Tuesday, December 8, 2009

Lama Tak Merasa Sate di Dataran Bachok



Salam dan selamat pagi, actually skang jam menunjukkan kul 12.51am pagi rabu, hihi. Biasa la sejak cuti sekolah ni aku selalu tido lewat, penah sampai kul 4.00am pun ada, hihi, takder menda sgt pun kenkadang just melayan chanel astro jer, hikhik, tambah2 channel 811-816 tu selalu jer ada sport yg ulang2 huhu, so apa lagi aku just zassss layan jer la. Apa kaitan ngan gambar tu? hehe, actually nasi dah makan kul 8.00pm td, tapi rasa macam bosan la pulak malam ni ye la chanel tv pun tak berapa best sgt so aku ajak la mamat ni ( member aku yg selalu bertandang ke umah aku )untuk pegi mengetea kat mana2 kedai, selangkah aku bergerak aku ajak la sekali adik aku n anak buah aku to join my kerja melepak ni, hehe, so enjin DAK dihidupkan dan kami menuju ke arah Bachok. Memulanya nak pekenakan roti canai tapi kedai situ tak bukak la pulak, so diteruskan la niat Dataran Bachok yang memang tersohor ngan Satey. Walaupun ianya tak sehebat Satey Kajang tapi bagi aku itu sudah cukup istimewa untuk pekenakan di Satey Bachok. Satu lagi tempat yg antara best jugak aku merasa satey ialah Satey Warisan kat Sg Koyan semasa aku n the geng sekolah mengisi perut kat situ, Satey Warisan tu antara yang best jugak le, hihi. Berbalik semula pada Satey Dataran tadi, aku order untuk 3 org makan jer walaupun yang nak makan adalah 4 org, bukan apa sebab takut banyak sgt kalau nak order 4 org, ye la memasing dah melantak nasi sebelum kuar td, hihi, tu pun dah banyak untuk 3 org makan tapi disebabkan rakyat yg aku bawak tu memang kaki makan so semuanya habis di rembatnya, nasi himpit dan kuah2nya sekali habis ditelan, hihi. Suka betul kalau bawak rakyat2 aku ni gi makan, sebab apa, sebabnya makanan konfom tak membazir,yang penat aku le sebab tukang bayar, hihi, tapi tak kisah le bab makan ni aku no halnya,janji happy dan bahagia, haha. Amboi Sate tu 2 cucuk seringgit, perggghhhh dulu2 3 cucuk seringgit tapi almaklumlah lebih 2 tahun kot aku tak singgah situ, hihi. Hampir dua jam kami melepak situ dan hampir tengah malam kami pun melabuhkan tirai menuju pulang ke rumah. Sekali sekala pekena satey mcm ni best jugak, satu tempat lagi yang lama dah aku tak singgah ialah Satey Malaysia yang terletak di jalan Pengkalan Chepa tu, situ pun buleh tahan jugak la hebatnya, ore ngamai sokmo, huhu. Actually gambar sate kat atas tu masa berbuka puasa di sekolah baru2 ni, kami menjamu sate ketika berbuka puasa, haha, cucuk bakar dan makan ramai2.

2 comments:

CT Delima said...

makan sate kajang adalah fevret k.ct gak. selalu kalau nak makan pi jer kat RnR awan besar kat kl atau pun area2 yang berdekatan hi hi.

masih skola lagi guper nya...bagus tu terus kan usaha hingga ke menara gading. Anak k.ct pun baru jer abis exam SPM dia, so harap kan dia mendapat keputusan yang terbaik lagi kali ni. Tr kasih sudi tggl jejak di Dapur Ct. Daaaa.........

Karl Laksamana said...

Salam akak, mekasih coz sudi tinggalkan komen, emmm konpius ni, saper pulak yg masih sekolah, saya dah keje la akak, dah 5 thn keje, keje di sekolah, hihi, kelakar la akak ni, mekasih, nak tempah menu ni, bleh tak?????