Wednesday, August 29, 2007

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 50


Terima Kasih Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Aman, Makmur, Cemerlang dan Terbilang.


Sempena Bulan Kemerdekaan juga, setiap kelas menghasilkan banner masing2.











Tuesday, August 28, 2007

Selamat Hari Guru 2007

Assalamualaikum semua..sesungguhnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "selamat hari guru" pada semua guru di Malaysia dan semsetinya teristimewa buat semua guru di SK Titom. Seperti sekolah-sekolah lain di luar, kami pun tidak ketiggalan untuk menyambut hari yg penuh bersejarah buat warga pendidik itu, sambutan ini dilakukan dalam bulan 7 hari tu, cuma coretan aku ni jer yg agak terlewat..emmm biasa la...aku coret cerita2 ni time ada mood and masa free jer...hehehehe....walaupun sambutan ini sederhana , namum ia mampu membuat kami tertawa meniti aktiviti-aktiviti yg disediakan oleh pihak penganjur.




Sambutan dimulakan dengan penerangan oleh pengerusi sambutan hari guru 2007




Seterusnya acara diteruskan dengan perlawanan bola sepak guru vs murid-murid, guru hanya seramai 8 pemain manakala murid-murid 15 org pemain, keputusannya 3-3, syabas diucapkan pada semua, tak kering gusi melihat gelagat para guru menendang bola...apa taknya...sampai ada yg terjatuh menendang bola..konon2nya nak mengelecek murid2...tapi naaahhhh...sekali bola singgah kat kaki cikgu...sedozen murid datang mengepong cikgu...mati idea cikgu nak menyepak bola tu..apa2 pun inilah kemeriahan sambutan hari guru sk titom tahun ini.




Sambil2 acara lain sedang berlangsung, cikgu2 yg ringan tulang sedang sibuk menyiapkan menu untuk murid...inilah keunikan kami di sini..semuanya cikgu yg serve...syabas di ucapkan pada cikgu-cikgu sk titom.




Semua perasa dimasukkan dengan sebaik mungkin...walaupun mungkin kami tak semahir mana memasak..namun ia mampu memberi kepuasan pada kami sewaktu menyediakan menu ini.





Acara di teruskan dengan pertandingan karaoke, setiap cikgu wajib memilih sebuah lagu untuk diperdengarkan kepada murid-murid, murid-murid akan menjadi juri dengan memilih lagu mana yg mereka suka..pemenang pertandingan ini dikira berdasarkan undi yg terbanyak walaupun lagu yg disampaikan tidak lah sesedap mana...yg penting murid suka pada lagu tersebut...hahahaha



Selepas pertandingan karaoke...cikgu2 diberi tugas untuk menghias murid pilihan mereka untuk menjadi Raja ataupun Ratu dengan bermotifkan suratkhabar lama..tengok saja la Raja suratkhabar rekaan aku dengan cikgu shah....boleh la tahan..kreatif jugak kami ni kan..!!



Yang ini lagi hebat...samurai dari planet mana ni...ini adalah Raja suratkhabar hasil rekaan cikgu matnor dan cikgu Salimi


Yang ini paling lawak...Raja bertopengkan muka org lain...kreatif juga cikgu shahril dan cikgu Fitri.


Sebelum sambutan hari guru ni..kami ada buat Anugerah Guru Popular yg di pilih sendiri oleh murid...murid-murid akan diberi borang dan mereka akan menanda cikgu-cikgu mana yg diorang suka...hasilnya inilah guru popular pada tahun 2007 ini...tahun ni aku dapat naib juara jer..kira ada peningkatan dari tahun lepas...tahun lepas aku dapat no.5...kira tahun ni ramailah yang suka akan aku...terima kasih murid-murid sekalian...yang penting aku dapat mengalahkan cikgu shahril yang koya best tu....nasib baik cikgu salimi tak menang...kalau dia menang..setahun duk heboh lagi pasal dia menang tu..hampeh betul cikgu salimi...hehehehe


Selesai semua kami mengagihkan bihun sup yang cikgu-cikgu sediakan pagi tadi...sian diorang ..penat2 undi kami..so kena la bagi habuan sikit...heheheh




Akhir sekali, diorang menjamu selera dan selepas itu majlis bersurai. Walaupun majlis atau sambutan tahun ini agak ringkas, tapi ia telah memberi seribu makna yang amat berharga buat kami guru-guru sk titom. Terima kasih pada semua yang telah menjayakan sambutan ini.

Indahnya Bumi Tuhan

Assalamualikum semua...sesungguhnya dunia ini penuh ngan warna-warni dan keunikan...inilah pemandangan yg selalu aku tengok sebaik saja bangun pagi, buka jendela dan menuju ke pejabat...sesungguhnya kekadang hati dan jiwa menjadi  tenang memandang keindahan bumi tuhan ini...selagi kita hidup...tatapilah semua keindahan ini dengap penuh keinsafan dan sentiasalah muhasabah akan diri sendiri..amin.



















Thursday, August 23, 2007

Ke Hulu Ke Hilir...Tak Cukup Jalan Nak Pegi....hehehe

Assalamualikum semua..ni entry terbaru yg aku coretkan di musim cuti sekolah ni...fusss..memang sibuk sungguh rasa di musim cuti sekolah ni...perkara yg sinonim ngan cuti sekolah ialah "kenduri kahwin"..aku pun tidak ketinggalan dlm menghadiri kenduri kahwin ni....dlm masa seminggu ni aku mendapat 3 jemputan kenduri kahwin...hehehe..tak apa la..sekarang ni turn diorang..so kena la pegi...esok lusa mana tau kot2 turn aku pulak..lagipun dlm islam kalau kita mendapat undangan dan jika tiada keuzuran...kita diwajibkan menghadiri majlis tersebut...hehehe...tapi kenduri kahwin yang jauh sekali aku pegi tahun ni ialah kat terengganu..perghhhh...2 jam setengah aku drive keta...oklah..tak la jauh sgt....kenduri kahwin tu dr member aku yg belajar satu u dulu...so aku free maka aku fly la sana....hehehe....dia terharu aku pi majlis dia ..katanya walaupun jauh aku sanggup berpatah arang berkerat rotan pegi sana...aywes....itu lah maknanya kawan...berkawan biar seribu..bermusuh biar satu...oklah..aku nak cepat ni..member aku kol nak gi jejalan tempat lain pulak...sebenarnya aku kat kb ni...beli brg sikit sini...so ada masa aku singgah la kat cybercafe untuk menjengok blog aku ni...k bye...selamat bercuti buat semua warga titom....buat putra .....jgn koya best...ok bye..

Thursday, August 16, 2007

Susahnya Datang Senangnya Pergi...!!!

Assalamualaikum semua...ni entry terbaru yg aku nak coretkan...sekarang ni dah pukul 2.50ptg..hari khamis 16/08/07...sebenarnya baru sejam yg lepas aku telah menghantar nazir2 pemantauan balik ke simpang lenjang...emmm jenuh kami hari ni di pantau oleh mereka...tapi kami buat selamba jer...lagipun nak takut apa...diorang bukannya hantu pun..cuma manusia biasa jer...diorang dtg just nak laksanakan tugas diorang jer untuk pantau sekolah ini..kerana sekolah ini tercalon untuk anugerah sekolah cemerlang kategori Orang Asli..hahahhaa...

Diorang dtg petang kemarin.....kami pegi amik diorang setengah jalan jer sebab cikgu2 lenjang dah hantar diorang untuk nak masuk ke titom..tapi jalan bukan seperti yg digambarkan...maklum la hari hujan...haaaa baru diorang tau mcm mana kesusahan cikgu2 titom...cikgu2 lenjang pun belum tentu lagi boleh lepas ker tak bukit2 yg ada tu..separuh jalan pun kami tgok diorang dah separuh mati duk menolak moto....sememangnya itulah lumrah yg terpaksa kami semua lalui untuk sampai ke sekolah...yer la kan..kalau tak sampai ke titom...tak tau mcm mana kesusahan dan kepayahan kami disini....emmmm selepas kami amik tugas cikgu2 lenjang tu untuk bawa nazir2 masuk ke titom...maka bermula la episod kami untuk di pantau oleh nazir...emmm sampai ke sekolah lebih kurang dalam kul lima kot...tak pasti la...yer la..kami turun dari sekolah pun dah agak lewat maybe dlm kul 3 ptg turun dr sk titom...heheheheh....

Waktu mlm pula selepas mkn mlm kami pun diarah untuk menyediakan dokumen2 yg perlu disemak oleh jemaah nazir ni...bahannyaa dah ada sebab kami dah lama prepare untuk kedatangan mereka ni..cuma mereka jer duk tanguh2kan waktu..hampeh betul...kul 12tghmlm baru habis sesi temubual kami ngan nazir2 tu...emmmm mlm tu biasa2 lagi sebab kami bersua mukan ngan nazir dlm kelompok ramai...makan esoknya pula..sesape yg ada kelas waktu pagi...nazir2 akan pantau untuk beberapa minit just nak lihat mcm mana cikgu2 mengajar jer...tapi dah nama nazir kan..walaupun mcm perkara biasa jer....ada la jugak antara cikgu2 ni yg berdebar2...hehehe..aku biasa jer sebab aku pg esok ngajar PJ thn 2....so pada hari khamis 16hb ogos 2007 aku lengkap berpakaian sukan bersama2 murid melakukan aktiviti di padang...nazir tu jengok jugak kat padang sekajap..tapi tak cakap sepatah apa pun cuma mulut dia jer duk kumat kamit mengatakan sesuatu yg aku sendiri tak tahu...tapi mungkin di puji aku kot sebab aku dapat memberi arahan pada murid2 ngan jayanya...hahahahah..jgn jeles cikgu salimi...wakakaka..

Cikgu salimi antara org yg gopoh gapah pagi tu...mana taknya dia kena ngajar bahasa inggeris...tapi nazir puji dia sebab leson plan dia lengkap...secara overalnya nazir2 tu semua puji akan kesungguhan kami mengajar...selepas habis waktu Pj..aku pun tukar la baju kemeja pula...pastu terus meluru ke pejabat..duk tak sampai 10 minit nazir2 tu panggil aku untuk nak tanya pasal hal2 peperiksaan....aku biasa jer...tak berdebar langsung sebab benda yg aku nak jwb semuanya dah ada dlm kepala...hehehehe..tapi secara peribadinya nazir2 tu cakap kat aku dia bangga la ngan cikgu2 titom ni...atas komitmen yg ditunjukkan...cuma ada la jugak kesalahan2 kecil yg kami semua terlepas pandang dan akan kami cuba baiki dimasa akan dtg....anywes...thank a lots pada semua nazir...ada masa datangla lagi thn depan.......hahahaha..bai bai...jumpa lagi di coretan yg lain....

Untuk cikgu shahril...semoga hepy selalu disamping kuarga tersayang...pada cikgu matrof ngan cikgu shomad...hati2 kuar hari ni...pada cikgu2 lain yg masih stay kat sekolah ni...hari kita akan muncul jua esok..anywes selamat bercuti selama seminggu pada semua cikgu2 titom...see u all next two week..

Monday, August 6, 2007

Lawatan Ke PSPN Pahang...!!!!

Assalamualikum semua...ni entry terbaru yg aku nak coretkan tapi peristiwa ni thn lepas lagi berlaku....tak apa la lewat pun...sekurang2nya dapa t meriahkan blog aku ni...thn lepas kitorang telah gi pspsn, sekarang ni telah ditukar nama kepada BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan),
sebenarnya lawatan ni telah di sponsor oleh pspsn pahang selama 3 hari...bukan apa..diorang just nak bg kami suka2 jer setelah berpenat lelah duk kerja dlm hutan tu..emmmm thanks la pada pspsn....nasib baik ada pihak yg prihatin mcm pspn ni....maknanya diorang menghargai

kami....

Setelah sampai kami pun chek in la bilik masing2....pastu petang tu jugak kitorang hgi mandi pantai...just nak suka2 setelah penat memandu keta....pspn ni berhadapan ngan pantai jer...jalan kaki pun sampai kat pantai tu..tapi kitorang gi ngan keta kan...dah ada kemudahan ..takkan tak nak guna....jgn jd kedekut..nnt tuhan tarik balik rezeki kita....kenak tak..(bagi mereka yg pandai semai, paham la perkataan kenak tu, kalau mereka yg tak paham tu..sengeh pun tak apa)..


Berjam-jam jugak kitorang habiskan masa kat tepi pantai ni....mau tak..bg mereka yg suka mandi manda tu....siap kitorang panggil ngan hela lagi...sebab just laung mcm tu buat tak endah jer....hampeh betul la diorang ni...mcm la tak penah jumpa pantai...aku cool jer..sebab umah aku kat kg dekat ngan pantai...buka jendela umah jer terus nampak pantai....nyaman suasana kalau dihening pagi....mau tak..pagi2 lagi dah dengar sang nelayan mencuba nasib di laut dalam tu..

Lepas main-main dan bergembira kat pantai tu..kitorang menghadiri jamuan makan malam yg di sediakan oleh pihak pspsn...kami apa lagi...kalau tengok lauk yg best2 mcm tu...emmmmm...pasti tak ingat dunia nya..tgok saja la ikan tu...sampai tinggal tulang...tapi harus ingat...makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan (jalan mesti ke depan, bukan ke belakang)..waaa mcm iklan petronas la pulak....apa2 pun kitorang enjoy bangat mlm tu...




Esok hari pula kami di beri taklimat atau selok belok sikit pasal penggunaan teknologi media...
masa tu kitorang kena pakai kemas la...baru nakmpak pegawai kerajaan sikit...wakakakaka..



Selepas itu, waktu petang pula kami di bawa jalan2 ngan bot oleh staff pspn tu...lucu jugak naik bot ni...bukannya laju pun...tapi tak per lah....just nak tgok keindahan sungai pahang jer....emm





Hari ketiganya pula kami diajak oleh pihak pspn untuk menyertai pertandingan woodball, inilah kali pertama aku mengenali permainan ini dan ianya tak la sesusah mana pun...just pukul bola bg masuk gate jer....tapi hanya12 kali jer buleh cuba bg sesuatu gate tu...tapi sesapa yg terer tu..pukulan kedua atau ketiga sudah masuk dah gate tu....

Sesungguhnya kenangan dan lawatan kami ke pspn ini amatlah bermakna....anywes thanks a lots pada ketua pengarah pspn pahang ini kerana sudi mengajak kami warga cikgu2 titom ni untuk bersuka ria di sini....setakat ini dulu entry kali ini...sepuluh jari disusun kiranya ada tersilap kata dan terkasar bahasa...sesungguhnya apa yg dicoretkan ini hanyalah bertujuan suka2 shj dan takder niat sekalipun untuk menghina sesape...oklah....semoga anda semua dilindungi Allah selalu dan hadapi segalanya dengan senyuman kerana senyum itu satu sedekah.

Saturday, August 4, 2007

1000 Kegemaran Karl.....!!!



Assalamualaikum semua...sebenarnya aku tak tau nak tulis apa..tapi aku bosan duk dgr cikgu pra tu duk tanya, bila nak jwb tag eng, bila nak jwb tag eng (2x dia tanya), so here i'm answer his question, hahahaha..tapi aku bukan nak cerita pasal benda 'weird' tapi aku nak cerita pasal kegemaran aku, walaupun tajuk kat atas tu 1000 kegemaran pasal aku....tapi aku akan list 5 benda yg aku suka dan 5 benda yg aku tak suka...hahahaha...nasib la...saper yg suka buleh baca...dan saper yg tak suka...'tolong tutup mata' hahahaha....

5 benda yg aku suka :

1. Makan nasi kerabu kedai Kak Zah.
2. Suka jawab panggilan telefon dan suka ber sms.
3. Suka datang awal ke pejabat (sebelum 7.30 pagi).
4. Suka bergambar (walau kemana jua pergi, pasti kamera digital ada bersama).
5. Suka makan nasi putih lauk ayam masak merah.

5 benda yg aku tak suka:

1. Tak suka naik ketapi local (dah terkena sekali tobat tak nak naik lagi).
2. Tak suka masuk sekolah dalam waktu ujan (nnt ada yg jatuh atau tergelincir)
3. Tak suka terperangkap dalam kesesakan lalulintas (sebab keta waja aku manual)
4. Tak suka bangun lewat waktu pagi.
5. Tak suka makan tempoyak (tapi suka makan durian)
Itu jer yang dapat aku senaraikan, itu pun atas permintaan cikgu pra....kalau tak..jgn harap la aku nak senaraikan....sebenarnya banyak lagi benda2 yg aku suka....tapi disebabkan waktu yg terhad...hanya 10 perkara jer yg mampu aku senaraikan.....mintak maaf la kalau ada yg terguris perasaan ngan nukilan aku ni....anywes hadapi segalanya dengan senyuman kerana hidup perlu diteruskan walaupun ia sukar diramalkan...jaga diri hiasi peribadi.



Friday, August 3, 2007

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50










Come 2007, Malaysia will celebrate 50 years of independence. The month of August will be filled with a myriad of parades, cultural performances, street shows and carnivals to commemorate the country's Independence or Merdeka Day on 31st August.

It was on 31st August 1957 when history was made as the Union Jack was lowered and the Malaysian flag hoisted, with the first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj leading the people in the famous shouts of Merdeka! Merdeka! Merdeka! (Independence!)

For more than 30 years, Merdeka Day celebrations have been marked by parades involving uniformed personnel, corporate players, school children, cultural dancers, athletes and Malaysians from all walks of life. However, in recent years, the event has grown into a much anticipated and exciting month-long celebration nationwide.

This forthcoming Golden Jubilee celebration marks a significant milestone in the history of the nation. Join the enthusiastic crowd at the Merdeka Square in Kuala Lumpur on the eve of Merdeka Day for the countdown to this momentous event. Another highlight of the year will be the Citrawarna or Colours and Flavours of Malaysia parade, an annual event showcasing the rich and diverse cultural heritage of the country. This will be the grandest celebration for this event yet.

Malaysia invites all visitors to share in the joy and excitement of this momentous occasion. Come and be mesmerised by a unique multicultural populace celebrating 50 years of nationhood in harmony and peaceful co-existance. You will truly be fascinated.





Visit Malaysia 2007 - "TMM'07" - Tahun Melawat Malaysia 2007

Visit Malaysia 2007, Eye On Malaysia, Malaysia, Map Malaysia, Hotels, Flight, Hotel reservation, Information, Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Malacca, Johor, Sarawak, Sabah, Tahun Melawat Malaysia 2007, Logo Merdeka 50 tahun "Malaysiaku Gemilang"
Monday, January 22, 2007
Visit Malaysia 2007

Visit Malaysia 2007 (VMY 07)

To Get there (Kuala Lumpur):

By Air
» From Asia: Malaysia Airlines & Airasia
» From Other country: Malaysia Airlines

By Rail
» From Bangkok, Padang Besar (Perlis):
- Keretapi Tanah Melayu (KTM) or Malayan Railway
> International express: Butterworth to Haadyai in Thailand,
> Regular services: Padang Besar to Singapore via Kuala Lumpur

By Sea
» Port Klang
» Kedah, Bukit Kayu Hitam (Visitors from Thailand)
» Johor Bahru (Visitors from Singapore)



Map Of Malaysia
States In Malaysia

Perlis (Indera Kayangan)
Kedah (Darul Aman)
Penang (Pulau Mutiara)
Perak (Darul Ridzuan)
Kelantan (Darul Naim)
Pahang (Darul Makmur)
Terengganu (Darul Iman)
Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan)
Selangor (Darul Ehsan)
Negeri Sembilan (Darul Khusus)
Malacca (Bandaraya Bersejarah)
Johor (Darul Takzim)
Sarawak (Bumi Kenyalang)
Sabah (Negeri Dibawah Bayu)

Hotels & Staying & Reservation & Bookings
In Malaysia, there are a lot of hotels, resort, chalet, condominium or apartments, travel lodge and include home stay program.

» Rates are given in Ringgit Malaysia (RM). Some accept US dollar.

» Bookings: Online reservation, email & call

» Payment: Credit card, debit card, and cash upon arrival

Shopping In Malaysia

Malaysia are Shopper's paradise!
» Shopping complexes, sidewalk stalls, bazaars, night market (pasar malam)

» Duty free areas (bebas cukai): Langkawi Island & Labuan. Also at Rantau Panjang, Pengkalan Kubur in Kelantan & Padang Besar & Bukit Kayu Hitam In Kedah.

_______________________________________________________


"Merdeka 50 tahun, 2007" Independence day, 50 years, 2007


New logo for "Merdeka 50 tahun" or Malaysia independence 50 years, designed by Nor Azian A. Hasan awarded as winner.
Nor Azian, 36, from Negeri Sembilan received RM10,000 in cash.
New Slogan 'Malaysiaku Gemilang' chosen as it is the words from Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi which are 'Malaysia Cemerlang, Gemilang, Terbilang'


31st August 1957 - 31st August 2007 = 50 Years of Independence



Information: 31 August 1957 is the independence day for Malaysia.

Picture: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj announced the independence of Malaya from the British on August 31 1957 at Stadium Merdeka. _____________________________________________________





Best blogs ranking