Thursday, March 17, 2011

SKMU tempat ke 4 dlm kejohanan bola sepak 9 sebelah PPD K.Krai

Salam kembali, pada 10.03.2011, aku terlibat tuk membawa anak2 muridku tuk meneruskan pusingan kedua kejohanan bola sepak 9 sebelah di SK pahi, yg mana pd pusingan pertama SKMU berjaya menewaskan sk kg tengah dgn jaringan 1-0 dan menewaskan Sk Lela Jasa dgn jaringan 3-0. Ini semua adalah latihan mantap yg ditunjukkan oleh Coach kami iaitu Sir Suhadi.

Untuk pusingan kedua ini sekolah kami berjaya menewaskan sk sg sok dgn jaringan 1-0 dan sk seri mahligai juga dgn jaringan yg sama iaitu 1-o sekaligus berjaya layak ke separuh akhir dan merupakan 4 pasukan terbaik dlm daerah Kuala Krai. Sasaran awal sudah tercapai iaitu menempatkan antara 4 pasukan terbaik dlm PPD.

Namun dalam perlawanan separuh akhir pasukan skmu tewas kepada pasukan yg agak kuat iaitu sk bedal dgn jaringan 3-0 dan nasib malang juga bg penentuan tempat k3 dan ke4 yg mana skmu turut tewas kepada sk sg pas dgn jaringan 0-1. W/bagaimana pun, kami guru2 skmu tetap berbangga dengan pencapaian skuad bola sepak SKMU. Teruskan perjuangan anda di tahun2 yg mendatang.

Wednesday, March 16, 2011

Salam Kembali 2011

Salam dan semoga kalian sihat selalu, sudah lama aku tak menjengah cebisan hatiku ini, kalau jengah pun just melihat story2 lama dan gambar2 lama jer, tanpa diusik aku terus berlalu. Namun mlm ini, terdetik di hati ini utk berblog kembali. Maka pd mlm ini 16 Mac 2011, merupakan entry pertama ku di thn 2011, but apa nak kisah...ini blog aku, takder saper yg kisah pun kan, huhu...Aku tak tau nak coretkan apa w/pun terlampau byk la jugak benda yg ingin ku story mory tuk kalian, namun masih tidak rasa ghairah lg tuk aku berbicara. Actually badan masih terasa penat coz baru kelik dr Rtau Pjg. Kul 11am turun dr umah, kul 7pm baru sampai umah, huhu...itu la aku, sekali sekala kuar sampai tak ingat umah nak kelik. Kdg2 kalau tak kuar, sampai 2,3 hari tak kuar, tp kalau dah kuar terus tak tau nak pulang...apa2 pun hidup mesti la bebas tanpa dibelenggu oleh org lain yg penting tau jaga diri dan adab ketimuran sebagai org melayu dan islam. Dek kerana cuti sekolah, maka teramatlah ramai org kat Rtau Pjg td, namun aku sempat membeli sehelai suar jean, 2 helai suar track, 2 helai suar track tiga suku (melepasi lutut), sehelai jersi dan sehelai t-shirt. Jarang2 sekali dtg terus aku borong berhelai, kalau ikutkan kehendak hati, pantang tgok itu ini ada saja yg aku berkenan, tp aku kena ingat...poket dah kering ni, gj bulan ni lambat lg, hehe...so aku menyabarkan diri sendiri dan membataskan kehendak aku utk terus bershoping. Actually aku pegi ber3 dgn kwnku yg mahu membeli jersey, tp nampaknya dio tak beli apa2 dan aku pulak yg terlebih sudah. Adus...itulah penangan kalau berkunjung ke Rtau Pjg, mesti kering poket kalau ikut kehendak hati, namun sebagai pesanan aku, belanja la secara berhemat, ikut hati pokai..ikut rasa boleh aja..namun yg penting check dulu wallet kito ada duit byk mana, hahhaa...anywes setakat ini saja celoteh ku mlm ini...tunggu kemunculan entry kedua ku tuk thn ini. semestinya ada byk perkara yg ingin ku ceritakan. Sekian dan slm sejahtera.

Friday, November 5, 2010

Cameron Helen, 2 days 1 Nite















Hujan Oh Hujan !!!

Slm tuk semua, jam sudah menunjukkan kul 12.55am, mlm ni tak terasa mengantuk la pulak, actually aku baru balik dr pekena satay bachok ngan member sekampung kul 9 to 10.30 td, best juga coz lama dah tak mkn satey kat situ. Skang ni kat kelantan musim sejuk dah mula melanda, ala ala winter sonata gitu, hehe...actually musim tengkujuh dah hampir tiba. Skang ni pun, kedengaran air hujan mencurah2 turun dr bumbung rumahku, bunyinya agak deras menandakan hujan agak lebat la jugak. Sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu di page ini, bukan apa...skang ni mood blog dah kurang coz mood FB sedang hangat melanda rakyat M'sia, hehe...1M'sia la katakan. Namun begitu..blog Karl Laksamana ini tak akan aku kuburkan, akan ku hidupkannya jua walau dengan sepotong ayat. Bukan apa, esok2 lusa bila dah tua, leh la baca kisah2 menarik yg aku paparkan dlm ini, masa tu tersengeh la sorang2 baca satu demi satu kisah yg berlaku di zaman muda2 dahulu, kenak? hehe itu bahasa org asli....maknanya 'betul tak'...hehe. Pg esok, aku dan kwn sekampung dah plan nak gi mkn nasi belauk aym kg, woooo best woooo, that is my favorate, lauk serati pun aku minat, apatah lg ikan keli, ahaks sedap sgt. ANywes.....dah lengoh dah jari jemari ni duk menari atas keybod ni, apa2pun...ada masa aku nukilkan lagi kisah2 menarik kat sini, slm tuk semua dan 1M'sia tuk anda semua. emmm keputusan terkini tuk PRK di N45 dun Galas, Calon BN yg menang, syabas dan tahniah diucapkan. Bye

Saturday, June 12, 2010

Friday, April 2, 2010

Aku Dalam Dilema...

Salam untuk semua, semoga kengkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Kelmarin hari Khamis aku menghadirkan diri tuk mendengar taklimat e-Gtukar tuk pertukaran bulan Jun. Actually aku saja2 jer gi dengar taklimat tu just tuk mengisi masa lapang tu yg kebetulan aku pada masa tu tiada waktu PnP. Ramai yang memberi kiasan padaku dengan berkata "aii...takkan mengajar 3 bulan kat sini dah nak pohon tukar" hehe, itu adalah antara joke yang dilemparkan padaku. Aku hanya mampu tersenyum sebab aku hanya dtg tuk mendengar sahaja taklimat yang diberi oleh Cikgu Suhadi itu (guru data SKMU). Alaaaa... bukan aku saja yang terkena kiasan itu, cikgu Ajudin pun terkena sama, hahaha, cikgu Ajudin lagi la....baru dtg pertengahan bulan Januari baru ni dan masih menebalkan muka juga dtg mendengar taklimat tu....hahaha, walau apa2 pun, kiasan diorang tu hanyalah bersifat tuk suka2 sahaja dan tidak bermaksud menyindir ataupun iri hati, hehe. Apa org kata, kalau takder joke maka tidak meriah la suasana itu, hehe actually semua cikgu SKMU adalah spoting dan hebat a.k.a bagus2 belaka, kahkahkah skang dah masuk bab puji memuji, hihi.


E-Gtukar ini mula dibuka pada 01 April 2010 dan akan ditutup pada 15 April 2010, so masih ada banyak masa tuk berfikir dan berfikir tuk mengisi dan membuat penilaian tentang sekolah2 yang memerlukan guru dinegeri Kelantan ini. Mereka yang mendengar taklimat e-Gtukar ini ada dlm 10 org semuanya dan mereka ini adalah dr kalangan bukan anak jati Kuala Krai, so that y ingin memohon tuk pertukaran kali ini. Dan aku sedia maklum, tuk pertukaran Jun ini adalah tuk kes2 terpencil sahaja yang berjaya, pendek kata kalau saja2 nak isi tu, alamatnya percentage tuk dpt tu amat kecil sekali, hehe. Setelah berfikir dan berfikir aku jugak rasa terpanggil tuk mengisi e-Gtukar kali ini, bukan kerana aku tidak suka akan SKMU tetapi aku rasa kenkangan faktor jauh dan kewangan yang membuatkan aku terasa tuk mencuba nasib kali ini. Ye la, isi e-gtukar ni bukan kena bayar pun, hehe. Ada rezki dapat, kalau takder rezki tak apa, cuba lagi lenkali ataupun ujung thn nnt.


Taapi aku perlu pikir masak2 adakah tindakan aku ni betul, dan atas alasan apa yang patut aku penuhi di ruangan "sebab bertukar" itu. Apa2 pun aku masih ada 13 haari lagi tuk mengisi borang tersebut dan submit ke pihak kementerian. Aku harap aku akan membuat keputusan yang betul nnt kerana aku tau daerah yang bakal aku pilih ini adalah daerah yang sukar 'masuk' oleh guru2 yang baru bertukar ke Kelantan. Namun aku sedar dan tahu bahawa "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" hehe. Anywes semoga jumpa di lain hari nnt dan semoga aku dpt membuat keputusan yang betul dan tepat. Kepada kawan2 bloggers, selamat maju jaya diucapkan.