Sunday, May 4, 2008

Tak Bisa Memilihmu


                    Gambar hiasan

Tak Bisa Memilihmu – 6itxh Sense

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

Man Utd Pasti Menjadi Juara



Segala kemungkinan pasti boleh berlaku, semoga trofi diatas menjadi milik MU. Detik penentuan akan terjawab pada 21 MEI 2008 nanti. Semoga pasukan Man Utd terus gagah mengapainya.



                                    VS

Friday, May 2, 2008

Bermandi - manda di hujung minggu











Burung Pemangsa


Gambar hiasan : Pengunjung melihat dari dekat 
burung helang di Tanjung Tuan


INFO 1 : Burung pemangsa

Burung pemangsa bukan hanya helang (eagle). Haiwan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain mengikut saiz haiwan itu. Helang biasanya mempunyai saiz besar, kepak lebar dan kaki besar.

Hawk juga adalah helang, tetapi saiz sederhana, manakala Kite adalah helang yang mempunyai kepak panjang dan kaki lemah. Buzzard pula helang yang mempunyai badan besar, manakala Harrier walaupun besar tetapi dibezakan dengan ekor panjang. Falcon adalah helang bersaiz kecil, manakala burung hering dikenali dengan kepala botak dan leher tidak berbulu. Burung hantu juga termasuk dalam kategori burung pemangsa.

Burung pemangsa mencari makanan menggunakan kelebihan fizikal seperti penglihatan tajam, kuku sangat tajam dan ketangkasan di udara. Ada 25 spesies yang berhijrah ke Malaysia. Sebanyak 421 spesies di seluruh dunia dengan 288 adalah spesies siang hari dan 133 malam hari. Malaysia mempunyai 46 spesies tempatan. Helang Tompok Besar adalah spesies penghijrah terbesar di Malaysia, manakala Kite Hitam adalah spesies tempatan terbesar.

Spesies penghijrah terkecil adalah Eurasian Kestrel, manakala spesies tempatan terkecil ialah Falcon Peha Hitam. Makanan burung pemangsa termasuk tikus, ayam, burung lain, burung pemangsa lebih kecil, larva lebah, serangga dan reptilia. Lima spesies utama burung pemangsa yang boleh dilihat di Tanjung Tuan selepas menyeberangi Selat Melaka adalah Buzzard Lebah Timur (Pernis ptilorhyncus), Helang Baza Hitam (Aviceda leuphotes), Lang Sewah Jepun (Accipiter gularis), Lang Sewah Cina (Accipiter soloensis) dan Buzzard Kepala Kelabu (Butastur indicus). Tanjung Tuan adalah milik Melaka, tetapi terletak dalam Negeri Sembilan. Kira-kira 16 kilometer di selatan Port Dickson.




Tebal Pipi Sedili



Artikel 1 : Jangan Meludah Dalam Laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

Selamat Hari Pekerja - 1 Mei 2008



Semarakkan Semangat : Kakitangan awam membaca ikrar pada majlis sambutan Hari Pekerja Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2008 di Johor Bharu, semalam.

Di kesempatan ini, saya ingin memgucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia samada kakitangan kerajaan mahupun swasta, semoga kalian semua terus memikul amanah yang diberikan dengan penuh tangunggjawab dan melaksanakan tugas dan kerja dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya apa yang baik itu akan dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Semoga kalian semua akan terus maju jaya dalam menongkah panorama hidup yang penuh berliku ini.

Thursday, May 1, 2008

Hanya Kau Yang Mampu









Lirik Lagu - Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo



Wednesday, April 30, 2008

Sehari Bersama PROBAK























Setelah Sekian Lama Menyepi,Kini Muncul Kembali



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Setelah sekian lama empunya diri menyepi, kini daku kembali bersuara untuk menghiasi ruangan blog ini, ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang masih sudi menjengok diruangan blog yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya bukan disengajakan untuk tidak memunculkan diri, malah ianya kerana terlalu banyak kekangan dan halangan untuk daku memunculkan diri. Ini pun belum tentu berapa lama daku boleh bertahan untuk bersuara di sini. Entah esok entah lusa daku kembali menyepi,namun semuanya bergantung kepada keadaan, yang pasti selagi keadaan masih mengizinkan semestinya daku akan sering muncul diruangan ini dengan perkhabaran-perkhabaran yang berbeza. Kepada kawan-kawan yang masih menjengok disini, ucapan terima kasih didahulukan. Kepada putra dan datitom,semoga maju jaya dan suksess selalu, yang penting hidup perlu diteruskan dan yang berlaku biarkan berlaku,kita yang masih bernyawa ini harus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Apa-apa pun senyum selalu dan Hidup Biar bermakna.