Friday, June 10, 2011

Demam Piala FA, Kelate vs Tganu 11 Jun 2011

Salam utk semua, pertaruhan setiap jurulatih bakal terjawab mlm esok apabila skuad Gomo Klate Gomo dan Peteh Tganu Peteh bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil pd mlm esok jam 8.45pm. Seperti tahun yang sudah-sudah biasanya aku pun tak akan melepaskan peluang utk menyesakkan stadium bkt jalil tersebut namun pd game kali ini aku bisa menyaksikan di kaca tv sahaja, bukan apa actually malas nak pikir coz keesokkan harinya sudah bekerja, actually mls nak amik cuti CRK. Namun harapan besar aku adalah semoga pasukan kesayangan negeri Cik Siti Wan Kembang ini akan membawa pulang piala berprestij itu ke bumi Serambi Mekah ini utk peminat-peminat setia TRW. Kepada para penyokong yg sudah berpusu-pusu ke ibu kota KL, diharap dpt menjaga tingkah laku dan di harap tiada pertelingkahan yg berlaku di antara kedua-dua penyokong. Semoga dpt menjaga keselamatan di jalan raya dan semoga selamat pergi dan selamat pulang. Kalau aku masih bekerja di Pahang, harus aku pergi tgok ni, maklum la bukan senang Pasukan Kelate nak beraksi di Stadium Bukit Jalil. Dua tahun lepas iaitu thn 2009, utk kejohanan piala yg sama, Klate di kecewakan oleh pasukan Selangor dan masa itu para penyokong Klate pulang dgn hampa. Di harap saat getir itu tidak berulang lg pd kali ini dan semoga skuad TRW dpt menumpaskan pasukan Sang Penyu yg masih derita dgn aksi di Liga Super baru2 ini dgn kekalahan yg mengejutkan iaitu dgn jaringan 3-0. Apa2 pun, gudlak tuk pasukan The Red Warriors.

2 comments:

jay said...

Klate mene 2-0, insyaallah...!!
Ni mak nak bomoh dah ni...
;p

Karl Laksamana said...

elok la tu mak, bomoh elok2, jgn terbomoh benda lain udah lerrr, hihi