Friday, April 2, 2010

Aku Dalam Dilema...

Salam untuk semua, semoga kengkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Kelmarin hari Khamis aku menghadirkan diri tuk mendengar taklimat e-Gtukar tuk pertukaran bulan Jun. Actually aku saja2 jer gi dengar taklimat tu just tuk mengisi masa lapang tu yg kebetulan aku pada masa tu tiada waktu PnP. Ramai yang memberi kiasan padaku dengan berkata "aii...takkan mengajar 3 bulan kat sini dah nak pohon tukar" hehe, itu adalah antara joke yang dilemparkan padaku. Aku hanya mampu tersenyum sebab aku hanya dtg tuk mendengar sahaja taklimat yang diberi oleh Cikgu Suhadi itu (guru data SKMU). Alaaaa... bukan aku saja yang terkena kiasan itu, cikgu Ajudin pun terkena sama, hahaha, cikgu Ajudin lagi la....baru dtg pertengahan bulan Januari baru ni dan masih menebalkan muka juga dtg mendengar taklimat tu....hahaha, walau apa2 pun, kiasan diorang tu hanyalah bersifat tuk suka2 sahaja dan tidak bermaksud menyindir ataupun iri hati, hehe. Apa org kata, kalau takder joke maka tidak meriah la suasana itu, hehe actually semua cikgu SKMU adalah spoting dan hebat a.k.a bagus2 belaka, kahkahkah skang dah masuk bab puji memuji, hihi.


E-Gtukar ini mula dibuka pada 01 April 2010 dan akan ditutup pada 15 April 2010, so masih ada banyak masa tuk berfikir dan berfikir tuk mengisi dan membuat penilaian tentang sekolah2 yang memerlukan guru dinegeri Kelantan ini. Mereka yang mendengar taklimat e-Gtukar ini ada dlm 10 org semuanya dan mereka ini adalah dr kalangan bukan anak jati Kuala Krai, so that y ingin memohon tuk pertukaran kali ini. Dan aku sedia maklum, tuk pertukaran Jun ini adalah tuk kes2 terpencil sahaja yang berjaya, pendek kata kalau saja2 nak isi tu, alamatnya percentage tuk dpt tu amat kecil sekali, hehe. Setelah berfikir dan berfikir aku jugak rasa terpanggil tuk mengisi e-Gtukar kali ini, bukan kerana aku tidak suka akan SKMU tetapi aku rasa kenkangan faktor jauh dan kewangan yang membuatkan aku terasa tuk mencuba nasib kali ini. Ye la, isi e-gtukar ni bukan kena bayar pun, hehe. Ada rezki dapat, kalau takder rezki tak apa, cuba lagi lenkali ataupun ujung thn nnt.


Taapi aku perlu pikir masak2 adakah tindakan aku ni betul, dan atas alasan apa yang patut aku penuhi di ruangan "sebab bertukar" itu. Apa2 pun aku masih ada 13 haari lagi tuk mengisi borang tersebut dan submit ke pihak kementerian. Aku harap aku akan membuat keputusan yang betul nnt kerana aku tau daerah yang bakal aku pilih ini adalah daerah yang sukar 'masuk' oleh guru2 yang baru bertukar ke Kelantan. Namun aku sedar dan tahu bahawa "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" hehe. Anywes semoga jumpa di lain hari nnt dan semoga aku dpt membuat keputusan yang betul dan tepat. Kepada kawan2 bloggers, selamat maju jaya diucapkan.