Monday, March 23, 2009

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Salam semua, setelah seminggu bercuti sempena cuti pertengahan penggal pertama, maka hari ini 23.03.2009 isnin, merupakan hari pertama persekolahan. Seperti yang kami jangka, jalan di sini akan cepat berubah kepada keadaan yang lebih sukar kerana hujan telah turun untuk beberapa hari semasa cuti seminggu hari tu. Maka ia akan menyebabkan jalan akan bertambah licin dan amat sukar untuk dilalui, maka dengan kudrat yang ada, cikgu-cikgu perlu mengemudi jentera masing2 dengan penuh kekuatan dan berhati-hati. Dugaan dalam perjalanan amat mencabar sekali, ini kerana motor salah seorang teman seperjuangan di sini telah rosak, rosak tak rosak la cuma rantai motor tu putus,huhu, takleh nak buat apa la. Setelah bermusyawarah, maka kami semua amik keputusan untuk tinggalkan sahaja motor itu di tepi jalan, ye la nak tolak jauh lagi untuk sampai ke destinasi, nak tinggal kat umah berhampiran pun takder kawasan perkampungan di situ,huhu dugaan.....! dugaan....! Then kami pun menuju la ke destinasi dan singgah di rumah hasyim (peniaga kedai runcit yang ada hilux) untuk minta bantuannya untuk ambil motor tersebut pada keesokkan harinya dengan hilux beliau. Setelah selesai berdiskusi dengan hashim, maka kami semua meneruskan perjalanan, jam sudah menunjukkan kul 7.00pm, malam kian menjelma dan motosikal memasing sudah menyalakan lampunya,huhu. Maka kami pun berjuang la dalam keadaan jalan selut dan berlumpur. Lebih kurang pukul 8.45 mlm kami semua sampai ke 'lost world'. Setelah semuanya siap membersihkan diri dan mengerjakan apa-apa yang patut, maka kami pun menjamu selera. Ini sahajalah yang mampu kami sajikan di sini, namun ianya cukup untuk membuatkan kami rasa bersyukur kerana walaupun nun jauh di hutan belantara pun, kami masih boleh merasa sesuap nasi. Bayangkan mereka-mereka yang sedang huru-hara dengan masalah peperangan dan sebagainya, adakah mereka dapat merasa apa yang kita merasa sekarang ini, renung-renungkan lah wahai kengkawan ku semua dan semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berdoa agar selamat dan diberkati olehNya serta sentiasa berusaha untuk memajukan diri,keluarga, masyarakat, bangsa dan negara tercinta, amin.


No comments: