Tuesday, January 20, 2009

Hari pertama persekolahan, huhu teruja sangat.

Salam, gambar ini merupakan hari pertama persekolahan iaitu 05.01.2009. Teruja sgt masa memula menghadiri perhimpunan ini, tapi hari pertama persekolahan biasanya murid ramai yang tak hadir, biasa la masih belum puas bercuti, huhu hampes sungguh. Tapi yang dtg pun ramai jugak. Mereka menunjukkan semangat ingin belajar di tahun baru. Actually masa perhimpunan ini diadakan, hujan sudah renyai2 turun ala ala salji di korea, huhu tapi kami tetap nak buat assembly kat sini jugak, bukan apa saja nak main hujan ala-ala salji. Dah lama tak merasa air bukit kat sini, mandi pagi td perghhhh sejuk yang teramat sgt, sejuk tahap gaban dan tak buleh nak diceritakan pada org, mcm mandi dengan ais batu. Walaupun sejuk namun mandi tetap mandi, kalau tak gak, takder beza la ngan kambing huhu. Bagi mereka yg penah berkhidmat disini mungkin buleh gambarkan apa yg coretkan ini hehe especially putra745 coz dia ex sk titom. Kepada cikgu2 Sk Titom 'selamat memulakan khidmat anda di tahun 2009' . Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas di sini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.



No comments: