Tuesday, June 7, 2011

Lubuk Pencinta Seni di Pulau Kundur

Salam, actually benda ni tak dirancang pun, aku ada janji dgn my fren a.k.a Cikgu Shukri tuk lepak2 minum jer, tp tak sangka la pulak aku akan sampai ke Pulau Kundur. Actually my fren ni seorang guru PSV di sekolahnya. Dia selalu menyertai pameran lukisan di Kuala Lumpur dgn bermacam-macam hasil lukisannya, dio juga ada menyertai persatuan seni lukis di Kelate. Then selepas borak2, ada la dtg kawan kepada my fren ni, so diorang pun berajak la utk buat lukisan outdoor di Pulau Kundur. Dalam benak fikiran ku, penah dgr nama Pulau Kundur ni, tp di mana yer, huhu...aku pun dgn tidak berkata byk terus bersetuju utk mengikut diorang w/pun aku ni bukan seorang pelukis.

Dalam 20-30 minit perjalanan, maka sampai lah kami ke Pulau Kundur, ala...kat sini rupanya, Pulau Kundur ini terletak di perkampungan PCB, atau lebih tepat masuk selekoh Kedai Buluh. Sampai di sana, kami pusing2 kenderaan mencari pot yg paling sesuai utk dibuat outdoor. Actually aku tak tahu menahu sgt pasal ni, dgr diorang sembang2 pun aku takleh menjampuk sgt, maklum la aku ni tak reti melukis.

Hasil lukisan ini adalah merujuk kepada gambar yg teratas td. Ini adalah lukisan lanskap yg dihasilkan dgn menggunakan water colour dan bukannya cat minyak.


Lukisan hampir siap, kalau diframekan, lukisan ini boleh mencecah ratusan ringgit. Nilai ini semua adalah bg mereka2 yg meminati seni lukis kerana sesebuah lukisan itu boleh menyentuh hati dan jiwa seseorang. Bagi mereka yang tidak minat akan seni lukis, mesti akan mengatakan 'apa ke benda lukisan mcm ni pun bernilai ratusan ringgit' hahaha...so tepuk dada tanya selera dan hobi adalah masing2 so jgn mudah melatah ok.


Lebih kurang pukul 12.30 tgh hari, kami bertolak pulang, mungkin bg aku...sesuatu pengalaman yg amat berharga w/pun aku bukan jiwa seni. Sesungguhnya satu pengalaman baru bg aku adalah mengenai Pulau Kundur itu yg mana ianya mempunyai sejarah keunikan yg tersendiri dgn rata2 penduduk di situ adalah dr golongan yg sederhana memandangkan rumah2 mereka yg usang dan lama serta bumbung rumah pun masih beratapkan zink yg usang membuatkan pengiat seni ingin mencari sesuatu yg asli dlm lukisan mereka.


2 comments:

jay said...

Memang berbakat besar la Encik Pelukis tu...
I loooovvveeee.....

Karl Laksamana said...

aa aa teacher, dio tu kwn saya, dio meme berbakat besar, selain drpda melukis, dio juga buleh menconteng batik, ore seni la katakan,hehe