Tuesday, March 31, 2009

Titom Keranamu Kami Di Sini - episod 2 (tersilap langkah)

Salam untuk semua, setelah beberapa hari aku menyepi untuk menenangkan diri dari segala kesulitan dan kesukaran hidup, kini aku kembali dengan sedikit coretan yang berbeza. Terima kasih kepada teman2 seperjuangan yang berada di sini mahupun di luar sana yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan kata nasihat serta perangsang agar aku lebih tabah menghadapi dugaan ini. Minggu ini terasa seperti 'weird' jer, entah kenapa dan mengapa aku pun kurang pasti, terasa seperti kurang semangat dan motivasi diri kian luntur untuk meneruskan perjuangan ini, namun aku gagahkan diri jua dan lantas bangkit dari lamunan untuk aku terus mencurahkan segunung harapan buat permata-permata ku di sini yang masih belum mengenal erti hidup. Sebagai manusia normal kita tidak boleh lari dari masalah, cuma masalah setiap insan itu agak berbeza dan ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana cara untuk menanganinya secara bijak dan berhemat. Biarlah suka duka tahun 2008 menjadi memori yang tersemat di sanubariku dan aku ingin jadikan 2009 ini sesuatu yang terindah di dalam hidupku. Mudah-mudahan ianya tercapai,huhu. Minggu ini membuatkan aku merasa bercelaru sedikit, dah la sengal-sengal badan dari minggu lepas belum hilang lagi, ditambah pula dengan 'ankle injury' akibat perlawanan bola sepak liga komuniti minggu lepas masih terasa kesakitannya, kemudian ditambah pula dengan sedikit kecederaan yang terpaksa aku tanggung pada minggu ini,huhu. Apakah kecederaan yang aku maksudkan itu? jeng jeng jeng, itu lah yang aku maksudkan dengan 'tersilap langkah'. Actually aku terjatuh motor sewaktu menuju ke 'lost world' ini, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, tapi pepatah itu ditujukan pada mereka2 yang jahat, tapi aku tak le jahat mana, cuma nakal2 sedikit aja, hahaha, sebenarnya aku bonceng cbp9851 tu dengan agak laju dek kerana ingin mengejar pencabar baru yang sedikit berada di depanku, biasanya aku dapat mengawal jentera aku dengan baik, namun apakan daya, tuah tidak menyebelahi aku dan disebabkan dengan keadaan jalan yang agak licin maka aku pun tergelincir lalu terjatuh mengakibatkan lutut dan betis ku sedikit tercalar dan merasa sakit. Tapi bagiku itu semua sudah biasa dan agak lali dengan kecederaan-kecederaan  kecil sebegini dan ianya sedikit pun tidak melemahkan semangat ku untuk terus berkunjung ke 'lost world' ini. Itulah pengorbanan kami, jalan licin, menuju ke destinasi dalam keadaan basah kuyup, terpaksa bertungkus-lumus menolak jentera di celah bukit, jentera rosak dan sebagainya namun tetap bersemangat untuk sampai ke destinasi yang diinginkan. Tiada siapa yang memahami kesukaran dan kesulitan kami di sini melainkan hanya diri kami sendiri. Tapi bagi mereka yang pernah berkhidmat di sini semestinya masih terasa bahangnya di kala berjuang di dalam suka-duka itu. Itu saja yang dapat aku ukirkan di coretan ini dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya. Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi,mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berada di dalam rahmatNYA,amin.

Monday, March 23, 2009

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Salam semua, setelah seminggu bercuti sempena cuti pertengahan penggal pertama, maka hari ini 23.03.2009 isnin, merupakan hari pertama persekolahan. Seperti yang kami jangka, jalan di sini akan cepat berubah kepada keadaan yang lebih sukar kerana hujan telah turun untuk beberapa hari semasa cuti seminggu hari tu. Maka ia akan menyebabkan jalan akan bertambah licin dan amat sukar untuk dilalui, maka dengan kudrat yang ada, cikgu-cikgu perlu mengemudi jentera masing2 dengan penuh kekuatan dan berhati-hati. Dugaan dalam perjalanan amat mencabar sekali, ini kerana motor salah seorang teman seperjuangan di sini telah rosak, rosak tak rosak la cuma rantai motor tu putus,huhu, takleh nak buat apa la. Setelah bermusyawarah, maka kami semua amik keputusan untuk tinggalkan sahaja motor itu di tepi jalan, ye la nak tolak jauh lagi untuk sampai ke destinasi, nak tinggal kat umah berhampiran pun takder kawasan perkampungan di situ,huhu dugaan.....! dugaan....! Then kami pun menuju la ke destinasi dan singgah di rumah hasyim (peniaga kedai runcit yang ada hilux) untuk minta bantuannya untuk ambil motor tersebut pada keesokkan harinya dengan hilux beliau. Setelah selesai berdiskusi dengan hashim, maka kami semua meneruskan perjalanan, jam sudah menunjukkan kul 7.00pm, malam kian menjelma dan motosikal memasing sudah menyalakan lampunya,huhu. Maka kami pun berjuang la dalam keadaan jalan selut dan berlumpur. Lebih kurang pukul 8.45 mlm kami semua sampai ke 'lost world'. Setelah semuanya siap membersihkan diri dan mengerjakan apa-apa yang patut, maka kami pun menjamu selera. Ini sahajalah yang mampu kami sajikan di sini, namun ianya cukup untuk membuatkan kami rasa bersyukur kerana walaupun nun jauh di hutan belantara pun, kami masih boleh merasa sesuap nasi. Bayangkan mereka-mereka yang sedang huru-hara dengan masalah peperangan dan sebagainya, adakah mereka dapat merasa apa yang kita merasa sekarang ini, renung-renungkan lah wahai kengkawan ku semua dan semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berdoa agar selamat dan diberkati olehNya serta sentiasa berusaha untuk memajukan diri,keluarga, masyarakat, bangsa dan negara tercinta, amin.


Tuesday, March 10, 2009

Sweet Memory

Salam untuk semua, hari ni adalah hari selasa 10.03.2009 dan merupakan minggu ke-10 persekolahan. Minggu depan sekolah akan ditutup dan kami akan bercuti seminggu, horrrayyyy. Emmmm tapi tak berapa nak horayyy sangat kerana kemungkinan kena datang bertugas waktu cuti tu nanti. terpaksa la aku 'cancel'kan program-program aku yang sudah di planing semasa cuti tu nanti. Antaranya terpaksa la aku batalkan penempahan tiket air asia yang sudah aku 'book' untuk ke sesuatu destinasi yang aku inginkan. Di manakah destinasi itu???? Biarlah ianya menjadi rahsia di dalam hidup ku, huhu. Sebenarnya pada 17hb nnt kemungkinan besar KSU KPM akan bertandang ke SK Titom ni untuk satu sesi lawatan kerja, jadi kami semua warga di sini terpaksa la bertugas dan siapkan apa2 yang patut,huhu, sian kami, dah la duk dalam hutan, ingatkan waktu cuti la dapat realisasikan sesuatu yang dirancang, ini nampaknya terpaksa la 'arrange' semula perancangan-perancangan tu, nak buat macam mana kan, ini pun dikira tugas rasmi juga,huhu. Ops! banyak bercerita pasal lain sampaikan terlupa pulak nak ceritakan 'sweet memory' kat atas tu,huhu. Actually itu semua merupakan gambar-gambar yang sempat aku buat koleksi selama aku bertugas di 'lost world' ini. Banyak kenangan suka-duka sewaktu bertapa di sini. Yang paling best adalah kenangan bersama bach yang seangkatan semasa aku posting kat sini atau yang lebih tepat bach pada tahun 2005-2007. Gambar pelepah kelapa tu adalah reaksi semasa kami ingin membina pintu gerbang sempena sambutan sukan tahunan sekolah pada tahun 2006 then gambar aku bersama motor tu adalah semasa aku dan kengkawan membuat kerja amal iaitu mengangkut barang-barang dan peralatan pra sekolah. Bayangkan barang2 pra tu kami angkut dengan motor jer,huhu betapa gigihnya kami masa tu,huhu. Walaupun letih dan penat namun ia tetap membuatkan kami seronok melakukannya. Actually takder apa2 dah yang nak diceritakan, walau bagaimana pun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sepah kerana berjaya menjadi Juara Raja Lawak 2009 musim ke-3 dan syabas juga diucapkan kepada Jihan dan Amir, semoga anda semua suksess di masa-masa akan datang,i'm sorryyyyy.

Thursday, March 5, 2009

'Double'

Salam untuk semua, setelah sekian lama aku menyepi, kini muncul kembali dengan coretan yang berlaku di 'lost world' ini. Terima kasih kepada pengunjung setia yang tidak jemu-jemu menjenguk  rentetan cerita dalam 'Hidup Biar bermakna' ini. Terima kasih juga kepada mereka yang selalu memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk aku terus maju dan suksess dalam menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan suka dan duka ini.  Kali ini aku sajikan sedikit cerita mengenai anak-anak murid aku ini. Berdasarkan kepada tajuk entry ini, semestinya kalian semua tidak  faham apakah maksud 'double' itu melainkan bagi  mereka yang berkhidmat di sini ataupun mereka yang pernah berkhidmat di 'lots world' ini. Ini kerana perkataan itu adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk di 'lost world' ini. 'Double' bermaksud 'denda'. Murid yang berdiri di atas almari kabinet itu di denda oleh cikgu lain sebenarnya, aku saja jer snap gambar dia sebab macam hakim  mahkamah majistret pulak, huhu, dan  pada ketika itu masa cikgu rash so aku continue jer la 'double' dia coz dia tolol sangat masa tu, hehe. Pastu gambar  'double' yang berbaris panjang sambil tangan angkat ke atas tu adalah murid tahun 5. Masa tu hangin satu badan aku dibuatnya kerana bila aku tanya @ soal, diorang buat mcm org pekak or bisu jer, masing-masing pandang ke atas untuk berfikir,huhu, padahal  benda yang aku tanya tu tersangat la senang, jadi nak dijadikan cerita dan nak dilepaskan geram, so aku suruh diorang berjemur tengah panas,huhu, tapi sekejap jer aku denda diorang, tak sampai 10 minit pun then aku suruh diorang masuk kelas balik, then masa tu diorang dah buka mulut untuk jawab pertanyaan aku,haha, jangan main-main dengan cikgu rash. Actually bukan apa,  saja nak suruh diorang bersungguh sikit belajar dan mengingati pelajaran yang lepas sebab budak2 ni takleh buat selamba sangat, nanti depa tak cakna dengan apa yang kita ajar, tapi itu style memasing la, aku ngan style aku dan cikgu lain dengan style diorang,huhu. Tapi aku pantang ada silap terus double, dan kaedah aku berdiri angkat tangan ke atas dan kaki angkat satu, lama2 diorang  'gehel'. 'Gehel' tu bermaksud penat. Pastu adalah diorang cakap, "cikguuuu.....gehel',huhu, siannya, jadi aku dengan baik hati suruh la diorang duduk, aku ni tak lah kejam sangat, hehe, masih ada lagi sfat kasih sayang aku pada budak-budak ni,emmm oklah setakat tu saja untuk coretan hari ni, dengar cerita hari ni ada pelawat nak datang ke sekolah kami, pegawai JPN dan PPD dari unit pembangunan, siap nak bermalam lagi sini, huhu, apa-apa pun nanti aku ceritakan pasal diorang pada entry yang akan datang, i'm soryyyyy.