Wednesday, May 13, 2009

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Salam, satu sejarah telah tercipta lagi di SK Titom kerana pada 06-07 Mei 2009 SK Titom telah didatangi oleh Rombongan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB DR. Puad Zarkashi, Senator Osman Bungsu, YB Devamany (Ahli Parlimen Cameron Highlands), Pengarah JPN Pahang Serta Pegawai PPD Lipis. Sudah menjadi adat dan rutin di SK Titom, pantang ada ketibaan pegawai-pegawai dari luar maka bunga telur adalah penyambutnya, hehe, maybe putra sudah arif dengan situasi ini. Malam sebelum delegasi itu datang, aku dan salimi mengambil part merebus telur, dan setelah semuanya masak maka beberapa orang antara kami membalutnya dengan sarang bunga yang telah dibeli oleh guru besar. Proses pembungkusan ini diketuai oleh Cikgu Pra. Sebahagian daripada kami telah bertungkus lumus di pejabat menyiapkan saki-baki kerja yang masih terbengkalai. Antaranya cikgu Shah semakin sibuk duk menyiapkan slide powerpoint bagi acara debriefing SK Titom untuk ditayangkan kepada delegasi esok. Cikgu Azmil pula duk sibuk 'set up ' LCD untuk paparan powerpoint. Pada malam itu juga Guru Besar SK Titom akan melakukan 'rehearsel' ke atas slide powerpoint tersebut kerana bagi sesi debriefing esok hari, GB SK Titom yang diamanahkan menyampaikan debriefing tersebut. Maka hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Sebelum sampai ke SK Titom, rombongan timbalan menteri pelajaran telah terlebih dahulu singgah ke SK Betau, kemudian SK Lenjang untuk makan tengahari dan seterusnya tiba di SK Titom pada petang tersebut. Rombongan telah sampai di SK Titom lebih kurang pukul 4.30 petang.

Ketibaan rombongan Timbalan Menteri Pelajaran YB DR. Puad Zarkashi telah disambut oleh murid-murid SK Titom. Seramai 105 orang delegasi yang terlibat dalam rombongan itu (tidak termasuk driver hilux dan pajero serta polis pengiring). Hadir bersama adalah Pengarah JPN Pahang, Ketua-Ketua Sektor JPN Pahang serta Pegawai PPD Lipis (Puan Hjh Shamsiah) dan pegawai-pegawai kanan PPD Lipis. Pada waktu malamnya pula telah diadakan sesi perjumpaan dengan masyarakat orang kampung. Sebelum YB timbalan menteri pelajaran memberikan ucapan, pengerusi majlis terlebih dahulu menjemput Senator Osman Bungsu untuk memberi sepatah dua kata. Selepas itu murid-murid SK Titom telah memperdengarkan lagu SK Titom kepada delegasi rombongan. Lagu SK Titom ini telah diminta secara personal oleh YB Timbalan kerana beliau terpegun dan terpesona dengan bait-bait senikata lagu tersebut. Selepas diperdengarkan lagu SK Titom itu, maka acara sewang telah diadakan oleh pasukan penduduk Kg Titom yang turut dianggotai oleh 3 orang guru SK Titom iaitu Cikgu Romi, Cikgu Rash dan CIkgu Pra. Semua hadirin yang hadir pada malam itu termasuk dif-dif kehormat terpegun melihat guru-guru SK Titom kerana pandai memainkan alat-alat muzik dalam acara sewang tersebut, hihi. Program pada malam itu telah selesai lebih kurang pukul 10.30 mlm.

Keesokan harinya iaitu pada hari Khamis 07.05.2009 (sekolah cuti sempena Hari Hol Negeri Pahang) delegasi akan berangkat pulang. Rombongan YB telah pun bersarapan pagi seawal pukul 6.30 pagi. Selepas itu acara ataupun aktiviti yang telah disediakan untuk YB adalah menanam anak pokok kelapa. Selepas itu kami mengadakan sesi bergambar dengan YB dan beberapa pegawai dari KPM, JPN dan juga PPD Lipis. Lebih kurang pukul 8.00 pagi rombongan YB telah berangkat pulang dengan selamatnya. Mereka terpaksa berangkat pulang seawal jam 8.00 pagi kerana YB DR. Puad Zarkashi akan berkunjung ke satu program yang terletak di Kg Tanjung Gahai. Walaupun tidak sampai 24jam YB berada di SK Titom, namun banyak perkara yang beliau telah pantau. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang bertungkus-lumus menyediakan dan menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan sempena dengan lawatan timbalan menteri pelajaran ini. Ribuan terima kasih daripada pihak SK Titom.

No comments: