Friday, March 18, 2011

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Salam, pg ni aku bangun pagi2 dan bersama my fren pegi pekena nasi kerabu ayam bakar di kg baung, pengkalan chepa kelantan. Emmm boleh la tahan nasi kerabu kat situ, sedap la jugak, bila makan nasi kerabu mcm ni teringat nasi kerabu kedai Kak Zah kat stesen keretapi kuala lipis, sebiji cam ni, nasi putih...sambal, ada keropok dan ulam-ulaman. Dulu2 masa duk kuala lipis, kedai kak zah adalah destinasi wajib kami tuk bersarapan pagi. Nanti ada masa kalau terlajak pegi kuala lipis, aku pasti akan singgah kedai tu. Tapi tak tau la kedai tu ada lg ke tak, dah dua thn aku meninggalkan kuala lipis. Beginilah rutin harian aku di pg hari, pasti akan merancang ke sesuatu tempat tuk bersarapan pagi kat kedai, kalau boleh nak singgah dimana jua kedai yg menyediakan menu pg yg best2, aku nak try semuanya. Hari ni mendung jer, harap2 hujan tak turun coz jap lagi aku nak jemurkan baju2 aku yg masih belum kering ni dr petang semalam, sek dah nak buka barulah sibuk duk basuh baju, sebelum ni duk rileks jer tgok baju berlonggok2 dlm raga, itulah namanya tabiat, harap boleh di kikis dr semasa ke semasa. Anywes Selamat Hari Jumaat diucapkan, kepada Umat Islam yg berjantina lelaki, semoga kalian mengunjungi masjid2 berdekatan tuk menunaikan solat Jumaat pd hari ni. Apa2 pun, senyum selalu dan take care.

Sedapnya roti canai kat kedai tu


Salam utk semua, jam menunjukkan 12.07am hari jumaat, anywes aku baru kelik dr pekena roti canai kat salah sebuah kedai di kg kemanyan....jalan menuju ke tawang bachok. Kul 7pm td dah pekena nasi kerabu ayam bakar, then terasa lapar la pulak, memula tu kawan sugest tuk pegi mkn satay kat dataran bachok, tp aku bg cadangan mkn roti canai jer dgn alasan kalau mkn satay dan nasi himpit akan mengenyangkan sedangkan skang ni nak kawal mkn agar tidak terlebih mengambil makanan yg berlemak dan memboroikan perut, hahaa....saja, padahal perut skang ni pun dah boroi, susahnya nak kawal..dah le excercise kurang, mkn pulak byk, adus2...susah susah, tp berat badan masih maintain lg antara 69-72kg, oklaaaa not so bad. Berbalik pasal roti canai tu, fulamak..memang best la...lembut rotinya...lenkali nak dtg lg laaa, dan nak oder byk2, hahaha..mood tika lapar memang selalu nak mkn byk, cuba mood tika kenyang, nak habiskan sekeping pun susah. Anywes kedai tu aku dah kenal lama dah cuma tak penah singgah, tp my fren ni selalu singgah dan selalu promote kat aku maklum la dio pun tau aku ni jenis pencinta makanan seperti ni selain nasi belauk di pg hari. Itulah aku, rasa kepuasan sgt bila dpt menikmati makanan seperti ini, syukur sgt2 coz aku dah boleh transfer kelate dan boleh merasai makanan seperti ini selalu. Apa lagi nak citer eks..emmm next time lah, anywes thanks to all. Jom tidooooo.

Thursday, March 17, 2011

Warna - Warni Kejohanan Merentas Desa SKMU 2011








SKMU tempat ke 4 dlm kejohanan bola sepak 9 sebelah PPD K.Krai

Salam kembali, pada 10.03.2011, aku terlibat tuk membawa anak2 muridku tuk meneruskan pusingan kedua kejohanan bola sepak 9 sebelah di SK pahi, yg mana pd pusingan pertama SKMU berjaya menewaskan sk kg tengah dgn jaringan 1-0 dan menewaskan Sk Lela Jasa dgn jaringan 3-0. Ini semua adalah latihan mantap yg ditunjukkan oleh Coach kami iaitu Sir Suhadi.

Untuk pusingan kedua ini sekolah kami berjaya menewaskan sk sg sok dgn jaringan 1-0 dan sk seri mahligai juga dgn jaringan yg sama iaitu 1-o sekaligus berjaya layak ke separuh akhir dan merupakan 4 pasukan terbaik dlm daerah Kuala Krai. Sasaran awal sudah tercapai iaitu menempatkan antara 4 pasukan terbaik dlm PPD.

Namun dalam perlawanan separuh akhir pasukan skmu tewas kepada pasukan yg agak kuat iaitu sk bedal dgn jaringan 3-0 dan nasib malang juga bg penentuan tempat k3 dan ke4 yg mana skmu turut tewas kepada sk sg pas dgn jaringan 0-1. W/bagaimana pun, kami guru2 skmu tetap berbangga dengan pencapaian skuad bola sepak SKMU. Teruskan perjuangan anda di tahun2 yg mendatang.

Wednesday, March 16, 2011

Salam Kembali 2011

Salam dan semoga kalian sihat selalu, sudah lama aku tak menjengah cebisan hatiku ini, kalau jengah pun just melihat story2 lama dan gambar2 lama jer, tanpa diusik aku terus berlalu. Namun mlm ini, terdetik di hati ini utk berblog kembali. Maka pd mlm ini 16 Mac 2011, merupakan entry pertama ku di thn 2011, but apa nak kisah...ini blog aku, takder saper yg kisah pun kan, huhu...Aku tak tau nak coretkan apa w/pun terlampau byk la jugak benda yg ingin ku story mory tuk kalian, namun masih tidak rasa ghairah lg tuk aku berbicara. Actually badan masih terasa penat coz baru kelik dr Rtau Pjg. Kul 11am turun dr umah, kul 7pm baru sampai umah, huhu...itu la aku, sekali sekala kuar sampai tak ingat umah nak kelik. Kdg2 kalau tak kuar, sampai 2,3 hari tak kuar, tp kalau dah kuar terus tak tau nak pulang...apa2 pun hidup mesti la bebas tanpa dibelenggu oleh org lain yg penting tau jaga diri dan adab ketimuran sebagai org melayu dan islam. Dek kerana cuti sekolah, maka teramatlah ramai org kat Rtau Pjg td, namun aku sempat membeli sehelai suar jean, 2 helai suar track, 2 helai suar track tiga suku (melepasi lutut), sehelai jersi dan sehelai t-shirt. Jarang2 sekali dtg terus aku borong berhelai, kalau ikutkan kehendak hati, pantang tgok itu ini ada saja yg aku berkenan, tp aku kena ingat...poket dah kering ni, gj bulan ni lambat lg, hehe...so aku menyabarkan diri sendiri dan membataskan kehendak aku utk terus bershoping. Actually aku pegi ber3 dgn kwnku yg mahu membeli jersey, tp nampaknya dio tak beli apa2 dan aku pulak yg terlebih sudah. Adus...itulah penangan kalau berkunjung ke Rtau Pjg, mesti kering poket kalau ikut kehendak hati, namun sebagai pesanan aku, belanja la secara berhemat, ikut hati pokai..ikut rasa boleh aja..namun yg penting check dulu wallet kito ada duit byk mana, hahhaa...anywes setakat ini saja celoteh ku mlm ini...tunggu kemunculan entry kedua ku tuk thn ini. semestinya ada byk perkara yg ingin ku ceritakan. Sekian dan slm sejahtera.