Friday, November 5, 2010

Cameron Helen, 2 days 1 Nite















Hujan Oh Hujan !!!

Slm tuk semua, jam sudah menunjukkan kul 12.55am, mlm ni tak terasa mengantuk la pulak, actually aku baru balik dr pekena satay bachok ngan member sekampung kul 9 to 10.30 td, best juga coz lama dah tak mkn satey kat situ. Skang ni kat kelantan musim sejuk dah mula melanda, ala ala winter sonata gitu, hehe...actually musim tengkujuh dah hampir tiba. Skang ni pun, kedengaran air hujan mencurah2 turun dr bumbung rumahku, bunyinya agak deras menandakan hujan agak lebat la jugak. Sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu di page ini, bukan apa...skang ni mood blog dah kurang coz mood FB sedang hangat melanda rakyat M'sia, hehe...1M'sia la katakan. Namun begitu..blog Karl Laksamana ini tak akan aku kuburkan, akan ku hidupkannya jua walau dengan sepotong ayat. Bukan apa, esok2 lusa bila dah tua, leh la baca kisah2 menarik yg aku paparkan dlm ini, masa tu tersengeh la sorang2 baca satu demi satu kisah yg berlaku di zaman muda2 dahulu, kenak? hehe itu bahasa org asli....maknanya 'betul tak'...hehe. Pg esok, aku dan kwn sekampung dah plan nak gi mkn nasi belauk aym kg, woooo best woooo, that is my favorate, lauk serati pun aku minat, apatah lg ikan keli, ahaks sedap sgt. ANywes.....dah lengoh dah jari jemari ni duk menari atas keybod ni, apa2pun...ada masa aku nukilkan lagi kisah2 menarik kat sini, slm tuk semua dan 1M'sia tuk anda semua. emmm keputusan terkini tuk PRK di N45 dun Galas, Calon BN yg menang, syabas dan tahniah diucapkan. Bye

Saturday, June 12, 2010

Friday, April 2, 2010

Aku Dalam Dilema...

Salam untuk semua, semoga kengkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Kelmarin hari Khamis aku menghadirkan diri tuk mendengar taklimat e-Gtukar tuk pertukaran bulan Jun. Actually aku saja2 jer gi dengar taklimat tu just tuk mengisi masa lapang tu yg kebetulan aku pada masa tu tiada waktu PnP. Ramai yang memberi kiasan padaku dengan berkata "aii...takkan mengajar 3 bulan kat sini dah nak pohon tukar" hehe, itu adalah antara joke yang dilemparkan padaku. Aku hanya mampu tersenyum sebab aku hanya dtg tuk mendengar sahaja taklimat yang diberi oleh Cikgu Suhadi itu (guru data SKMU). Alaaaa... bukan aku saja yang terkena kiasan itu, cikgu Ajudin pun terkena sama, hahaha, cikgu Ajudin lagi la....baru dtg pertengahan bulan Januari baru ni dan masih menebalkan muka juga dtg mendengar taklimat tu....hahaha, walau apa2 pun, kiasan diorang tu hanyalah bersifat tuk suka2 sahaja dan tidak bermaksud menyindir ataupun iri hati, hehe. Apa org kata, kalau takder joke maka tidak meriah la suasana itu, hehe actually semua cikgu SKMU adalah spoting dan hebat a.k.a bagus2 belaka, kahkahkah skang dah masuk bab puji memuji, hihi.


E-Gtukar ini mula dibuka pada 01 April 2010 dan akan ditutup pada 15 April 2010, so masih ada banyak masa tuk berfikir dan berfikir tuk mengisi dan membuat penilaian tentang sekolah2 yang memerlukan guru dinegeri Kelantan ini. Mereka yang mendengar taklimat e-Gtukar ini ada dlm 10 org semuanya dan mereka ini adalah dr kalangan bukan anak jati Kuala Krai, so that y ingin memohon tuk pertukaran kali ini. Dan aku sedia maklum, tuk pertukaran Jun ini adalah tuk kes2 terpencil sahaja yang berjaya, pendek kata kalau saja2 nak isi tu, alamatnya percentage tuk dpt tu amat kecil sekali, hehe. Setelah berfikir dan berfikir aku jugak rasa terpanggil tuk mengisi e-Gtukar kali ini, bukan kerana aku tidak suka akan SKMU tetapi aku rasa kenkangan faktor jauh dan kewangan yang membuatkan aku terasa tuk mencuba nasib kali ini. Ye la, isi e-gtukar ni bukan kena bayar pun, hehe. Ada rezki dapat, kalau takder rezki tak apa, cuba lagi lenkali ataupun ujung thn nnt.


Taapi aku perlu pikir masak2 adakah tindakan aku ni betul, dan atas alasan apa yang patut aku penuhi di ruangan "sebab bertukar" itu. Apa2 pun aku masih ada 13 haari lagi tuk mengisi borang tersebut dan submit ke pihak kementerian. Aku harap aku akan membuat keputusan yang betul nnt kerana aku tau daerah yang bakal aku pilih ini adalah daerah yang sukar 'masuk' oleh guru2 yang baru bertukar ke Kelantan. Namun aku sedar dan tahu bahawa "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" hehe. Anywes semoga jumpa di lain hari nnt dan semoga aku dpt membuat keputusan yang betul dan tepat. Kepada kawan2 bloggers, selamat maju jaya diucapkan.

Friday, March 26, 2010

Pelancaran Kempen AADK peringkat sekolah


Guru Besar SKMU merasmikan pelancaran kempen AADK peringkat sekolah yang telah diadakan pada hari khamis 25 Mac 2010, murid2 mendengarnya dengan penuh kusyuk sekali, mau tak nya, 6 org guru yang garang2 ditugaskan tuk mengawal tingkah lau murid2 kali ini agar tidak bising, hehe. Tapi biasa la budak2, kalau tak bising tu bukan budak2 namanya, apa2 pun murid2 skmu memang best, harap korang berjaya di suatu hari nnt, cikgu sentiasakan mendoakan yg terbaik tuk korang semua, amin.


Persembahan oleh murid2 skmu selepas sahaja selesai ceramah kempen AADK.


Ini pula gelagat murid tahun 6. Dia bertanya pada ku, "cikgu, nak lukis apa eks"? aku ckp,"lukis je la apa2 pun, janji awwak lukis" hehehe amik kau, padahal tema tuk poster ni adalah kempen anti dadah, dah nak kulis pun tak reti, so aku ckp lukis jer la rimau ke kambing ker, janji jgn tinggal kosong, hehe, tp acttually aku joke jer dgn diorang, alhamdulillah, setelah diperiksa, poster2 yang di lukis adalah berkonsepkan tema antti dadah,hehe.


Masing2 dengan cara yg tersendiri tuk menghasilkan lukisan yang tercantik. Lucu sungguh budak2 ni bila dipikirkan sekali. Namun ia memberi seribu kegembiraan buat ku kerana belum merasai saat2 kemeriahan sebegini. Terima kasih skmu kerana menerima aku tuk berkhidmat di sini. Akan ku cuba tuk memberi komitment yg sebaik mungkin, insyaAllah.


Inilah hasil lukisan murid2 SKMU, setelah berpenat lelah hampir sejam, maka masing2 ingin menunjukkan siapa yg menjadijohan dlm pertandingan melukis poster kempen AADK peringkat skmu. Secara keseluruhannya, majlis ini simple dan seronok, segalanya berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh guru amat baik sekali. Teruja aku dengan gandingan guru2 di sini bila melakukan sesuatu kerja, jikalau di sekolah lama aku terdedah dengan semangat kerjasama yg agak akrab, namum di sini semangat kerjasamanya lebih mematangkan aku dlm melaksanakan tgjwb ini, apa2 pun, do the best ok!!!

Wednesday, March 17, 2010

Jalan2 Membeli Belah



Onthewey ke Kg Anak Ikan, Jerteh Terengganu



Selamat Pengantin Baru tuk cikgu zaney, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. 4 hari berturut-turut aku terima undangan menghadiri kenduri kahwin. gamabr di atas tu adalah salah satu aktiviti aku di masa cuti ni iaitu menghadiri kenduri kahwin, hehe. Pada hari ahad 14.03. 2010 baru2 ni aku menuju ke kg anak ikan jerteh terengganu. Walaupun agak jauh aku gagahkan diri juga tuk menghadiri majlis tersebut demi sebuah nilai persahabatan. Itulah aku, demi sebuah nilai persahabatan, jauh bukan penghalang tuk aku sampai ke sesuatu tempat. Untuk sampai ke kg anak ikan jerteh terengganu tu aku melalui jalan tok bali pasir puteh kelantan menuju ke kuala besut dan menghala ke kg raja,besut terengganu. Anywes semoga dpt jumpa lagi dgn cikgu zaney, terima kasih di ucapkan kerana sudi menjemput ku, jumpa lagi di lain hari.

Monday, March 15, 2010

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKMU pada 11.03.2010


Pada 11.03.2010 baru-baru ni, warga SKMU telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Walaupun sederhana namun majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah sekali. Majlis dimulakan dengan bacaan Qu'ran oleh murid tahun 6C.


Sempat jua aku bergambar dengan para peserta nasyid yang menyampaikan lagu nasyid pada majlis tersebut. Pada majlis kali ini aku memikul tugas selaku AJK Fotografi.


Inilah suasana di kantin sekolah. Murid-murid sibuk makan jamuan yang disediakan.

Saturday, March 13, 2010

SKMU meneroka kegemilangan, SK Titom kau sgt istimewa


Buat pertama kalinya, aku publish kat sini sekolah kedua dlm sejarah perkidmatan aku. Setelah 5 tahun aku berkhidmat di negeri orang iaitu di sk titom kuala lipis pahang, maka tiba lah aku pulang ke negeri asal aku iaitu kelantan darul naim dan sk manek urai, kuala krai kelantan adalah persinggahan kedua aku. Terima kasih skmu kerana menerima kedatangan aku dengan baik. Namun begitu, sk titom tetap tersemadi dlm sanubari ku dengan pelbagai suka duka selama aku berkhidmat di sana. Dengan suasana yang begitu aman dan harmoni, hubungan antara guru bagaikan satu kuarga dan byk lagi kisah2 yang menarik di sana membuatkan aku amat merindui sk titom, namun bagiku kehidupan harus diteruskan dan aku perlu menerukan langkah dlm perkhidmatan ku. Akhir sekali, tq segalanya.

Deco Hari Ini


Inilah deco yang dpt aku snap kat rumah cikgu shahril di kg mela kuala lipis pahang. Cantik, kemas dan bersih susun atur di rumah cikgu shahril ni. Cikgu Shahril ini adalah my ex rakan seperjuangan masa kat sk titom dulu dan skang dia mengajar di sk mela kuala lipis pahang bersempadan dengan daerah jerantut. Kalau aku ke kuala lipis aku pasti akan singgah umah dia sebab situ selesa dan aman serta tenang, hihi. Mekasih cikgu shahril kerana melayan karenah aku dgn baik, insyaAllah lenkali aku dtg lagi dan harap cikgu shahril tidak jemu dengan karenah aku yang selalu selongkar peti sejuk cikgu shahril tuk mencari makanan, hehe, just kiding.