Saturday, February 21, 2009

Info Bermaklumat VS Keceriaan

Salam untuk semua, emmmm cantik dan kondusif persekitaran SK Titom, kalau mereka yang pertama kali berkunjung ke sini mesti teruja bangat dengan lanskap yang diciptakan oleh kami di sini. Kalau cukup kemudahan dan jalan pun ok mesti ada yang berkira-kira nak buat resort di sini. Yer la, di sekeliling sekolah ini terdapatnya jeram-jeram dan air terjun yang indah dan cantik lokasinya, nanti next entry aku publish gambar kawasan jeram untuk bermandi-manda pula. Inilah lanskap, keceriaan dan sudut bermaklumat yang terdapat di SK Titom,huhu, memang cantik bangat hasilnya, siap ada menara berkembar petronas lagi tuh. Menara tu adalah hasil ciptaan GB dan pekerja-pekerja sekolah. Kami staff sokongan hanya mengecat mural dan mewujudkan sudut berinformasi tu jer, bagus betul idea yang diciptakan tu, yer la secara tak langsung murid-murid boleh membacanya dan menambahkan 'vocabulary' mereka walaupun berada di luar kelas. Semoga murid-murid di sini terus maju jaya dalam pelajaran, mudah-mudahan semoga ianya menjadi kenyataan.


Mesyuarat Mangsa Banjir

Salam semua, hari ini hari sabtu 21.02.2009 yang mana aku masih bertapa di 'lost world' ini bersama kawan2 aku di sini. Kalau berdasarkan tajuk entry di atas tu, takder kena mengena langsung dengan gambar yang nak aku cerita kan ini,huhu, saja buat gempak agar menarik minat pembaca membaca coretan ini,huhu. Actually itulah bilik gerakan a.k.a bilik mesyuarat di SK Titom ini. Di situlah kami selalu sembang kalat a.k.a sembang ...... (kata cikgu shah) bagi memutuskan sesuatu perkara yang perlu di ambil tindakan. Kalau ada guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat dan perlu melakukan in house training, maka di bilik gerakan inilah kami berperang,hehe. Nampak macam sempoi saja bilik tu, tapi sewaktu kunjungan Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2006, beliau telah memberikan taraf 4 bintang terhadap kekemasan dan susun atur dalam bilik mesyuarat itu. Alasan beliau walaupun duduk berjauhan dengan bandar atau lebih tepat dalam hutan, guru-guru masih boleh mewujudkan bilik secantik dan sekemas itu. Itulah keistimewaan guru-guru SK Titom, kreatif dan kritis dalam melakukan sesuatu perkara,huhu tahniah diucapkan. Sekarang ini kalau ada mesyuarat peringkat sekolah, kami mengadakannya di waktu malam sebab kami tidak mahu menganggu waktu PnP di siang hari, waaa hebat gitu, meting pada waktu malam siot, alaaaa bukan jauh pun nak datang ke bilik mesyuarat ni just selangkah dua sampai la, sebab kami pun duduk dalam kawasan sekolah ni juga pada hari persekolahan dan hanya hari minggu jer kami meninggalkan 'lost world' ini. Lain la kalau kami duduk kat luar kawasan sekolah, cari padah nak datang mesyuarat waktu malam-malam ni,huhu. Apa-apa pun tahniah la diucapkan kepada semua warga kerja SK Titom termasuk pekerja-pekerja sekolah dan pokgat-pokgat sekolah kerana bersatu-padu dalam memajukan SK Titom ini. Semoga kita semua terus suksess melakukannya.

Friday, February 20, 2009

Mereka Bagaikan Kain Putih

Salam untuk semua, sudah lama aku tak update entry di ruangan ini, maklum la beberapa hari yang lepas sibuk ngan kerja-kerja yang perlu dibereskan dan juga mesyuarat di PPD, so takder masa sangat nak melepak depan laptop ni,huhu. But today aku bertapa di 'lost world' ini bersama cikgu Romi dan juga cikgu Mohd Noor, alasannya aku malas nak keluar lagipun aku baru jer masuk ke sini dan rasa sengal-sengal serta lenguh-lenguh badan tu belum hilang lagi. Maklum la nak masuk ke sini bukannya melalui jalan raya,huhu, semua jalan bukit bukau dan bertanah merah, semuanya memerlukan kudrat dan prestasi diri yang memberansangkan, dan kalau badan tak sihat atau demam tu better tak payah masuk la coz menyusahkan diri jer nanti lagipun sini bukan ada klinik untuk nak dapatkan ubat. Itulah senarionya berkhidmat di 'lost world' ini, mungkin mereka yang membaca coretan ini sukar untuk gambarkan keadaan sebenar di sini namun bagi mereka yang pernah bertugas di sini akan faham segalanya walaupun aku coretkan sepatah ayat sahaja,huhu. Gambar kat bawah tu merupakan permata baru yang perlu digilap dan dididik sebelum mereka melangkah lebih jauh. Itulah murid-murid Pra Sekolah di sini. Kecil,lucu dan pelbagai karenahnya,namun itulah kanak-kanak,karenah mereka mampu membuatkan kami di sini tersenyum dan tertawa. Tanggungjawab untuk mencoretkan minda dan sahsiah diri mereka amat berat, ini kerana mereka bagaikan kain putih yang baru mengenal erti hidup, kami lah yang perlu mencoretnya. Segalanya terletak di tangan guru,especially Guru Pra, untuk guru pra, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya mendidik murid-murid pra dengan jayanya. Semoga kita semua suksess menghadapi segala rintangan dan cubaan di dunia pendidikan ini.


Friday, February 13, 2009

Nadi Perhubungan

Salam untuk semua, kalau merujuk kepada tajuk entry pada malam ini, itulah satu2nya nadi perhubungan yang paling pantas untuk sampai ke 'lost world' ini. Tapi bukan senang buleh naik heli2 kat atas tu, bagi mereka2 yang ada kerja untuk mendarat di sini boleh la merasa berada di udara, kalau tidak gak, pasang impian jer la. Tapi baru2 ni cikgu Noor ngan cikgu Shah berkesempatan merasai heli putih yang kat atas tu,hehe, tahniah la diucapkan pada diorang. Actually masa tu kontraktor asrama datang melawat asrama bersama JKR, so diorang menggunakan heli putih tu untuk mendarat di sini, masa tu ada dua seat kosong, so 'Kapten' offer then diorang accept jer lah. Pergi Betau then patah balik sekolah,huhu bestnya, nanti next entry aku akan publish gambar sekolah dari udara. Dulu2 heli nuri selalu mendarat sini kalau ada emergency case but skang ni jarang dah heli tu datang yer la semenjak kes2 heli2 terhempas,mungkin dah jarang guna dah kot. Kekadang pasukan kesihatan selalu juga dtg menggunakan heli, best la diorang, tak perlu bersusah payah meredah hutan macam kami. Biasala hidup ini ada keistimewaan masing2 huhu yang penting sentiasa la bersyukur dengan apa yang ada. Suatu hari, aku nak jugak merasa naik heli tu.hehe, baru setaraf ngan cikgu Noor dan cikgu Shah, hehe.Tapi bila hari itu akan muncul? Sabar jer la menunggu dan hadapi segalanya dengan senyuman, pasti ia baik-baik aja, kalau tak percaya, cuba senyum, mesti kurang sikit kan tekanan,huhu.

Menu Petang

Salam,waaa duk dalam 'lost world' pun buleh makan karipap jugak,kelazz gitu,huhu. Inilah menu petang kami, setelah bertungkus lumus diusahakan oleh cikgu Noor dan dilimpahkan sedikit kudrat oleh cikgu rash, maka itulah hasilnya. Cikgu Noor siap nak jual kat budak2 lagi karipap tu,huhu RM1.oo 2  biji, fuhhhh tak mahal ker? huhu tapi kat dalam ni harganya kena gandakan dua kali la, susah beb nak dapatkan bekalan, gandum pun bawak masuk guna heli ke 'lost world' ni,huhu, heli ker? Actually lama tak merasa karipap versi cikgu Noor, best bangat karipap tu, last2 inti tak cukup then letak gula jer terus jadi cekmek, perghhhh kreatif gila cikgu2 titom, tahniah la. Dulu2 masa ada putra745 selalu juga merasa kuih-muih ni, kuih yang putra selalu buat ialah sardin roll,huhu, berbatang-batang dihasilkan oleh putra,huhu. Yang last2 tu dah tak rasa macam sardin dah coz keras,huhu maklum la penat beb, namun kami seronok memakannya,huhu, tukang buat sorang dua jer but tukang makan dua tiga dozen ramainya,huhu. Anywes situasi inilah membuatkan hubungan kekeluargaan kami di sini semakin mesra dan akrab,huhu. Karipap cikgu Noor tu memakan masa 1 jam setengah dari proses membuatnya hinggalah proses mengoreng dan menghabiskan hasil yang sudah siap digoreng. Mereka yang teruja sangat dengan karipap tu adalah cikgu salimi dan din pdg tengku coz mereka tak sangka sebab duk dalam hutan pun buleh makan karipap di waktu petang nan senja begini. Itulah keistimewaan cikgu2 Titom, pandai memasak dan pandai buat kuih muih selain memikul tugas mendidik anak-anak bangsa di sini. Akhir kata, semoga cikgu2 Titom dan din pdg tengku terus suksess walaupun di mana jua berada. Semoga Allah sentiasa memberkati kalian semua,amin.

Thursday, February 12, 2009

Mengintip

Salam, ini lah wajah2 anak-anak murid ku yang selalu datang mengejutkan aku di kala subuh hari,huhu. Sungguh semangat mereka datang ke sekolah untuk menimba  ilmu dan tanpa segan silu mengetuk cermin tingkap bilik ku dengan suara "cikguuuu....bangun, dah nak cerah dah ni...." agar aku bangun seawal pagi walaupun jam masih menunjukkan pukul 5.30am,huhu. Mereka ini dari kampung yang jauh sikit dari sekolah so that y mereka datang awal ke sekolah, kekadang tu kul 6am pun dah terpacak kat sekolah. Bila tengok perkembang diorang yang selalu datang awal ke sekolah, so aku suruh la mereka datang mengejutkan aku kat rumah,huhu, ada baiknya juga mereka kejut aku seawal pagi, boleh aku solat subuh awal. Yer la pernah beberapa kali aku terlewat bangun dek kerana badan terlalu letih di tambah pula dengan suhu udara yang mencecah 'tahap kebekuan' celcius, then tanpa segan silu terus menarik selimut untuk memperajakan tidur aku itu,hehe, jarang-jarang jer macam tu, bukan selalu. Maka aku mengambil langkah awal dengan menyuruh anak-anak murid aku ini datang mengetuk cermin tingkap bilik aku setibanya mereka di sekolah. Itulah kisahnya ragam seorang guru dengan anak-anak muridnya. Anak-anak murid aku ini pantang suruh sesuatu perkara, mereka pasti akan buat dengan jayanya,hehe. Apa-apa pun terima kasih la kepada mereka ini kerana bersusah payah datang ke rumah mengetuk cermin tingkap bilik aku. Semoga mereka semua terus selamat dan suksess di dalam pelajaran. Gudlak !!!

Wednesday, February 11, 2009

Keranamu Kami Di Sini - episod 1

Salam, inilah realitinya keperitan yang terpaksa kemi tempuh suatu ketika dulu untuk sampai ke 'lost world' kami. Bagi mereka-mereka yang penah berkhidmat di daerah terasing ini semestinya masih segar di ingatan mereka akan segala memori suka duka tatkala ingin melepasi jambatan ini. Jambatan ini sungguh mencabar sekali, dah la tinggi,arus air sungai deras pulak tu, sekali pandang ke bawah,erggghhhh gayat juga dibuatnya,kalu jambatan ok tak apa la, ni daif tahap gaban ni, memang memeritkan, tu pun dah kira dibaik pulih dah tu, penah seketika kami hanya meniti di atas sebatang buluh jer,huhu mencabar sungguh. Namun begitu ianya tidak melemahkan semangat kami semua untuk terus berkhidmat di sini. Sekarang ini jambatan ini sudah tinggal kenangan bagi kami kerana di sebelah jambatan itu telah dibina jambatan konrit simen yang amat selamat dilalui namun gambar jambatan baru itu tidak dapat aku publish di sini kerana masih belum snap lagi walaupun ianya telah siap dibina hampir dua tahun. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta dan inilah realitinya untuk kami sebagai pendidik yang berkhidmat di sekolah pedalaman. Semoga kami semua terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang.

Serbu

Salam, hari ni kami di datangi oleh sebuah helikopter yang kami sudah sekian maklum akan kedatangannya,hehe. Sebenarnya sebulan yang lepas kami sudah didatangi oleh heli ini, kelam kabut kami dibuatnya,hehe. Actually mereka ini adalah geng2 kontraktor dan Pegawai2 JKR dr Kuantan dan Kuala Lipis. Tapi Pegawai2 dari PPD pun datang juga,huhu so kami kena la persiap apa yang patut. Yer la, of course mereka datang ingin meninjau asrama tapi pada masa yang sama tentulah pegawai2 PPD ini ingin melihat persekitaran sekolah dan pengurusan di sini. Tapi kami buat selamba jer, apa yang nak di risaukan, yang penting kerja kami siap,huhu. Hari ini kedatangan mereka ini adalah untuk sesi penyerahan tugas dan kunci asrama secara rasmi kepada pentadbir SK Titom,but GB tiada buat masa la ni so GPK 1 la yang mewakilinya.

Tuesday, February 10, 2009

Meh Bungkus Ketupat

Salam untuk semua, sudah lama aku tidak kemaskini ruangan ini, maklum la kebelakangan ini sibuk ngan aktiviti sekolah dan mesyuarat kurikulum dan ko-kurikulum peringkat sekolah, tapi biasa la awal2 tahun, banyak kerja yang perlu dibuat, namun ini semua kan tanggungjawab, so haruslah laksanakannya dengan sebaik mungkin. Gambar di atas itu adalah sebahagian daripada murid-murid tahun 6 2009. Tahun ini calon UPSR agak ramai juga iaitu seramai 26 orang, 13 keral dan 13 kedur. Diorang ni pantang tiada guru dalam kelas, terus buat sesi bungkus ketupat,huhu. Gambar tu aku snap dari jauh dan diorang tidak sedar akan kemunculan aku di sekitar kawasan berhampiran mereka. Murid-murid tahun 6 tahun ini tak tahu la macam mana ngan potensi mereka,nampak gaya macam suam2 kuku jer. Tapi tak apa lah, kami sebagai warga pendidik SK Titom akan cuba sedaya upaya untuk mencurahkan dan mendidik mereka agar dapat menimba ilmu sebanyak yang boleh. Diorang ni sedikit nakal la,tapi kalau masa aku mengajar, huuuu 'sorry la' coz pantang ada salah dan silap terus aku 'double'. Untuk tahun 6 ini aku mengajar subjek Matematik. Emmm tak tahu la macam mana, Math sekarang ni kena ajar dalam bahasa inggeris but aku rojak dalam 3 bahasa jer ngan diorang coz kalau nak BI straight mampus la diorang,mesti ternganga punya,huhu, lagipun aku ni bukannya terer sangat nak speaking2 ni, just sekadar basic tu boleh la. Namun begitu aku tetap akan cuba melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid aku. For them 'gudlak' aku ucapkan untuk UPSR 2009.

Tuesday, February 3, 2009

Kasihnya Seorang Bapa

Salam, berdasarkan tajuk yang tertera di atas tu, itulah gambaran yang dapat disimpulkan betapa akrabnya hubungan seorang guru dengan anak2 murid di SK Titom ini. Bak kata pepatah 'bagai menatang minyak yang penuh',huhu betul ker tak pribahasa yang aku kaitkan dengan situasi ini,huhu bedal jer lah. Tapi kalau ada pakar2 bahasa yang terbaca entry aku ni, mesti diorang akan komen pedas punya,huhu. Ini cikgu Zani, asal dari Kg anak ikan, jerteh besut terengganu. Sesiapa yang nak berkenalan dengan dia, boleh la jumpa dia kat Pondok Polis di Sungai Koyan tu coz dia selalu lepak kat situ,huhu. Kami di sini pun turut mengadakan program mentor-mentee iaitu seorang guru di akan dijadikan bapa angkat kepada beberapa orang anak2 murid. Melalui program ini murid akan dikenali dengan lebih dekat dan para guru boleh mengasuhnya agar menjaga kebersihan diri dengan lebih baik. Bagi murid2 yang mengalami masalah dalam akademik pula, para guru akan pendekatan dari hati ke hati agar murid2 lebih menunjukkan minat dalam pelajaran. Pelbagai usaha yang telah kami tampilkan demi meningkatkan dan menarik minat murid2 di sekolah ini dalam pelajaran. Kepada semua guru, tahniah diucapkan. Tiada siapa yang dapat memahami kita semua selain daripada mereka yang pernah merasa kehidupan di sini.

Monday, February 2, 2009

Pondok Ilmu

Salam untuk semua, bertemu kembali setelah beberapa hari berehat sempena cuti CNY, dan di kala coretan ini dinukilkan aku sudah pun berada di 'lost world',hehe. Gambar yg aku duk posing tu adalah merupakan sebuah pondok ilmu yang dibina oleh pelajar2 KEDAP. Mesti korang tertanya-tanya kan apa itu KEDAP,huhu buka la kamus dewan bahasa dan pustaka cari perkataan tu,hehe. KEDAP tu adalah bermaksud 'kelas dewasa'. Kat sekolah ini diwujudkan kelas dewasa khusus untuk penduduk di sini agar mereka pun tidak ketinggalan dalam menimba ilmu. Tapi ilmu yang diajar pun kena la berpadanan dengan tahap penguasaan mereka,hehe kira ajar yang mudah-mudah jer la. Guru yang bertanggungjawab terhadap kelas KEDAP ini adalah Cikgu Romi dan Cikgu Mohammad Noor. So, petang2 dalam area kul 3pm - 5pm peserta kedap ni datang la ke sekolah untuk belajar, aku pun penah 3 kali mengajar mereka kerana menggantikan Cikgu Noor or Cikgu Romi. Kalau guru2 kedap ni tiada maka guru2 lain akan ambil alih untuk melaksanakan PnP pada hari itu. Peserta kedap ni dibayar elaun oleh kementerian pelajaran. Berapa elaun yang dibayar tu aku pun dah tak ingat lah, cuma yang aku tahu bayarannya pun agak lumayan jugak lah. Actually kerajaan nak bagi pendapatan kepada diorang, sambil2 tu diorang haruslah manghadiri kelas agar melayakkan mereka mendapatkan pendapatan tu,hehe bagus jugak langkah dan inisiatif yang kerajaan ambil tu. Peserta kedap ni adalah dalam 25 org satu kelas. Dan mungkin untuk 2009 ni akan diadakan juga kelas kedap ni dan pesertanya haruslah org yang berlainan daripada peserta tahun 2008. Kiranya sekali sorang jer la yang dapat merasai elaun yang diberikan tu. Kalau dah suami isteri yang terlibat ngan kelas kedap tu, banyak la dapat $$$$. So pondok ilmu tu adalah merupakan salah satu aktiviti diorang dan dengan terbinanya pondok ilmu itu, ianya amat berguna untuk murid2 sk titom. Sebenarnya kami sebagai guru2 di sini sudah lama mengidam untuk mengadakan PnP di luar kelas namun tiada siapa yang mampu membinanya. Setelah terbinanya pondok itu, ianya amat bermanfaat, sekarang sudah ada guru2 yang beralih angin mengadakan PnP di dalam pondok tu dan senario ini amat mendapat sambutan yang baik sekali dari pihak murid2. Mereka amat suka bila proses PnP diadakan di luar kelas. Yer la, dah bertahun-tahun asyik duk berkurung dalam kelas jer, mesti la rasa seronok bila semua duk berkumpul dalam pondok tu. Ada guru yang mengadakan aktiviti membaca,menyanyi dan melukis dalam pondok itu. Syabas diucapkan kepada peserta KEDAP kerana berjaya membina pondok ilmu itu. Semoga pondok2 seperti itu akan terbina lagi di kawasan lain. Itulah harapan kami sebagai tenaga pengajar di SK Titom ini, tiada apa yang dapat membuatkan kami tersenyum selain dapat melihat murid2 kami boleh membaca,mengira dan seronok dengan aktiviti2 yang diadakan. Kepada semua tenaga pengajar di sini, teruskan amalan murni anda itu, semoga tuhan saja yang membalasnya. Amin.