Monday, June 6, 2011

Rombongan ke Teluk Intan

Salam utk semua, setelah selesai majlis di rumah pengantin perempuan, kini tibalah masanya utk kami anak beranak berangkat pergi ke majlis menyambut menantu di Teluk Intan Perak. Maka pd tarikh 3 Jun 2011, tepat pukul 9.00 pagi waktu Malaysia, enjin bas Scania JKR Kelantan di hidupkan dan terus bertolak. Rombongan adalah terdiri daripada kaum keluarga belah mak saudara dan pak saudara aku. Perjalanan agak jauh dan memakan masa +- 9 jam campur berhenti masjid sembahyang, mkn tghari, benti buang air dan mcm2 karenah lagi. Sampai di sana kami ditempatkan di rumah guest house yg sememangnya pihak pengantin lelaki dah tempah utk rombongan kami. Rombongan kami boleh la diibaratkan rombongan Mak Cik Kiah ke negeri Perak, termasuk dgn yg berkereta, rombongan kami adalah lebih kurang 70 org ramainya. Setelah semuanya siap utk bertolak ke rumah pengantin lelaki pd 4 Jun 2011, kami bertolak ke kg beliau lebih kurang pukul 12.00 tgh hari. Ketibaan kami disambut dgn paluan kompang. Maaf coz tak sempat snap gambar pemain kompang. Ynag uniknya di sini, pemain-pemain kompang adalah terdiri daripada makcik-makcik yg rata-rata sudah berusia lewat 40an. Memang semangat mereka memalu kompang tersebut. Aku mendengarnya memang amat teruja.

Setelah selesai makan beradab, tibalah pula untuk acara memotong kek.

Aku dan my kazen tak peduli tentang apa yg berlaku di sekeliling, kami melantak jer sehabis banyak, nah amik kau..actually menu utk para rombongan adalah berbeza dgn menu para tetamu diorang. Kami dihidangkan dgn pelbagai jenis juadah, contohnya ikan siakap 3 rasa, ayam golek dan mcm2 lagi, tak larat la aku nak sebut menu2 tu coz tak tau nama masakan tu. habis semunya kami bedal, mesti org kg situ kata dlm hati 'kuatnya org2 kelate ni makan'...aduiii apa nak kisah, lepas ni bukannya nak dtg lg pun umah diorang, just sekali tu jer maybe kami sampai...hahaha.

Kami dihidangan dgn air tebu serta air cendul pd hari itu, sungguh menyelerakan sungguh di tambah lg dgn cuaca yg amat panas terik. Aku n ky kazen berjag-jag air mintak jukako mereka menambah air kami, maklum la dtg sejag terus habis, dtg sejag terus habis...air tebu beb, bukan selalu leh dpt minum kat majlis kenduri.hehe...mungkin si ayah pengantin lelaki tu ada ladang tebu kot coz air tebu tu siap di mesin masa tu juga dan kami minum air yg teramat fresh. Actually kawasan kampung mereka kiri kanan depan belakang adalah ditutupi hutan kelapa sawit. Boleh dikatakan mcm perkampungan kat Jengka la, tp sini bukan felda dan rumahnya agak jarang2 baru ada sebuah. Sepanjang perjalanan utk sampai dr teluk intan ke rumah pengantin tu memang diliputi dgn kelapa sawit, tak nampak la pulak ladang tebu, hahhaa adoii..

Siap makan, kami anak beranak apa lg, posing sakan la, semua mereka2 ni adalah my kazen
Yang pakai spek mata dua org ni adalah my kazen, azim & azran namanya, diorang ni kembar. Mereka lah yang mengamatkan suasana dgn telatah lucu mereka.

Bergambar sejenak dgn Raja sehari, pengantin perempuan tu la my kazen, dio skang ni sedang mengajar di kuala selangor then hubby dio tu sedang mengajar di sarawak. So lepas ni berjauhan la buat sementara. Dio kata hujung tahun ni nak mintak tukar kelik semenanjung M'sia, harap2 dpt la dan semoga dpt duduk bersama dgn isteri tersayang.

Habis jer majlis kami terus bertolak pulang, lebih kurang kul 3.30 petang kami bertolak dr tempat kenduri itu, then kami singgah makan bekalan yg dibekalkan oleh tuan punya majlis itu di Perhentian perah kat Grik, lepas sembahyang dan buat apa2 yg patut bas kami meneruskan perjalanan dan akhirnya kami sampai ke Kota Bharu lebih kurang pukul 1.00 pgi pd 5 hb Jun. Begitulah serba sedikit coretan aku dgn rombongan mak cik Kiah ke teluk intan ini. W/pun letih namun kami semua happy2 belaka.

2 comments:

jay said...

Bestnyer, makan gulai hingga ke Teluk Intan...

Agaknya bila la gamaknya orang2 dalam gambar tu nak berarak makan gulai U plak...?? ;p

Sapo dlm gambar tu? Comel2 blaka.. posing pun rapat2 dgn U napok..
eceh...
Ada ke patut tak eksplen sket pun pasal gambar2 tuh. Tak puah ati ni...

Karl Laksamana said...

sory teacher, tak sempat nak story mory lagi, bz bangat nih, tak cukup tanah nak pegi, hehe..actually gambar2 tu semua adalah my kazen, ala yg rombongan tu just sanak saudara sepupu sepapat jer belaka, so semuanya very close la ngan i, anywes thanks 4 da coment, nnt i terapkan penceritaan di samping gmbr2 itu, hehe