Tuesday, March 31, 2009

Titom Keranamu Kami Di Sini - episod 2 (tersilap langkah)

Salam untuk semua, setelah beberapa hari aku menyepi untuk menenangkan diri dari segala kesulitan dan kesukaran hidup, kini aku kembali dengan sedikit coretan yang berbeza. Terima kasih kepada teman2 seperjuangan yang berada di sini mahupun di luar sana yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan kata nasihat serta perangsang agar aku lebih tabah menghadapi dugaan ini. Minggu ini terasa seperti 'weird' jer, entah kenapa dan mengapa aku pun kurang pasti, terasa seperti kurang semangat dan motivasi diri kian luntur untuk meneruskan perjuangan ini, namun aku gagahkan diri jua dan lantas bangkit dari lamunan untuk aku terus mencurahkan segunung harapan buat permata-permata ku di sini yang masih belum mengenal erti hidup. Sebagai manusia normal kita tidak boleh lari dari masalah, cuma masalah setiap insan itu agak berbeza dan ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana cara untuk menanganinya secara bijak dan berhemat. Biarlah suka duka tahun 2008 menjadi memori yang tersemat di sanubariku dan aku ingin jadikan 2009 ini sesuatu yang terindah di dalam hidupku. Mudah-mudahan ianya tercapai,huhu. Minggu ini membuatkan aku merasa bercelaru sedikit, dah la sengal-sengal badan dari minggu lepas belum hilang lagi, ditambah pula dengan 'ankle injury' akibat perlawanan bola sepak liga komuniti minggu lepas masih terasa kesakitannya, kemudian ditambah pula dengan sedikit kecederaan yang terpaksa aku tanggung pada minggu ini,huhu. Apakah kecederaan yang aku maksudkan itu? jeng jeng jeng, itu lah yang aku maksudkan dengan 'tersilap langkah'. Actually aku terjatuh motor sewaktu menuju ke 'lost world' ini, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, tapi pepatah itu ditujukan pada mereka2 yang jahat, tapi aku tak le jahat mana, cuma nakal2 sedikit aja, hahaha, sebenarnya aku bonceng cbp9851 tu dengan agak laju dek kerana ingin mengejar pencabar baru yang sedikit berada di depanku, biasanya aku dapat mengawal jentera aku dengan baik, namun apakan daya, tuah tidak menyebelahi aku dan disebabkan dengan keadaan jalan yang agak licin maka aku pun tergelincir lalu terjatuh mengakibatkan lutut dan betis ku sedikit tercalar dan merasa sakit. Tapi bagiku itu semua sudah biasa dan agak lali dengan kecederaan-kecederaan  kecil sebegini dan ianya sedikit pun tidak melemahkan semangat ku untuk terus berkunjung ke 'lost world' ini. Itulah pengorbanan kami, jalan licin, menuju ke destinasi dalam keadaan basah kuyup, terpaksa bertungkus-lumus menolak jentera di celah bukit, jentera rosak dan sebagainya namun tetap bersemangat untuk sampai ke destinasi yang diinginkan. Tiada siapa yang memahami kesukaran dan kesulitan kami di sini melainkan hanya diri kami sendiri. Tapi bagi mereka yang pernah berkhidmat di sini semestinya masih terasa bahangnya di kala berjuang di dalam suka-duka itu. Itu saja yang dapat aku ukirkan di coretan ini dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang mendatang akan lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya. Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi,mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berada di dalam rahmatNYA,amin.

2 comments:

putra745 said...

salam...
tabahkan hatimu wahai sahabat... dengarkanlah lagu Wajah dan hayati setiap bait lagu itu dan pastinya dirimu akan dapat kekuatan... "hadapi dengan senyuman"

Karl Laksamana said...

wslm,mekasih putra, kata2 nasihat dan perangsang mu membuatkan diri ini seperti mekar semula, insyaAllah,diri ini akan cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku, semoga putra pun sentiasa berada di dalam limpahNYA jua, mekasih sekali lagi, gudlak.