Gambar hiasan : Pengunjung melihat dari dekat
burung helang di Tanjung Tuan
INFO 1 : Burung pemangsa
Burung pemangsa bukan hanya helang (eagle). Haiwan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain mengikut saiz haiwan itu. Helang biasanya mempunyai saiz besar, kepak lebar dan kaki besar.
Hawk juga adalah helang, tetapi saiz sederhana, manakala Kite adalah helang yang mempunyai kepak panjang dan kaki lemah. Buzzard pula helang yang mempunyai badan besar, manakala Harrier walaupun besar tetapi dibezakan dengan ekor panjang. Falcon adalah helang bersaiz kecil, manakala burung hering dikenali dengan kepala botak dan leher tidak berbulu. Burung hantu juga termasuk dalam kategori burung pemangsa.
Burung pemangsa mencari makanan menggunakan kelebihan fizikal seperti penglihatan tajam, kuku sangat tajam dan ketangkasan di udara. Ada 25 spesies yang berhijrah ke Malaysia. Sebanyak 421 spesies di seluruh dunia dengan 288 adalah spesies siang hari dan 133 malam hari. Malaysia mempunyai 46 spesies tempatan. Helang Tompok Besar adalah spesies penghijrah terbesar di Malaysia, manakala Kite Hitam adalah spesies tempatan terbesar.
Spesies penghijrah terkecil adalah Eurasian Kestrel, manakala spesies tempatan terkecil ialah Falcon Peha Hitam. Makanan burung pemangsa termasuk tikus, ayam, burung lain, burung pemangsa lebih kecil, larva lebah, serangga dan reptilia. Lima spesies utama burung pemangsa yang boleh dilihat di Tanjung Tuan selepas menyeberangi Selat Melaka adalah Buzzard Lebah Timur (Pernis ptilorhyncus), Helang Baza Hitam (Aviceda leuphotes), Lang Sewah Jepun (Accipiter gularis), Lang Sewah Cina (Accipiter soloensis) dan Buzzard Kepala Kelabu (Butastur indicus). Tanjung Tuan adalah milik Melaka, tetapi terletak dalam Negeri Sembilan. Kira-kira 16 kilometer di selatan Port Dickson.

No comments:
Post a Comment