Monday, January 19, 2009

Kuasa Tuhan, Ya Allah lindungi lah kami semua

Salam, pada hari Sabtu 10.01.2009 baru2 ni, aku dan cikgu Shah telah berkunjung ke rumah Pairul (MA klinik Betau), bertolak dari Lipis lebih kurang pukul 2.30pm dan sampai sana lebih kurang pukul 3.30pm, jauh jugak perjalanan dr Lipis-Betau ni, tapi dengan kereta sekejap jer jadinya, lepas sampai sana borak2 dan makan2, Pairul ajak kitorang melawat kawasan tempat tanah runtuh yang menghubungkan jalan Betau - Cameron. Yer la nak duk lepak lama2 kat Klinik Betau tu takder misi2 yang bor bor, so kitorang bergegas la ke tempat kejadian. Tanah runtuh ni telah berlaku dalam 3 hari yang lepas, so kitorang berlagak macam pegawai JKR la, konon2 turun padang la melihat kejadian yang berlaku, huhu hampes nya rasa. Actually jalan Betau - Cameron ini telah siap sepenuhnya dan boleh menuju ke Cameron dalam masa satu jam sahaja, lebih cepat la kalau sesape yang nak gi beli Strabery or sayur2 segar kat sana dan tak payah melalui Gua musang dan Lojing lagi, save sikit minyak keta, huhu. Setelah sampai sana, apa lagi, maka aku snap dan posing la mana2 tempat yang patut. Dalam keasyikan berposing itu, aku berfikir sejenak betapa besarnya kuasa Tuhan, inilah natijahnya jikalau tangisan alam tidak didengari, semua ini berlaku di atas kehendakNya. Semoga kita semua selamat dan dilindungi oleh Allah S.W.T selalu. 






No comments: