Friday, March 18, 2011

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Salam, pg ni aku bangun pagi2 dan bersama my fren pegi pekena nasi kerabu ayam bakar di kg baung, pengkalan chepa kelantan. Emmm boleh la tahan nasi kerabu kat situ, sedap la jugak, bila makan nasi kerabu mcm ni teringat nasi kerabu kedai Kak Zah kat stesen keretapi kuala lipis, sebiji cam ni, nasi putih...sambal, ada keropok dan ulam-ulaman. Dulu2 masa duk kuala lipis, kedai kak zah adalah destinasi wajib kami tuk bersarapan pagi. Nanti ada masa kalau terlajak pegi kuala lipis, aku pasti akan singgah kedai tu. Tapi tak tau la kedai tu ada lg ke tak, dah dua thn aku meninggalkan kuala lipis. Beginilah rutin harian aku di pg hari, pasti akan merancang ke sesuatu tempat tuk bersarapan pagi kat kedai, kalau boleh nak singgah dimana jua kedai yg menyediakan menu pg yg best2, aku nak try semuanya. Hari ni mendung jer, harap2 hujan tak turun coz jap lagi aku nak jemurkan baju2 aku yg masih belum kering ni dr petang semalam, sek dah nak buka barulah sibuk duk basuh baju, sebelum ni duk rileks jer tgok baju berlonggok2 dlm raga, itulah namanya tabiat, harap boleh di kikis dr semasa ke semasa. Anywes Selamat Hari Jumaat diucapkan, kepada Umat Islam yg berjantina lelaki, semoga kalian mengunjungi masjid2 berdekatan tuk menunaikan solat Jumaat pd hari ni. Apa2 pun, senyum selalu dan take care.

No comments: