Tuesday, January 27, 2009

Manfaat lah waktu sihat anda

 Salam dan salam sejahtera untuk semua. Rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan 'selamat tahun baru cina' utk seluruh  penganut agama budha yg berada di Malaysia ini. Actually sempena cuti raya cina ni aku cuti 9 hari,wow lamanya mcm cuti pertengahan penggal la pulak, tapi pasni kena ganti la hari sabtu,huhu. Sudah 5 hari aku balik rumah tapi just duk melepak kat umah jer coz aku tak dapat nak kemana-mana dan malas rasanya nak kemana-mana. Ini kerana aku diserang demam selsema yang teramat teruk,huhu siannya. Inilah ujian drp Yang Maha Esa dan sebagai umatNya kena la tabah menghadapi dugaan ini. Biasa la, hidup di dunia ni ada waktu sihat dan ada waktu tak sihat, cuma apabila kita dikurniakan waktu sihat tu maka haruslah manfaatnya dengan sebaik mungkin dan apabila tiba waktu tak sihat tu maka kita kena la muhasabah diri kita di atas apa yang kita lakukan di kala waktu sihat. Actually masa kat titom lagi aku merasa semacam saja,badan terasa panas dan tekak jd sakit,itulah tanda2 nak demam. Then kuar hari jumaat stay kat kondo satu malam coz badan tak larat nak drive keta,kengkawan semua dah bertolak balik,huhu tinggal la aku sorang berkelana kat kondo tu. bertolak seawal pagi sabtu 24.01.2009 kul 8.00am dan sampai kat GM kul 10.30am,benti situ jap utk brekfes, tak leh drive laju coz keta berduyung2 dr Kl, huhu semua pakat nak laju jer, potong-memotong sesuka hati jer mentang2 keta besar,huhu hampes sungguh, tapi biarlah diorang yang penting aku bawak cool jer n safety first dan harus ingat akan kuarga yang menanti aku di kampung. Sampai Kb kul 1.30tghri then gi workshop jap baiki signal keta aku yang tak menyala. Actually dah hampir 2 bulan dan signal tu tak menyala dan aku pakai naik mcm tu jer,huhu, jangkaan aku pomen tu akan tukar satu lampu signal terus but tekaan aku meleset coz dia hanya kosek2 mcm tu jer n terus ok. Aku tanya tokey tu berapa kena byr but dia kata "tak payah la,benda kecik jer tu'. Syukur alhamdulillah kerana masih ada manusia yang pemurah mcm dia ni. Semoga kedai workshop dia ni akan terus maju.Tokey dia ni org melayu.hehe. Then aku terus ke klinik kuarga yg terletak kat Pdg tembak untuk merawat demam aku yang melarat nih. Tunggu dlm 15minit dan hulurkan duit sebanyak rm33.00 utk bayaran ubat then aku terus bertolak balik. Bayaran ubat kat klinik kuarga ni murah sikit that y ramai org yg pegi situ. Bagus la kalau dah maju macam tu,bayaran pun murah nnt semakin ramai org akan pegi. Sampai rumah terus buat apa2 yang patut,makan dan tido huhu, tapi sampai ke hari ini 27.01.2009 demam aku belum reda lagi.  Banyak projek2 dan pertemuan dgn kengkawan terpaksa aku 'cancelkan'.huhu.Apakah aku harus ke klinik lagi?

No comments: