
Hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan yang melanda....do the best!!!
Saturday, July 23, 2011
Friday, July 8, 2011
Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Pada tanggal 02 Julai 2011 baru-baru ini, semua sekolah di seluruh M'sia mengadakan larian serentak 1M 1S 1M'sia. Di sebabkan program ini, maka progam 'camping' yg sudah dirancang sekian lama oleh J/kuasa kerja SKMU terpaksa di batalkan. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan segalanya. Maka tepat jam 7.00 am lg, murid2 dan guru sudah berkumpul di dataran SKMU utk sesi pengagihan nombor peserta. Tidak seperti kelaziman program yg biasa dijalankan, kali ini aku tidak ditugaskan untuk ajk fotografi, jawatan itu diberi pd org lain, aku tak kisah, kalau tak amik jawatan tu senang la bg aku utk berlari bersama2 murid pd hari itu. Kali ini aku ditugaskan utk handle sesi pengagihan nombor2 pd para peserta. Maka di pagi yg hening itu, aku bersama beberapa guru yg lain sudah sibuk melaksanakan tugas yg diamanahkan. Setelah semuanya siap, maka murid2 pergi ke padang tuk sesi warming up yg dilakukan oleh cikgu Aju n Cikgu Izu. Semua antara kami melaksanakan tugas dgn penuh komited.
Murid-murid mengikut saja apayg dilakukan oleh guru-guru dihadapan mereka. Untuk program kali ini, sambutan amat menggalakkan.
Murid-murid perempuan juga tidak kurang ramainya.
Ini antara wajah-wajah anak-anak muridku, masih kecil dan ceria saja perwatakan mereka. Mereka ini adalah dr kelas 2C. Aku amat sayangkan mereka.
Tepat jam 7.45 am, para peserta dilepaskan oleh PK KO kami, GB kami takder pd hari itu kerna pergi melancong ke bandung bersama program yg telah dianjurkan oleh MGB, harap mereka selamat pergi dan pulang.
Setelah 500 meter berlari, sudah ada yg keletihan, maka ramai diantara mereka yg hanya berjalan kaki aja. Tapi takper lah, lg pun program ini bukan untuk pertandingan, jalan kaki pun ok jer. Kali ini aku berlari memandu arah dan murid2 tidak dibenarkan utk memotong aku, maka aku slow jog jer la. Waduh2, sampai 1KM, aku rasa cam dah habis gas, alamak mcm mana ni, actually aku dah lama tak lari or bersukan, dulu2 takper la coz ada la jugak stamina coz mlm2 aku playing badminton kat sek with somebody, tp skang ni dah lama break coz geng tak ramai. Maka pd hari itu, separuh mati la aku lari, bernyawa pun tak lepas. namun aku gagahi jua, rasa nak pitam pun ada. Budak2 ni sibuk duk nak potong aku, sekali aku jerkah sekali diorang undur sikit. Mau tidak, dah cikgu pun slow, diorang asyik nak laju jer. haha...Aku cakap, "nak laju buat apa, bukan dpt hadiah pun" ayat menyedap hati, pdahal aku dah nak krem.
Maka dgn jayanya, akhirnya aku sampai jua ke garisan penamat, masa tu hanya tuhan saja yg tau, tak cukup oksigen woooo...Kaki-kaki ku dah mula lenguh2 dan sakit. Dalam hati, mlm ni akan rasa2 la lenguh2 sendi, adoiiii....terpaksa la aku bertahan.
My loving pupils, mereka ni pantang aku hadapkan kamera, ada saja gaya2 posing2nya. Apa-apa pun, apa jua telatah mereka itu mampu membuatkan aku tersenyum.
Di atas ini pun gaya2 murid2 ku jua, dr kelas 2B, memang tough kelas ni, menguji kesabaran dan hati. Dalam kul 1.20 pm, kami semua bersurai, selepas melakukan aktiviti gotong-royong perdana. Kesimpulannya aktiviti larian serentak 1 M'sia ini telah dilakukan dgn jayanya dgn sokongan pelbagai pihak. Tahniah diucapkan pd mereka-mereka yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Terima kasih juga diucapkan pada pasukan polis dr balai Manek Urai kerana menjaga lalulintas pd hari itu dgn baik. Kerjasama anda semua amat kami hargai. Sekian.
Saturday, June 25, 2011
Terkejut Deng, ada org PPD dtg observe
Salam dari kejauhan, refer pd tajuk entry di atas, maka Karl Laksmana nak stret to the point lah, actually pg2 lagi schoolmate yg lain duk bising2 kata org ppd nak dtg ambush skmu today,alamak lupa, actually citer ni dah basi but aku nak entry jugak coz nak isi masa lapang aku dgn jari2 pena aku menari atas keyboard ni, kalau tak silap ppd dtg tu pd hari selasa tarikh 7 JUn 2011, emmm dlm hati aku berkata, 'tak dtg kot'..maybe just gimik jer, perghhhhh tgok2 muncul depan pintu pagar sekolah segerombolan pegawai ppd dtg diketuai En. Izalman, kalau tak silap aku ada lah dlm 6 org mereka dtg. Adus sudah la aku kali ni, dlm benak aku takder benda lain yg duk pikir, mesti diorang nak tgok Linus ni, by the way aku lah guru Linus thn 1A, alamak..lesson plan tak buat lg tuk hr ni...kelam kabut dibuatnya mcm kucing jatuh anak, tak gitu?Actually pegawai yg dtg ada beberapa bahagian, ada yg dtg chek linus, check bahagian KH, check bahagian kewangan dan beberapa lg. Tapi yg tak bestnya, dio dtg check dan observe aku, lallalala...sukanya aku.
Kelas Math 1A aku kul 10.20am, kul 9.00am kelas Math di thn 1C, sambil mengajar budak2 1C tu sempat la aku coretkan Leson Plan tuk hari ni, ala...copy yg semalam jer, lagipun memang dah jd kelaziman aku tuk kelas 1A tu aku selalu ajar benda yg sama coz budak2 ni takleh pegi laju2 sgt, nnt yg dikejar tak dpt yg dikendong keciciran. Nampaknya sangkaan aku tak meleset, 10.20am aku masuk kelas 1A, maka dtg lah bayang2 ppd dr arah bertentangan dan memang sah dio dtg nak observe aku, dlm hati...rileks..rileks..buat selamba jer. Ala nak takut apa, dio dtg nak buat keje dio, aku go on ngan keje aku jer la, kalau buat silap pun just tahan telinga jer, bukan dio leh pecat aku dr bekerja pun, hehe..ayat menyedap hati.
Selama sejam aku di observe, budak2 ni pun sporting jer ngan aku, aku tanya depa jawab, aku tanya depa jawab, but yg tak syok nya, hr tu aku just ngajar 'talk n chalk' jer...haha takder ABM, mana nak ada, sebelum2 ni pun aku tak penah buat, ni pulak masa kena observe, nak gi ngap kat mana bahan2 tu, so main hentam jer la...apa nak kisah, biarlah dio nak komen pun dah memang keje dio dtg nak komen, hehe..yg penting objektif aku pd hr itu tercapai iaitu budak2 leh ikut pengajaran aku. So, selepas itu kami pun berdiskusi la, apa lg...ada jugak dio puji aku coz dpt controll kelas dgn baik, suara lantang, nah amik kau..belum lg aku nyanyi, merdu siotttt...kalau teacher baca ni mesti menyampah ni sbb aku nak chalenge dio dlm pertandingan karoeke peringkat skmu, wah ada ker? hehe...., then dio komen la sbb aku tak guna ABM, dio kata nnt lenkali gunalah ABM coz benda tu leh membantu budak2 agar lebih faham. Emmmm aku mengangguk jer bagai setuju apa yg dikata, pastu dio komen buku 'lesson plan' aku..dio ckp aku tak tulis bahagian impak...haha...padan muka aku, memang sebelum2 ni aku tak penah tulis pun, ada la awal2 thn last year aku tulis, pastu dah boring tulis benda yg sama, so lepas tu aku abaikan jer la..dgn harapan takder org mari check, huh nasib badan.
Tapi aku ok jer, malah katanya, keseluruhan PnP aku hari tu OK. Alaaaa..aku tak kisah pun, dah itu memang tugas dio selaku pegawai Linus PPD, dah menjadi tgjwb dio dtg menyelia guru2 linus, so apa yg tak betul harus diperbetulkan lah, then aku sebagai guru yg profesional, amboi profesional ker.. harus lah terima dgn hati dan dada yg terbuka, jgn buka baju sudah la, nnt ada logo S, mcm faizal tahir, hahahah....apa2 pun thanks la pd org ppd tu coz berjaya mengobserve aku, ni baru org ppd dtg observe, masa aku ngajar kat pahang dulu, penah nazir KPM dtg observe aku, tu lagi tinggi pangkatnya, kalau nak ikut lg byk yg dio komen kat aku, tp tu cerita lama, buang yg keruh ambil yg jernih. Harap itu semua tak melemahkan semangat kita as a Teacher, malah kuatkan semangat dan bulatkan tekad utk membantu anak didik kita agar sentiasa maju dan berjaya dlm pelajaran, itu janji aku sebagai pendidik.
Friday, June 10, 2011
Demam Piala FA, Kelate vs Tganu 11 Jun 2011

Salam utk semua, pertaruhan setiap jurulatih bakal terjawab mlm esok apabila skuad Gomo Klate Gomo dan Peteh Tganu Peteh bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil pd mlm esok jam 8.45pm. Seperti tahun yang sudah-sudah biasanya aku pun tak akan melepaskan peluang utk menyesakkan stadium bkt jalil tersebut namun pd game kali ini aku bisa menyaksikan di kaca tv sahaja, bukan apa actually malas nak pikir coz keesokkan harinya sudah bekerja, actually mls nak amik cuti CRK. Namun harapan besar aku adalah semoga pasukan kesayangan negeri Cik Siti Wan Kembang ini akan membawa pulang piala berprestij itu ke bumi Serambi Mekah ini utk peminat-peminat setia TRW. Kepada para penyokong yg sudah berpusu-pusu ke ibu kota KL, diharap dpt menjaga tingkah laku dan di harap tiada pertelingkahan yg berlaku di antara kedua-dua penyokong. Semoga dpt menjaga keselamatan di jalan raya dan semoga selamat pergi dan selamat pulang. Kalau aku masih bekerja di Pahang, harus aku pergi tgok ni, maklum la bukan senang Pasukan Kelate nak beraksi di Stadium Bukit Jalil. Dua tahun lepas iaitu thn 2009, utk kejohanan piala yg sama, Klate di kecewakan oleh pasukan Selangor dan masa itu para penyokong Klate pulang dgn hampa. Di harap saat getir itu tidak berulang lg pd kali ini dan semoga skuad TRW dpt menumpaskan pasukan Sang Penyu yg masih derita dgn aksi di Liga Super baru2 ini dgn kekalahan yg mengejutkan iaitu dgn jaringan 3-0. Apa2 pun, gudlak tuk pasukan The Red Warriors.
Wednesday, June 8, 2011
Singgah Sahur
Salam, sambil menunggu foto yg dicuci di kedai Azam Foto Digital, aku naik ke Parkson jap, woooww ada sale la...sehingga 70% diskaunnya...selepas aku membelek2 seluar slack kesukaanku, namun saiz nya pulak tiada, adus rugi bangat, bukan senang nak dptkan seluar slack John Master yg harganya below RM50. Tp takper la...mungkin lain kali lah aku beli. huhu..Then after pusing, perut terasa lapar la pulak, then memikir...nak mkn apa eks....terus pandang fast food. Kat area ni ada A&W, McD dan jauh sikit ada KfC, pikir punya pikir makan McD adalah pilihanku kerana sudah lama aku mengidamkannya, adus syoknya dpt mkn Mcd.
Dalam McD tu ada beberapa org Mat Salleh, masa tu aku sorang jer melayu, ahaha...so apa lg, aku ni jenis suka bersembang dgn omputih, ahaks...maka aku tanya la beberapa soalan mudah dgn Mat Salleh tu, hehe..takleh tanya banyak2 nnt omputih tu tak faham apa yg aku tanya coz my english is broken, hehe biasa la..aku tak reti sgt kecek omputih ni, saja jer buat2 pandai...kalau baca sifir tu aku tau kla coz aku guru math, ahaks.
Actually tajuk entry tu takder kena mengena pun, hehe..saja jer buat gimik, i'm sorry
Tuesday, June 7, 2011
Lubuk Pencinta Seni di Pulau Kundur
Salam, actually benda ni tak dirancang pun, aku ada janji dgn my fren a.k.a Cikgu Shukri tuk lepak2 minum jer, tp tak sangka la pulak aku akan sampai ke Pulau Kundur. Actually my fren ni seorang guru PSV di sekolahnya. Dia selalu menyertai pameran lukisan di Kuala Lumpur dgn bermacam-macam hasil lukisannya, dio juga ada menyertai persatuan seni lukis di Kelate. Then selepas borak2, ada la dtg kawan kepada my fren ni, so diorang pun berajak la utk buat lukisan outdoor di Pulau Kundur. Dalam benak fikiran ku, penah dgr nama Pulau Kundur ni, tp di mana yer, huhu...aku pun dgn tidak berkata byk terus bersetuju utk mengikut diorang w/pun aku ni bukan seorang pelukis.
Dalam 20-30 minit perjalanan, maka sampai lah kami ke Pulau Kundur, ala...kat sini rupanya, Pulau Kundur ini terletak di perkampungan PCB, atau lebih tepat masuk selekoh Kedai Buluh. Sampai di sana, kami pusing2 kenderaan mencari pot yg paling sesuai utk dibuat outdoor. Actually aku tak tahu menahu sgt pasal ni, dgr diorang sembang2 pun aku takleh menjampuk sgt, maklum la aku ni tak reti melukis.
Hasil lukisan ini adalah merujuk kepada gambar yg teratas td. Ini adalah lukisan lanskap yg dihasilkan dgn menggunakan water colour dan bukannya cat minyak.
Lukisan hampir siap, kalau diframekan, lukisan ini boleh mencecah ratusan ringgit. Nilai ini semua adalah bg mereka2 yg meminati seni lukis kerana sesebuah lukisan itu boleh menyentuh hati dan jiwa seseorang. Bagi mereka yang tidak minat akan seni lukis, mesti akan mengatakan 'apa ke benda lukisan mcm ni pun bernilai ratusan ringgit' hahaha...so tepuk dada tanya selera dan hobi adalah masing2 so jgn mudah melatah ok.
Lebih kurang pukul 12.30 tgh hari, kami bertolak pulang, mungkin bg aku...sesuatu pengalaman yg amat berharga w/pun aku bukan jiwa seni. Sesungguhnya satu pengalaman baru bg aku adalah mengenai Pulau Kundur itu yg mana ianya mempunyai sejarah keunikan yg tersendiri dgn rata2 penduduk di situ adalah dr golongan yg sederhana memandangkan rumah2 mereka yg usang dan lama serta bumbung rumah pun masih beratapkan zink yg usang membuatkan pengiat seni ingin mencari sesuatu yg asli dlm lukisan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)