Saturday, May 14, 2011

Happy Mother's Day

Salam kejauhan dari ku, setelah sekian lama aku menyepi, bukan kerana apa cuma tiada semangat dan mood blogger kurang menebal, namun setelah munculnya tarikh keramat iaitu 8hb Mei adalah merupakan hari ibu bg kaum2 hawa di dunia. Jadi w/pun aku sudah sekian lama tidak menggunakan perkataan ibu/mama/umi di rumah namun aku tetap ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua kaum2 ibu di Malaysia. Sudah 3 thn ibu meninggalkan aku, namun seakan terasa seperti semalam ibu berada di sisi ku. Terus terang aku nyatakan bahawa hidupku di saat ini amat-amat kosong, namun aku gagahi jua tuk meneruskan kehidupan ini demi kuarga tercinta. Ku tahu bahawa nun jauh di alam sana, ibu tetap memerhati aku. Sesungguhnya aku belum puas merasa kasih sayang seorang ibu dan aku belum puas membalas jasa ibuku yg bertungkus lumus memastikan aku berjaya hingga ke saat ini. Sesungguhnya setelah aku bekerjaya, terlalu byk impian dan cita-cita aku pasangkan buat ibuku, namun segalanya aku tidak mampu melawan suratan takdir, ibu pergi meninggalkan aku dan kuarga dikala aku baru sahaja setahun jagung dalam kerjaya. Tiap malam sebelum tidur pasti aku akan teringatkan ibu. Di kala itu jugalah air mata membasahi pipiku seakan mengerti hati dan perasaan ku yg teramat rindukan ibu. Aku selalu berdoa dan mengharapkan ibu sentiasa muncul dalam mimpiku agar aku sentiasa bertemu dengan ibu. Akan ku sentiasa sedekahkan Al-fatihah buat ibu agar rohnya sentiasa aman dan tenteram di alam sana. Jadi dikesempatan ini, ku ingin ucapkan selamat hari ibu kepada semua kaum ibu yg berada di dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Kepada insan yg bergelar anak, sayangilah ibubapa anda selagi mereka masih ada kerana tanpa mereka siapalah kita. Sekian, dan selamat mlm.

2 comments:

jay said...

Salam. Satu nukilan yg amat menyentuh hati. Janganlah bersedih, Ai pasti, ibu U sentiasa ada bersama, sedang memerhatikan keluarganya, dari 'atas sana'...

Harap U sentiasa tabah dan redha dengan ketntuan Ilahi..

Senyum selalu, as always!

Karl Laksamana said...

Tq teacher, korang semua mampu membuatkan aku tersenyum dan hatiku terhibur dikala aku kesepian, thanks a lots