Wednesday, July 11, 2007

Segalanya Bermula Di Sini.....? Di mana tu....

Maka tersebutlah satu kisah bahawa aku ditempatkan di salah sebuah sekolah pedalaman di daerah lipis....seperti tak percaya bahawa ditempatkan di sekolah begini..namun tetap bersyukur kerana masih jua diberi tempat oleh KPM...jika diikutkan masih ada lagi insan2 lain yg masih belum ditempatkan walaupun sudah bergraduat....apa2 pun....terima saja dengan hati terbuka kerana sesungguhnya semua itu telah ditetapkan olehNya....yang penting hidup mesti diteruskan walau apa jua yg berlaku...kerana segalanya harus dihadapi dengan senyuman...!!!!kan???


Inilah panorama sekolah yg aku maksudkan itu....memang di sudut hati masih tak percaya bahawa walaupun nun jauh dipedalaman..tapi ada juga sekolah yg tersergam gah macam ni...mulai detik itu...maka tersingkap la segala memori suka duka ku di sekolah ini....


 

 

Di sekelilingnya penuh ditumbuhi hutan belantara yg mana hutan tersebut bersambung dengan banjaran titiwangsa....walaupun nun juah di pedalaman..tapi boleh la tahan dari segi infrastruktur dan kemudahannya...namun begitu...bekalan air adalah menggunakan air bukit dan waktu malam pula menggunakan kuasa solar......

  



Inilah Sk Titom...namanya mungkin semegah bendera2 yg berkibar di atas itu...segalanya keranamu la aku bertapak di sini...wakakakaka....jumpa lagi di coretan yang lain....hidup biar bermakna dan harus ada hala tuju..!!

No comments: