Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Setelah sekian lama empunya diri menyepi, kini daku kembali bersuara untuk menghiasi ruangan blog ini, ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang masih sudi menjengok diruangan blog yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya bukan disengajakan untuk tidak memunculkan diri, malah ianya kerana terlalu banyak kekangan dan halangan untuk daku memunculkan diri. Ini pun belum tentu berapa lama daku boleh bertahan untuk bersuara di sini. Entah esok entah lusa daku kembali menyepi,namun semuanya bergantung kepada keadaan, yang pasti selagi keadaan masih mengizinkan semestinya daku akan sering muncul diruangan ini dengan perkhabaran-perkhabaran yang berbeza. Kepada kawan-kawan yang masih menjengok disini, ucapan terima kasih didahulukan. Kepada putra dan datitom,semoga maju jaya dan suksess selalu, yang penting hidup perlu diteruskan dan yang berlaku biarkan berlaku,kita yang masih bernyawa ini harus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Apa-apa pun senyum selalu dan Hidup Biar bermakna.
No comments:
Post a Comment