Monday, January 19, 2009

Kalian semua membuatkan aku merasa sungguh terharu

Salam, tanggal 14.01.2009 pasti akan aku kenang untuk selamanya, tak sangka duk dlm hutan2 mcm ni pun buleh makan kek. Terharu sungguh aku dengan situasi ini, al-maklum la duk dalam hutan2 mcm ni pun dapat jugak merasa celebrate besday, huhu. Walaupun simple n singkat waktunya, namun ianya telah memberikan aku satu harapan bahawa masih ada kawan2 yang masih cakna terhadap aku. Actually kek ini adalah sempena besday aku yang mencecah umur ke-28, huhu dah tua dah aku, tapi takper muda lagi rasa, hehe. Kalau duk kat luar buleh buat yang grand sikit tapi dah duk dlm hutan ni gak, just buat sekadar yang mampu jer lah, huhu. Tapi tak kisah la janji heppy, suasana ceria dan penuh bermakna. Thanks a lots to cikgu Romi kerana dia bersusah payah sponsor kek ini, kepada cikgu romi 'hang memang good friend', kepada kawan2 lain yang turut serta memeriahkan situasi ini seperti cikgu salimi, jani, azmil, cikgu noor, masri dan din pdg tengku, terima kasih jugak kerana korang membuatkan aku merasa sungguh terharu dan mampu tersenyum dikala aku telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran yang amat menguji ketabahan hati. Terima kasih juga pada cikgu Noor kerana memasak lauk2 yang best pada malam tu. Rasa2 aku, sumi2 yang dihias pada tepi kek tu mesti idea cikgu Noor, huhu, so cute. Terima kasih jugak kepada putra745 kerana masih ingat akan tarikh besday aku walaupun sudah berkhidmat di sekolah lain, putra juga merupakan orang yang terawal yang wish besday kat aku. Putra memang seorang yang sentiasa ingatkan kawan. Kepada semua cikgu2 Titom, Din pdg tengku dan juga Putra745 terima kasih sekali lagi diucapkan semoga kalian semua terus hepy, selamat dan suksess selalu dalam menempuh pancaroba liku2 kehidupan ini. Kalian semua adalah 'my best friend'. Gudlak n smile alwes!!!

No comments: