling membuatkan kami geram sebenarnya adalah kejadian merosakkan pintu kelas, huhu, hebat sungguh bebudak ini, pintu kelas boleh ditendangnya sampai tercabut engsel pintu tersebut, huhu sabar jer lah. Yang paling membuatkan aku naik marahnya, penjahat-penjahat yang aku maksudkan itu adalah murid-murid kelas aku, iaitu murid Tahun 2 Cheruwes,huhu geram betul aku. Nampak macam baik jer di dalam kelas sewaktu aku menjalankan PnP tapi bila ketiadaan guru semua jadi hantu, haha, Tapi yang keral (lelaki) je la, yang kedur (perempuan) ok semuanya. Sebenarnya diorang ni main sepak batu (menggantikan bola) di dalam kelas dan ruangan pintu itu dijadikan ruangan gol, mungkin tersepak banyak kali ke arah pintu tersebut so that y ianya tercabut, selepas dikenal pasti penjahat-penjahatnya maka cikgu Hafis menjalankan tugas mendenda dan menghukum mereka selaku guru yang bertugas pada minggu tersebut. Aku pun tidak ketinggalan juga mendenda dan menghukum mereka dengan beberapa buah kilas yang agak istimewa, hehe,cikgu-cikgu lain juga tidak ketinggalan mengambil part masing-masing, hehe. 

OK, itu pasal penjahat pintu, dan seterusnya pula pasal main lawan dengan penyapu, murid yang aku maksudkan itu adalah yang gambar besar 2 orang di atas itu. Mereka adalah murid Tahun 3 Sempar. Yang dipukulnya adalah murid yang berbalut di dahinya dan pemukulnya adalah murid yang baru selesai menangis tu, hehe. Standar la, dah buat salah mestilah kena double (denda). Nasib kena pukul kat dahi, kalau la kena kat mata, huhu, tak tahu la nak cakap macam mana, di harap kejadian-kejadian macam ini tidak akan berulang lagi di SK Titom ini. Sebenarnya murid-murid ini tidak lah tolol dan jahat sangat cuma nakal sedikit sahaja, hehe, itupun sewaktu ketiadaan guru pada waktu itu.

Manakala gambar murid yang berdiri 3 orang itu sebenarnya aku yang double kerana gagal menjawab soalan-soalan yang aku ajukan sewaktu aku menjalankan PnP untuk subjek Math Tahun 6 Jernang, huhu, just berdiri jer bukan sakit pun. Apa-apa pun aku berharap murid-murid Tahun 6 sekolah ini akan menunjukkan peningkatan untuk subjek Math yang aku ajar. Harapan aku semoga mereka semua akan pani (faham) dan boleh jawab setiap soalan yang keluar dalam exam UPSR nanti, mudah-mudahan.

Sewaktu aku mencoretkan cerita ini hujan telah turun dengan lebatnya iaitu pada pukul 04.45 petang 27.05.2009. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi hujan akan turun di kala waktu petang, nak buat macam mana dah memang musim dia, huhu. Jadi kami semua kena lah berhati-hati sewaktu menuruni bukit-bukit di sini sebab jalan akan menjadi becak serta licin dan kegagalan mengawal handle dan break motor dengan baik akan membuatkan seseorang itu akan jatuh, huhu, semoga kami semua akan sentiasa selamat walaupun dimana jua berada.

2 comments:

Unknown said...

biasa la karl..aku memahami mu.. sbb budak kita ni lebih kurang sama peelnya.. bebanyok la sabor

Kay Aniza said...

hehehe!tersengih saya membaca coretan karl.biasalah bebudak.Budak yang dah form4 &5 pun macam budak kecik,main kejar-kejar dalam kelas.main bola kertas,bergayut kat pintu.ini kan budak yang memangnya budak.