Tuesday, August 28, 2007

Selamat Hari Guru 2007

Assalamualaikum semua..sesungguhnya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "selamat hari guru" pada semua guru di Malaysia dan semsetinya teristimewa buat semua guru di SK Titom. Seperti sekolah-sekolah lain di luar, kami pun tidak ketiggalan untuk menyambut hari yg penuh bersejarah buat warga pendidik itu, sambutan ini dilakukan dalam bulan 7 hari tu, cuma coretan aku ni jer yg agak terlewat..emmm biasa la...aku coret cerita2 ni time ada mood and masa free jer...hehehehe....walaupun sambutan ini sederhana , namum ia mampu membuat kami tertawa meniti aktiviti-aktiviti yg disediakan oleh pihak penganjur.




Sambutan dimulakan dengan penerangan oleh pengerusi sambutan hari guru 2007




Seterusnya acara diteruskan dengan perlawanan bola sepak guru vs murid-murid, guru hanya seramai 8 pemain manakala murid-murid 15 org pemain, keputusannya 3-3, syabas diucapkan pada semua, tak kering gusi melihat gelagat para guru menendang bola...apa taknya...sampai ada yg terjatuh menendang bola..konon2nya nak mengelecek murid2...tapi naaahhhh...sekali bola singgah kat kaki cikgu...sedozen murid datang mengepong cikgu...mati idea cikgu nak menyepak bola tu..apa2 pun inilah kemeriahan sambutan hari guru sk titom tahun ini.




Sambil2 acara lain sedang berlangsung, cikgu2 yg ringan tulang sedang sibuk menyiapkan menu untuk murid...inilah keunikan kami di sini..semuanya cikgu yg serve...syabas di ucapkan pada cikgu-cikgu sk titom.




Semua perasa dimasukkan dengan sebaik mungkin...walaupun mungkin kami tak semahir mana memasak..namun ia mampu memberi kepuasan pada kami sewaktu menyediakan menu ini.





Acara di teruskan dengan pertandingan karaoke, setiap cikgu wajib memilih sebuah lagu untuk diperdengarkan kepada murid-murid, murid-murid akan menjadi juri dengan memilih lagu mana yg mereka suka..pemenang pertandingan ini dikira berdasarkan undi yg terbanyak walaupun lagu yg disampaikan tidak lah sesedap mana...yg penting murid suka pada lagu tersebut...hahahaha



Selepas pertandingan karaoke...cikgu2 diberi tugas untuk menghias murid pilihan mereka untuk menjadi Raja ataupun Ratu dengan bermotifkan suratkhabar lama..tengok saja la Raja suratkhabar rekaan aku dengan cikgu shah....boleh la tahan..kreatif jugak kami ni kan..!!



Yang ini lagi hebat...samurai dari planet mana ni...ini adalah Raja suratkhabar hasil rekaan cikgu matnor dan cikgu Salimi


Yang ini paling lawak...Raja bertopengkan muka org lain...kreatif juga cikgu shahril dan cikgu Fitri.


Sebelum sambutan hari guru ni..kami ada buat Anugerah Guru Popular yg di pilih sendiri oleh murid...murid-murid akan diberi borang dan mereka akan menanda cikgu-cikgu mana yg diorang suka...hasilnya inilah guru popular pada tahun 2007 ini...tahun ni aku dapat naib juara jer..kira ada peningkatan dari tahun lepas...tahun lepas aku dapat no.5...kira tahun ni ramailah yang suka akan aku...terima kasih murid-murid sekalian...yang penting aku dapat mengalahkan cikgu shahril yang koya best tu....nasib baik cikgu salimi tak menang...kalau dia menang..setahun duk heboh lagi pasal dia menang tu..hampeh betul cikgu salimi...hehehehe


Selesai semua kami mengagihkan bihun sup yang cikgu-cikgu sediakan pagi tadi...sian diorang ..penat2 undi kami..so kena la bagi habuan sikit...heheheh




Akhir sekali, diorang menjamu selera dan selepas itu majlis bersurai. Walaupun majlis atau sambutan tahun ini agak ringkas, tapi ia telah memberi seribu makna yang amat berharga buat kami guru-guru sk titom. Terima kasih pada semua yang telah menjayakan sambutan ini.

3 comments:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

Selamat Hari Guru 2007. (belated)

zend 2250 said...

pembetulan buat karl tahun lepas kedudukan guru popular adalah
1 gpk hem
2 gpk kurikulum
3 cikgu pra

harap betulkan fakta anda.

Karl Laksamana said...

Sory...kenyataan td tu mungkin terlepas pandang...anywes thanks a lots coz bgtau pembetulan tersebut..wakakakaka