Saturday, July 23, 2011

Friday, July 8, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pada tanggal 02 Julai 2011 baru-baru ini, semua sekolah di seluruh M'sia mengadakan larian serentak 1M 1S 1M'sia. Di sebabkan program ini, maka progam 'camping' yg sudah dirancang sekian lama oleh J/kuasa kerja SKMU terpaksa di batalkan. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan segalanya. Maka tepat jam 7.00 am lg, murid2 dan guru sudah berkumpul di dataran SKMU utk sesi pengagihan nombor peserta. Tidak seperti kelaziman program yg biasa dijalankan, kali ini aku tidak ditugaskan untuk ajk fotografi, jawatan itu diberi pd org lain, aku tak kisah, kalau tak amik jawatan tu senang la bg aku utk berlari bersama2 murid pd hari itu. Kali ini aku ditugaskan utk handle sesi pengagihan nombor2 pd para peserta. Maka di pagi yg hening itu, aku bersama beberapa guru yg lain sudah sibuk melaksanakan tugas yg diamanahkan. Setelah semuanya siap, maka murid2 pergi ke padang tuk sesi warming up yg dilakukan oleh cikgu Aju n Cikgu Izu. Semua antara kami melaksanakan tugas dgn penuh komited.

Murid-murid mengikut saja apayg dilakukan oleh guru-guru dihadapan mereka. Untuk program kali ini, sambutan amat menggalakkan.
Murid-murid perempuan juga tidak kurang ramainya.
Ini antara wajah-wajah anak-anak muridku, masih kecil dan ceria saja perwatakan mereka. Mereka ini adalah dr kelas 2C. Aku amat sayangkan mereka.

Tepat jam 7.45 am, para peserta dilepaskan oleh PK KO kami, GB kami takder pd hari itu kerna pergi melancong ke bandung bersama program yg telah dianjurkan oleh MGB, harap mereka selamat pergi dan pulang.
Setelah 500 meter berlari, sudah ada yg keletihan, maka ramai diantara mereka yg hanya berjalan kaki aja. Tapi takper lah, lg pun program ini bukan untuk pertandingan, jalan kaki pun ok jer. Kali ini aku berlari memandu arah dan murid2 tidak dibenarkan utk memotong aku, maka aku slow jog jer la. Waduh2, sampai 1KM, aku rasa cam dah habis gas, alamak mcm mana ni, actually aku dah lama tak lari or bersukan, dulu2 takper la coz ada la jugak stamina coz mlm2 aku playing badminton kat sek with somebody, tp skang ni dah lama break coz geng tak ramai. Maka pd hari itu, separuh mati la aku lari, bernyawa pun tak lepas. namun aku gagahi jua, rasa nak pitam pun ada. Budak2 ni sibuk duk nak potong aku, sekali aku jerkah sekali diorang undur sikit. Mau tidak, dah cikgu pun slow, diorang asyik nak laju jer. haha...Aku cakap, "nak laju buat apa, bukan dpt hadiah pun" ayat menyedap hati, pdahal aku dah nak krem.

Maka dgn jayanya, akhirnya aku sampai jua ke garisan penamat, masa tu hanya tuhan saja yg tau, tak cukup oksigen woooo...Kaki-kaki ku dah mula lenguh2 dan sakit. Dalam hati, mlm ni akan rasa2 la lenguh2 sendi, adoiiii....terpaksa la aku bertahan.

My loving pupils, mereka ni pantang aku hadapkan kamera, ada saja gaya2 posing2nya. Apa-apa pun, apa jua telatah mereka itu mampu membuatkan aku tersenyum.

Di atas ini pun gaya2 murid2 ku jua, dr kelas 2B, memang tough kelas ni, menguji kesabaran dan hati. Dalam kul 1.20 pm, kami semua bersurai, selepas melakukan aktiviti gotong-royong perdana. Kesimpulannya aktiviti larian serentak 1 M'sia ini telah dilakukan dgn jayanya dgn sokongan pelbagai pihak. Tahniah diucapkan pd mereka-mereka yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Terima kasih juga diucapkan pada pasukan polis dr balai Manek Urai kerana menjaga lalulintas pd hari itu dgn baik. Kerjasama anda semua amat kami hargai. Sekian.