Friday, January 30, 2009

Besantai di tepi pantai

Salam, nampaknya demam aku kembali reda,tak penah aku mengalami demam selsema melebihi seminggu mcm ni,paling lama pun dlm 5 hari sihat la, tapi nak buat mcm mana kan, benda mcm ni bukan kita mintak, yang penting haruslah selalu bersyukur dan memohon padaNya agar diberi kesihatan yang baik. Di kesempatan aku bercuti kat kg ni sempat juga lah aku bertemu dgn kengkawan lama, kengkawan masa aku sama2 sek men dulu. Member yang aku maksudkan adalah Abdullah dan Jo. Abdullah ni kerja sebagai tecnition ICT kat JKR headquarters KL dan dia balik kg ni sempena ngan bini dia bersalin anak yang ke-3. Tahniah la aku ucapkan padanya coz anak dia yang baru lahir ni adalah 'keral' (boy). Anaknya yang 2 org lagi tu dua-dua pompuan,huhu. Dah 3 org dah anak dia tapi aku ni kahwin pun belum lagi,hehe takper lah mungkin masa aku pun akan tiba jua nnt. Manakala Jo ni pula bekerja sebagai tecnition komputer kat Hospital RPZ 2 kat Kota Bharu. Jo ni baru ada anak sorang dan insyaAllah bulan 7 ni akan masuk 2,hehe tu dia la yg bgtau. Kami berjumpa kat pantai kul 6.15pm dan pekena air tuak dan kepok goreng kat situ. Best jugak sekali sekala merasa angin sepoi-sepoi bahasa mcm ni. Actually kg kami ni dekat ngan pantai, jd nak sampai kat pantai tu makan masa 2-3 minit jer,huhu. Banyak perkara yang dibualkan coz lama tak jumpa. Sembang punya sembang jam dah menunjukkan kul 7.30pm,huhu tu la dtg lewat sgt. tapi takper lah, kira ok dah tu dpt bersembang dan bersua muka walaupun sekejap. Then kami pun blah la menghala ke rumah masing2. Ada sorang lagi member yg aku nak jumpa dlm cuti ni tapi masih tak sempat-sempat nak jumpa lagi. He is Pok Ya. Our YB a.k.a my geng main bowling, hehe. Dia ni sentiasa sibuk ngan program tu n program ni,hehe biasa la org politik, apa2 pun dlm baki hari yang masih ada ni agar aku dapat bersua dan pekena tea tarik di Hayaki Kopitiam. Utk Pok Ya semoga maju jaya dalam bidang yang kamu ceburi ini dan yang penting semoga cepat bertemu jodoh,huhu

No comments: