Monday, January 19, 2009

Bersua Kembali Setelah Lama Menyepi


Salam untuk semua, setelah lama menyepi, kini buat kali pertama di tahun 2009 ini, aku kembali bersua di ruangan impian ini untuk berkongsi cerita bersama sesiapa sahaja. 2008 telah lama meninggalkan kita, jd moga2 impian anda itu telah terlaksana sudah, dan jikalau masih belum terlaksana, ayuh kengkawan ku semua kita mulakan perjalanan 2009 ini dengan penuh semangat dan harapan yang membara semoga rentetan itu pasti akan termakbul pada tahun ini. Sama seperti aku, 2008 banyak mengajar aku erti hidup yang penuh liku dan dugaan, namun kita sebagai hambaNya, haruslah redha menerima setiap ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Percayalah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, dan semestinya hikmah itu kita tidak ketahui samada ia menjelma awal ataupun lewat. Cuma, sebagai manusia biasa, kita haruslah sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk ke arah yang lebih baik daripada tahun2 yang sudah. Jadi masih belum terlambat rasanya sekiranya aku ingin mengucapkan kepada kalian semua 'selamat tahun baru dan semoga tahun ini memberi seribu rahmat buat anda' . Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, amin.

No comments: