Tuesday, May 26, 2009

Kursus Ladap PKG Padang Tengku

Salam pada semua, semoga kalian semua sentiasa berada di dalam limpahanNYA. Hari ini terasa agak sepi, tak tahu kenapa, maybe sebab duk menghitung hari cuti kot, hihi, sikit lagi para pendidik akan mula bercuti selama dua minggu sempena cuti penggal pertama. Oklah baru-baru ini pada 16 Mei 2009 SK Titom ada menganjurkan Kursus Ladap di PKG Padang Tengku. Ladap adalah bermaksud 'Latihan Dalam Perkhidmatan', ianya mula diperkenalkan sejak tahun lepas yang mana setiap guru perlu menghadiri sekurang-kurangnya 7 kali @ hari kursus, tidak kira samada kursus tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN mahupun KPM. Dan maklumat-maklumat kursus tersebut haruslah dicatatkan dalam buku laporan berwarna biru untuk di'submit' pada hujung tahun. Pada hari kursus yang kami anjurkan tersebut pihak sekolah telah menjemput saudara En. Mohd Irwan Shah Bin Abdul Karim untuk mengelola sesi taklimat tersebut. 

Pada kursus kali ini kami semua membincangkan tentang 'Headcount' sekolah iaitu ianya mengandungi target sekolah untuk murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Kursus tersebut telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Rata-ratanya ramai di antara kami yang mendapat input yang berguna tentang 'headcount' yang dirancang oleh setiap panitia sekolah bagi mencapai target. Semoga dengan adanya kursus - kursus seperti ini diharap akan menambahkan lagi pengetahuan kami di dalam profesion perguruan ini. Semoga kami semua tidak jemu-jemu menimba ilmu yang baru dan mencurahkan segala ilmu yang ada kepada anak-anak murid yang tercinta. Semoga murid-murid Tahun 6 SK Titom berjaya di dalam peperiksaan UPSR kelak.

No comments: