Friday, March 26, 2010

Pelancaran Kempen AADK peringkat sekolah


Guru Besar SKMU merasmikan pelancaran kempen AADK peringkat sekolah yang telah diadakan pada hari khamis 25 Mac 2010, murid2 mendengarnya dengan penuh kusyuk sekali, mau tak nya, 6 org guru yang garang2 ditugaskan tuk mengawal tingkah lau murid2 kali ini agar tidak bising, hehe. Tapi biasa la budak2, kalau tak bising tu bukan budak2 namanya, apa2 pun murid2 skmu memang best, harap korang berjaya di suatu hari nnt, cikgu sentiasakan mendoakan yg terbaik tuk korang semua, amin.


Persembahan oleh murid2 skmu selepas sahaja selesai ceramah kempen AADK.


Ini pula gelagat murid tahun 6. Dia bertanya pada ku, "cikgu, nak lukis apa eks"? aku ckp,"lukis je la apa2 pun, janji awwak lukis" hehehe amik kau, padahal tema tuk poster ni adalah kempen anti dadah, dah nak kulis pun tak reti, so aku ckp lukis jer la rimau ke kambing ker, janji jgn tinggal kosong, hehe, tp acttually aku joke jer dgn diorang, alhamdulillah, setelah diperiksa, poster2 yang di lukis adalah berkonsepkan tema antti dadah,hehe.


Masing2 dengan cara yg tersendiri tuk menghasilkan lukisan yang tercantik. Lucu sungguh budak2 ni bila dipikirkan sekali. Namun ia memberi seribu kegembiraan buat ku kerana belum merasai saat2 kemeriahan sebegini. Terima kasih skmu kerana menerima aku tuk berkhidmat di sini. Akan ku cuba tuk memberi komitment yg sebaik mungkin, insyaAllah.


Inilah hasil lukisan murid2 SKMU, setelah berpenat lelah hampir sejam, maka masing2 ingin menunjukkan siapa yg menjadijohan dlm pertandingan melukis poster kempen AADK peringkat skmu. Secara keseluruhannya, majlis ini simple dan seronok, segalanya berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh guru amat baik sekali. Teruja aku dengan gandingan guru2 di sini bila melakukan sesuatu kerja, jikalau di sekolah lama aku terdedah dengan semangat kerjasama yg agak akrab, namum di sini semangat kerjasamanya lebih mematangkan aku dlm melaksanakan tgjwb ini, apa2 pun, do the best ok!!!

No comments: