Monday, May 18, 2009

Hebatkah Kita? (Ucapan Hari Guru)

Semua tahu guru adalah manusia yang tidak akan terlepas melakukan kesalahan. Jika itu berlaku, adakah kesilapan itu perlu diulang? Perbaiki ia dan jadikan ikhtibar. Guru yang bersemangat akan melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh murid. Kita bukan hanya mengajar murid semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian murid ke arah modal insan yang terbaik. Memang berat tugas yang dipikul ini, namun inilah padang kita. Jika kita berlari akan tersungkur, namun bangkit dan mula aturkan langkah baru.Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang yang kita ceburi ini memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika kita hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa ada jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Jadilah guru yang di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Gunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak itu. Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru di Malaysia. Jadilah Guru Terhebat !!!
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
                                    LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

No comments: